Bab 35

1.5K 174 7
                                        

Aku merenung borang ke Mexico yang Nina serahkan tempoh hari. Ada dua hari lagi sebelum masa penyerahan borang ditutup tapi aku masih belum dapat keputusan muktamad. Nak ikut, atau tak.

Kalau aku pergi, aku tak sendiri pun. Nina ikut sekali. Kalau aku stay, aku rasa aku menyusahkan pula keluarga Aiman. Dah tiga hari aku tumpang berteduh kat rumah diorang. Segan pula kalau terus menerus nak menumpang kat sini.

Satu keluarga dia dah tahu pasal status aku yang sebenarnya. Tapi layanan umi dia, abah dia, Aira, sikit pun tak berubah. Aku tak tahulah nak balas budi baik diorang macam mana.

Cuma... aku tak beritahu lagi pasal mama tuduh aku rebut tunang orang. Aku sendiri pun tak pasti lagi kalau 'tunang' yang mama maksudkan tu, Aina. Takut timbul fitnah pula nanti.

"Kertas apa tu?" Tanya Aiman.

Aku menyorokkan borang itu ke dalam poket hoodieku bila suara Aiman menyapa. Dia memandangku dengan hairan.

"Tak ada apa-apalah." Jawabku. "Kau tak tidur lagi?"

"Aku tak boleh nak tidur." Dia menyandarkan belakangnya pada pengadang balkoni. "Kau, kenapa tak tidur lagi?"

"Aku... ada banyak benda sangat nak fikir."

Aiman mengangguk, faham. Aku dapat rasakan dia pun sama. Ada banyak benda yang nak difikirkan sampaikan mata tak nak lelap.

"Aiman, boleh aku tanya something?"

"Hm."

"Parents kau memang sejak lahir lagi muslim eh?"

Aiman menggelengkan kepala. "Umi dengan abah dulu non-muslim. Setahun lepas diorang kahwin, abah ajak umi masuk Islam. Umi pun masa tu, tak membantah. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. A year after diorang convert, aku lahir. Walaupun dah convert, abah aku nak simpan nama keluarga kitorang, Wong. Sebab itulah nama aku Aiman Wong, Aira pula Aira Wong."

Aku tersenyum kecil. Tak sangka pula kisah cinta umi dengan abah dia indah macam ni. Sama-sama peluk Islam, sama-sama belajar jalankan tanggungjawab sebagai hamba-Nya.

"Actually, dah berapa kali dah aku dengar cerita ni, aku still cemburu. It's so beautiful." Aiman mengeluh panjang sebelum tertawa kecil. "Aku pun nak love story aku as beautiful as theirs."

"So, setakat ni macam mana? Setanding tak dengan kisah umi dengan abah kau?" Usikku.

Aiman menoleh ke sisi. Menatapku sambil tersenyum manis. Senyuman yang susah sangat aku nak nampak.

"So far—sedih. Tapi... still beautiful."

Aku tunduk. Tersenyum kelat. Ada rasa cemburu dalam hati. Mungkin sebab aku dah terbiasa dengan pickupline basi dia, bila aku tahu ada orang lain yang akan hadap pickupline basi tu, aku rasa—tersisih? Cemburu, tapi tak adalah teruk sangat.

Bertuahnya siapa yang dapat kau.

"Aku dah jawab soalan kau, kan? Sekarang ni aku nak minta something, boleh?" Aiman bersuara.

"Nak minta apa?"

"Kau boleh tak jangan guna 'kau aku' bila bercakap dengan aku?"

"Hah?"

"Masa kita mula-mula berjumpa, elok aje kau guna 'saya awak'. Tiba-tiba, tukar selera pula." Rungutnya.

Acah-acah SweetCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang