BAB 21

643 37 0
                                    

Entah kenapa minggu ini terasa panjang sekali, terasa lamanya waktu berjalan tapi masih belum sampai ke hujung minggu. Atau aku yang stress terlebih?

Arina hanya termenung memandang buku menu Nando's di hadapan mata macam nak tembus. Rasa letih. Terkadang hidupnya rasa begini. Rasa tak tahu apa sebenarnya yang nak dicapai. Selalu rasa penat dengan diri sendiri.

Lamaran dari Kashaf juga bermain di kepala. Ada juga dia buat istikharah. Tapi masih belum menemui jawapan yang tepat. Mungkin kepala sendiri yang bingung dengan pilihan sendiri.

"Sayang? Hey, order." Azriel mencuit sedikit tangan Arina yang dari tadi hanya memandang ke bawah.

"Ha?" Arina terus mengangkat muka dan dia memandang Azriel.

Lalu mata Azriel melirik ke tepi, menunjukkan bahawa pelayan restoran iti sudahpun berada di situ.

"You makan apa?"

"Quarter chicken dengan 2 additional sides. You nak tu sekali tak? Ke nak order lain?" Azriel bertanya lembut.

"Bolehlah yang tu pun." Arina menutup menu di depan matanya dan dihulurkan ke arah Azriel. Azriel hanya tersenyum dan bersuara ke arah pelayan tadi untuk memesan satu lagi set sepertinya.

"Terima kasih." Azriel senyum ke arah pelayan tersebut.

Arina kemudian kembali termenung.

"You ada masalah ke?" Azriel mengerutkan dahi. Tak bolehlah tengok Arina macam ni. Arina yang dia kenal sama ada happy go lucky ataupun garang macam singa. Tak ada istilah in between. Tak ada termenung-termenung macam ni.

"Tak adalah."

"Boleh i tanya?"

"Tanyalah." Arina malas nak bergaduh jadi dia bersuara biasa sahaja. Gaduh pun tak ada guna dah, mamat depan ni bukannya jenis yang faham bahasa. Dia buat tak reti je. Dia mesti nak rapat-rapat juga dengan aku.

"Lelaki yang naik Lamborghini semalam tu, tu ke bakal suami you?" Azriel bertanya hati-hati. Semalam saat dia sedang bersantai di balkoni, terlihat keret mewah itu berhenti di depan rumah dan Arina keluar dari kereta. Cantik Arina semalam. Cantik sangat-sangat.

"Sepatutnya begitulah. Tapi tak lagi."

"Habis yang you cakap nak kahwin tu?"

"I tipu je. I dah penatlah, Azriel. Penat dengan lelaki. I penat." Arina menghela nafas. Nak cakap pasal ni malas. Tapi nak bergaduh, lagi malas. Cakap jelah.

"Oh... Kenapa kena tipu?" Azriel bertanya masih dengan nada lembut.

"I tak nak you ganggu i. Tapi end up you macam tu juga. I pun dah malas nak marah-marah. I penat." Arina buat muka kosong. Lamaran dari Kashaf tidak diberitahu kepada Azriel. Tak tahu kenapa tak nak bagitahu Azriel. Ah! Buat apa bagitahu Azriel. Bukan penting pun.

"I minta maaf tau?"

"Bukan salah you pun. I yang penat dengan i sendiri." Arina berkata perlahan.

"Kalau you tak sihat, esok tak yah lah masuk kerja. Nanti tengahari kita pergi klinik nak?"

"I penat dalaman. Bukan letih badan." Arina mengangkat muka, merenung ke dalam mata Azriel.

Kemudian pelayan sampai dan meletakkan dua pinggan nasi bersama ayam yang dipesan. Dan air juga.

"Terima kasih." Azriel tersenyum manis ke arah pelayan tersebut dan Arina tanpa sedar tersenyum bersama melihat Azriel yang sekarang. Berubah 360 darjah.

"Kenapa you senyum tiba-tiba?" Azriel mengerutkan dahi. Arina ni okay tak? Ke depress ni? Takut pulak aku.

"Nothing. Just impressed dengan you yang sekarang."

Sumpahan Cinta Dari DiaWhere stories live. Discover now