Kelas belum bermula. Dengar kata, pensyarah datang lewat hari ni sebab ada masalah. Masalah apa, aku malas nak ambil peduli. Masalah yang aku kena hadap pun dah bertimbun. Inikan nak hadap masalah orang lain lagi.
Kepala sengaja aku sandarkan pada meja. Earphone aku sumbat ke dua-dua telinga. Memainkan lagu Breathe, nyanyian Lee Hi. Lirik dia tak pernah gagal buat aku rasa... difahami. Dunia memang luas, tapi terkadang, saiz tu tak mengubah hakikat yang lagu dan puisi aje yang boleh faham perasaan kita, boleh tafsir apa yang mengganggu kedamaian atma.
Tuk, tuk.
Ketukan pada meja mengejutkanku yang hampir terlena. Lantas aku mengangkat kepala dari terus bersandar pada meja. Salah seorang daripada rakan sepengajianku terpacak di hadapanku dengan ekspresi yang aku sendiri tak dapat nak baca. Macam takut, macam teruja juga. Entahlah.
Earphone aku tanggalkan. "Kenapa?" Soalku.
"Er, ada orang nak jumpa kau." Ujarnya.
Nak jumpa aku? Biar betul? Tak salah alamat ke?
Dia beralih ke tepi. Memberi laluan untuk aku melihat siapa yang datang mencariku. Alangkah terkejutnya aku bila seorang jejaka tinggi lampai sedang mengatur langkah ke arahku.
Dia memakai kemeja putih dengan garisan kuning pucat. Membuatkan dia tampil kurus, sesuai dengan ketinggiannya. Hujung bibirnya pula tertarik ke atas, tersenyum nipis. Sebelah tangannya memegang tali beg, sebelah lagi diselukkan ke dalam poket celananya.
Aku bingkas bangun. Dah macam tindak balas semula jadi. Gerun atau teruja, aku pun tak tahu. Yang aku tahu, aku dah jadi pusat perhatian semua orang.
"A-Aiman." Nak sebut nama dia aje dah gagap. Inikan pula nak bercakap. "B-buat apa kat... sini?" Aku menelan liur.
"Nak ajak kau jalan." Jawabnya selamba bagaikan tiada mata yang sedang memandang kendatipun hakikatnya, terlalu ramai.
Syaitan manalah yang rasuk Acai ni? Tiba-tiba nak ajak aku jalan lepas dia dah halau aku dari rumah dia. Pelik aku.
"I can't." Balasku, mengelak pandangan matanya.
"Ada benda aku nak bincang. Keluar kejap."
Aku mendengus kasar. Mengetap gigi. Menahan diri daripada meledakkan api kemarahanku di situ juga. Kenapa aku rasa dia sengaja buat semua ni semata-mata nakkan perhatian? Apa perhatian yang dia dapat selama ni tak cukup ke sampaikan nak kena 'guna' aku pula?
"Kenapa dengan diorang tu? Gaduh ke?" Bisikan mula kedengaran.
Tengok! Tak pasal-pasal orang dah salah faham!
"Saya ada kelas. Tak nampak ke?" Balasku, acah dingin dengan harapan yang dia akan faham dan beredar.
Sayangnya, nasib tidak menyebelahiku.
"Guys! Kelas cancel!" Jerit seseorang.
Mampus aku. Bad timing betullah! Time ini jugalah kelas nak cancel.
Senyuman Aiman Wong bertambah herot. "Not anymore."
Aku membuka mulut. Mahu memberi 1001 stok alasan yang aku simpan tapi semuanya berubah 360 darjah apabila dia merampas tote bag milikku dah beredar meninggalkan dewan kuliah bersamanya.
"Aiman! A-Aiman!" Panggilku.
"Faster. I don't like waiting." Balasnya bersahaja. Rentak langkahnya masih sama dan menuju ke arah yang sama—jalan keluar.
+
"Aiman Wong!"
Aku menggenggam bahunya lalu menariknya. Dia terpaksa berpaling ke belakang untuk menghadapku. Lantas tote bag milikku aku rampas semula darinya.
"Tadi kau kata kau tak nak jalan-jalan, so aku cakap kat sini ajelah." Nadanya kembali dingin tidak seperti di dalam dewan kuliah tadi.
Mungkin... spekulasiku darihal dia sengaja nak gunakan aku untuk dapatkan perhatian ramai—tak salah.
"Aku setuju." Tuturnya perlahan tapi jelas.
"Setuju?" Aku mengerutkan dahi.
"Jadi boyfriend kau or whatever it is."
"Boyfriend?" Aku meledakkan tawa. "Tak payah nak buat lawaklah. Saya tak ada mood nak layan awak." Sambungku, lebih serius.
"Aku serius."
"Saya pun serius. Saya tak nak. Saya tak setuju dan takkan pernah setuju."
"Tak setuju?" Dia mengeluh sinis. "Dah tu kenapa gambar aku masih ada kat Instagram kau? Rasanya, dah lebih seminggu since kita last jumpa dan since kau kantoi dengan aku. Takkan masih tak sampai hati nak delete? Ke kau sengaja sebab kau ingat aku takkan tahu?"
"Aku tak murah macam tulah!" Bentakku. "Aku terlupa nak delete. Kalau kau tak percaya juga, biar aku delete sekarang. Buat terus depan kau." Aku menggeledah begku untuk mencari telefon.
"Tak payah. Sebagai boyfriend kau, aku bagi permission kalau kau nak post gambar aku."
Ya Allah, geramnya aku!
"Sejak bila saya setuju nak jadikan awak boyfriend saya? Saya dah kata, saya takkan setuju. No still means no."
"Kenapa kau tak nak?"
"Awak buta ke?" Aku menggenggam jari-jemariku. "Look at you—and then look at me. Bagai langit dengan bumi. Saya tak cantik macam perempuan lain. Kalau awak dengan saya, even main-main sekali pun, awak boleh tahan ke setiap kali orang kutuk awak sebab jadikan perempuan macam saya as girlfriend awak. Can you bear all that?"
"I can bear all that. Tak susah mana pun."
"Senanglah awak cakap. You know every time orang point out my flaws, saya rasa macam nak lari. Rasa macam, kalau saya mati, it's better for everyone."
Kesinisan hilang dalam sekelip mata. Terkesan dengan kata-kataku, atau... ada sebab lain?
"Yes, maybe it'll be easy for you tapi bayangkan how hard it'll be for me. Semua orang akan bandingkan saya dengan semua perempuan yang awak pernah date dan senaraikan 1001 sebab kenapa saya tak layak dengan awak. Awak rasa semua tu akan raise self-esteem saya?" Sambungku lagi. "Look. It's already too hard for me. Saya minta sangat awak jangan tambahkan lagi masalah saya. Tolonglah." Rayuku, lemah.
"Tak ada sesiapa yang akan kata kau tak cantik. Not when you're with me." Dia bersuara.
"Awak tak boleh stop semua orang from saying that."
"Trust me—I can."
Pandangan mata kami bertaup. Ada keikhlasan di sebalik kata-katanya dan untuk sesaat, aku hampir terpedaya. Hampir.
"One more thing, aku tak pernah date anyone so diorang tak boleh nak compare kau dengan sesiapa." Dia berhenti sejenak sebelum menyambung, "So? Nak acah-acah sweet?"
Aku merenung tepat ke anak matanya. Mengeluh perlahan.
+
Tak tahu kenapa but i think nama Aiman is so cute 🤷🏻♀️

ANDA SEDANG MEMBACA
Acah-acah Sweet
Genç KurguNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...