Teaser

2.8K 55 0
                                    

Cinta tak seharusnya memiliki? Siapa kata begitu? Kerana aku fikir begitu dulu, kini aku kehilangan orang yang paling aku cinta kerana aku sendiri yang lepaskan dia. Sekarang, aku rasa aku tak mampu hidup tanpa dia. Kerana dia, segalanya tentang dia, masih hidup dalam setiap sudut ingatanku, masih berdiri teguh, utuh dalam sanubariku dan masih mengalir dalam setiap pembuluh darahku. Aku langsung tidak dapat lupakan dia. Kalau ini sumpahan cinta yang dia pernah katakan pada aku dulu, kini aku percaya. Aku cinta mati sama dia.

Kalau cinta haruslah perjuangkan... Betul. Dan kali ini, aku akan perjuangkan sehingga ke akhir nafas. Kerana dulu aku terlalu mudah melepaskan dengan kata takdir bukan milik kita dari mulutku. Tapi hati ini tergerak kali ini untuk berkata sekali lagi, dengan jawapan yang lain... Takdir ini harus jadi milik kita.

Sumpahan Cinta Dari DiaWhere stories live. Discover now