Aiman POV 2

1.5K 168 3
                                    

Baju stripes kuning dan putih yang aku kenakan kontra sekali dengan cuaca hari ni. Tiba-tiba rasa macam badut pula. Ceria sangat.

Aku membuka pintu keretaku. Tiba-tiba, sebuah bas lalu di sebelah kereta. Berhenti di hadapan pondok perhentian bas. Secara tak sengaja aku terpandang gadis yang berbaris untuk menaiki bas.

Iesha.

Aku memandang kereta dan bas bersilih ganti. Dalam bas, sesak. Dalam kereta, aku seorang aje—tapi dalam bas, ada dia.

Aiman, Aiman. Sejak bila kau jadi macam ni?

Aku menutup pintu kereta dan berlari ke arah bas. Satu persatu wajah penumpang aku lihat. Sehinggalah wajahnya kelihatan. Aku meneruskan langkah dan duduk di belakang.

Sepanjang perjalanan, aku dapat mendengar keluhannya. Dahi aku kerutkan. Merenungnya dari belakang.

Kenapa dia sedih sangat?

Tiba-tiba, guruh berdentuman. Langit semakin murung. Nampaknya, hujan akan turun sebentar lagi.

Mesti dia tak bawa payung lagi.

Aku mengeluarkan sekaki payung dari dalam begku. Memandangkan begnya tidak berzip, dengan mudahnya aku dapat menyelitkan payung itu ke dalam.

Bas berhenti di perhentian ketiga. Gadis di hadapanku itu bangun. Cemas dan takut dia akan melihatku, aku terus bangun dan berlari turun.

Setelah di luar, aku menoleh semula ke dalam bas. Memerhatikannya dengan sabar menanti semua penumpang yang mahu turun di situ, turun dahulu.

Harap-harap dia sedarlah kat dalam beg dia ada payung.

Acah-acah SweetWhere stories live. Discover now