Aku menggeledah beg sandangku. Seingat aku, tadi sebelum pergi kelas, aku ada letak payung dalam beg. Mana pula perginya payung tu? Dahlah hari macam nak hujan. Kalau aku aje yang basah, tak apa. Ini sekali dengan buku nota aku sekali basah lencun. Apalah malang sangat nasib jadi orang pelupa ni?
"Oh mak kau!" Aku 'brek mati' bila Mizz Nina kita muncul entah dari mana. "Weh, hallway ni luas kut. Yang kau nak block jalan orang ni kenapa? Kalau tadi saiz XXXXXL tak apa juga. Ini XS. itu pun tak boleh nak jalan tepi-tepi sikit." Terkumat-kamit mulutku membebelnya.
Kata-kataku tadi langsung tidak diendahkannya. Sebaliknya, dia menekan sesuatu pada skrin telefonnya sebelum ditunjukkan kepadaku.
"Apa ni?" Soalnya tanpa berkias.
Aku memandang gambar pada skrin telefonnya sekilas pandang sebelum menjongket bahu dengan selamba.
"Kau... dengan Aiman ke semalam?" Dia memegang bahuku namun segera aku tepis.
"Apa kaitannya dengan kau?"
"Jawablah!" Suaranya bergema di seluruh laluan hadapan dewan kuliah.
Para penuntut yang lalu-lalang menalakan pandangan ke arah kami. Ada yang menjeling tajam, ada juga yang ketara sangat sedang memasang telinga. Aku menggenggam erat tanganku. Mengetap gigi.
"Like I said, apa kaitannya dengan kau?" Ulangku sekali lagi dengan setiap perkataan aku tekankan. "Kenapa kau beriya-iya sangat nak tahu? Kau—suka dia?" Soalan itu terpacul jua dari mulutku.
Mula-mula, aku tak naklah curiga dengan dia. Pernah juga terfikir yang dia ada hati dengan budak nama Aiman tu sebab kalau nak bandingkan dengan orang lain, aku rasa perasaan ingin tahu dia tu lebih tinggi. Orang lain pun nak juga tahu sama ada khabar angin pasal aku dengan Aiman tu betul atau tak, tapi tak adalah beriya sangat macam Mizz Nina seorang ni.
Takkanlah... dia betul-betul suka kat lelaki tu?
"Kenapa kau diam?" Aku bersuara. "Jawablah soalan aku."
"Kenapa aku nak jawab? Kau pun bukannya pernah jawab soalan aku." Dia memeluk tubuh, tersenyum sinis.
"Baguslah tu. Aku tak nak jawab soalan kau, kau pun tak nak jawab soalan aku. Aku rasa better kita jaga hal masing-masing ajelah."
Aku sengaja melanggar bahunya ketika lalu di sebelahnya. Semakin lama, langkah yang aku hayun semakin laju. Keluar saja dari situ, aku rasa lutut aku dah jadi jeli. Rasa macam nak rebah kat situ juga.
Tangan aku letakkan pada dada yang berombak, naik turun dengan laju. Fuh, rasa macam baru habis marathon! Jantung ni macam nak melompat keluar dari dada.
"Eh, tapi macam kalau dia betul-betul suka dengan lelaki tu? Tak ke apa yang aku buat ni salah?" Gumamku sendirian, menggigit bibir.
Iyalah, memang niat aku nak buat Khai cemburu aje. Bila nampak si Nina ni macam ada pendam perasaan dengan budak Aiman tu—aduh, aku rasa bersalahlah pula! Aku ni tak adalah perangai sebijik macam malaikat, tapi aku tak adalah jahat sangat sampai nak potong line orang.
Patut ke aku berhenti?
+
Bahagian dalam pipi aku gigit. Hanyut dalam fikiran sendiri sehinggalah Kak Ainur mencuit bahuku. Menyentapku dari lamunan.
YOU ARE READING
Acah-acah Sweet
Teen FictionNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...