"ACHOO!"
Aku bersin sekuat hati bila debu dari pemerah pipi yang Aira sapukan di seluruh mukaku masuk ke lubang hidung. Aira sudah mencekak pinggang. Dia tempek blusher sikit, aku bersih. Tempek bedak sikit, aku bersin. Nasib baiklah gincu tu cecair.
"Dah siap!" Umumnya, menutup ligloss di tangan. "Nah, tengok!" Dia menghulurkan cermin kepadaku.
Tanganku kaku. Merenung ke udara. Nafas tertahan. Keraguan memakan diri. Takut nak tengok muka sendiri. Macam mana kalau aku masih tak cantik walaupun dah bersolek?
Tiba-tiba, Aira memegang bahuku. Menghadiahkan senyuman. Seakan tahu apa yang bermain dalam fikiranku. Nafas aku tarik sedalamnya. Akhirnya membawa cermin agar setara dengan mukaku.
"A-Aira—i-ini betul akakkan? Betulkan? Bukan mimpi?" Aku tergagap-gagap.
Aira meletakkan lipgloss di tangannya ke dalam makeup pouch miliknya. Aira berdiri di belakangku. Meletakkan kedua tangannya di bahuku sambil melihat wajahku melalui cermin.
"Kak Iesha with make up—and without make up, dua-dua pun cantik. With or without make up, dua-dua still Nurul Iesha yang Aira kenal." Ujarnya, tersenyum ikhlas.
Mata berkaca setelah mendengar pengakuannya. Tersentuh dan—bersyukur sebab ada yang hargai aku.
"Tak naklah nangis! Aira dah make up, penat tahu? Dahlah akak tak berhenti bersin." Omelnya, bibir muncung sedepa walhal matanya turut berkaca. "Eh, akak nak pergi birthday party siapa?"
"Birthday... kawan akak."
"Oh, kawan." Aira mengangguk tetapi ada kekeliruan di wajahnya.
Hari sudah malam. Kafe pun beransur kosong. Aku dan Aira turun ke bawah. Di mana Kak Ainur sedang membersihkan meja.
"Ya Allah, Iesha ke ni?" Kak Ainur menekup mulut, terkejut tak terkata.
Aku tersipu malu. Gaun yang aku kenakan berwarna merah baldu. Cukup simple. Mungkin... sentuhan jari-jemari Aira yang mengubah penampilanku 180 darjah. Mewujudkan Nurul Iesha versi 2.0.
"Cantiknya Iesha!" Kak Ainur tak habis-habis dengan pujiannya.
"Tengoklah siapa yang make up, siapa yang pilihkan baju?" Aira mendabik dada.
"Thank you." Aku melagakan bahu kami, tertawa kecil.
Tiba-tiba, pintu kafe dibuka. Seorang jejaka mengenakan tuxedo serba hitam dengan kemeja putih di dalam melangkah masuk. Pandangan kami bertembung dan terasa semuanya berlaku dalam gerak perlahan. Sepanjang menghayun langkah ke arah kami, dia tak lepas dari memandangku. Sehinggalah jarak di antara kami hanya tiga langkah.
"Jom. Abang hantar balik." Dia menoleh ke arah Aira, akhirnya meleraikan tatapan mata.
"Eh, tak apa! Actually, Aira nak keluar dengan kawan Aira. Dekat area sini juga." Aira menilik jam yang tidak wujud di pergelangan tangannya. "Dah lambat dah ni! Aira pergi dulu. Nah, pouch ni letak kat dalam kereta abang! Aira pergi dulu! Bye!"
Gadis 17 tahun itu berlari meninggalkan kafe setelah menyerahkan make up pouchnya dan menyalam kami semua. Kak Ainur pula meminta diri untuk menyambung kerjanya sebelum mama pulang. Kini, tinggal aku dan Aiman saja yang masih di situ.
"Jom." Dia bersuara.
Dia nak pergi parti Khai juga ke?
YOU ARE READING
Acah-acah Sweet
Подростковая литератураNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...