BAB 48

674 41 0
                                    

"Sakitlah!" Arina sudah merentap tangannya dari pegangan tangan Azriel. Dah lah tangan Azriel besar, kalau cengkam kuat macam ni boleh patah tangan aku!

"Sayang apahal bukak pintu?!" Azriel dah hilang sabar.

"Yang you apahal nak tengking i? Dah tak reti nak cakap elok-elok ke?"

"Nak cakap elok-elok lagi? Oh. You sukalah kan mamat tu pegang-pegang tangan you!"

"Kalau i suka pun, apa masalah you?" Arina sudah membalas dengan nada kasar siap dengan jelingan maut. Kau nak gaduh, meh sini aku buat gaduh juga.

Nafas Azriel sudah turun naik.

"Pergi kemas barang sekarang. Kita balik rumah. You'll never come back to this condo, ever again. I nak jual condo ni."

"You siapa nak buat keras kepala macam ni! Ni condo i, i beli dengan duit i sendiri!"

"I don't fucking care anymore! Pack your stuffs. Now!" Azriel sudah menjerkah.

"No!"

"I beli condo baru untuk you!" Azriel masih melawan.

"I tak nak la duit you!" Arina dah menjerit.

"Habis, apa yang you nak? Jantan tu?!" Azriel bertanya dengan nada kasar sekalu lagi.

Lama Arina merenung anak mata Azriel yang sudah memerah.

Makin berani ingin memandang, makin berani ingin mengatakan hasratnya.

"I nak cerai." Perlahan sahaja suara Arina, tapi pernafasan Azriel sudahpun tersekat seketika. Terkedu.

"Never. Sampai mati you dalam genggaman i, Arina."

"Oh ya? Really? We'll see, then!" Arina terus memasuki biliknya dan menghempas pintu dengan kuat.

Azriel hanya mendongakkan kepalanya ke atas dan menghempaskan badan ke sofa. Hela nafas berat dilepaskan.

Sial kau, Kashaf! Semua ni sebab kau!

---------------------------

Arina yang tadinya ingin menangis akan sikap Azriel yang macam orang gila mengamuk, kini rasa nak mengamuk kembali.

Kau siapa nak herdik aku sampai macam tu? Kau ingat kau besar sangat?

Aku baru nak maafkan kau pagi tadi. Aku baru nak lupakan semua yang kau dah buat kat aku.

Tapi kau nak tengking aku sampai macam ni. Kau ingat kau siapa?

Kau tak nak lepaskan aku, ye?

Tak apa.

Aku buat sampai kau lepaskan aku, apa cara sekalipun. Kau tunggu.

Tangan sudah digenggam erat, teringat akan apa yang sudah terjadi.

Memang dulu aku penyabar, tapi perempuan penyabar ni dah hilang sabar asyik kena pijak je dengan kau daripada dulu lagi.

Telefon pintar Arina berdering menyentak lamunan kecewanya.

Kak Aweena.

"Apahal kau call?"

Aweena yang mendengarkan suara Arina marah, agak tersentak.

"Kau apahal jerkah-jerkah? Tak reti nak cakap elok-elok dah?"

"Tak reti. Aku sejak kahwin ni jadi hilang sabar."

"Arin... Kau okay tak ni?"

"Tak okaylah. Pergi mampuslah. Apasal kau call?"

"Ui... Garangnya adik aku. Aduh tak apalah. Nantilah aku call balik." Aweena sudah buat suara takut.

"Ehem..." Arina berdehem ingin membetulkan suaranya.

"Ya, cik kak. Awat hang call aku?"

"Ha sejuk hati kakak hang dengaq."

"Hati hang ja sejuk. Hati aku panaih teruk."

"Haha. Dak ni, aku dari Kedah dengan laki aku. Nak singgah rumah hang, tidoq malam ni. Hehe." Aweena sudah tersengih.

Arina dah nak tepuk dahi.

Masak...

"Tapi kalau hang duk mengkelei dengan laki hang, aku cari hotel la. Hahahaha."

"Sayang, tak baik cakap macam tu." Dengar suara Abang Fadil menyampuk.

"Tak dak ah. Mai jala. Tapi aku duk kemas barang kat condo aku ni. Agak-agak hang sampai pukul berapa?"

"4 petang satgi sampai kot."

"Okiaq." Arina membalas pendek.

"Hang jangan okiaq saja. Alamat tak bagi. Ingat aku ahli nujum ka boleh baca fikiran hang."

"Satgi aku bagi la. Hang nak makan apa?"

"Aik? Belum apa-apa dah tanya pasal makan." Aweena tergelak.

"Hang kan mak buyung kuat menkedarah." Arina membalas.

"Emmm, masak la special-special sikit. Shell out ka."

"Amboi. Orang tanya betis ja, dia komen nak peha."

"Hahahaha dahla. Pi la kemas barang hang."

"Hang kat mana ni?"

"Baru nak keluaq dari tol Aloq Staq." Aweena gelak.

"Setan call awal gila macam dah nak sampai."

"Hahahhahaa sediakan payung sebelum hujan. Dah dah. Byeee." Aweena mematikan panggilan.

Arina terus bangun menyambar baju-baju yang masih belum dipacking dengan elok, dan disumbat ke dalam bagasi yang masih kosong.

Selesai.

Nanti-nanti jelah aku lipat baju ni. Nanti-nanti jelah aku datang sini kemas apa yang patut.

Dan dia bangun bercekak pinggang, berdiri di hadapan pintu. Mencari kekuatan untuk berhadapan dengan orang gila, sekali lagi.

Kau jangan mimpi la nak jual condo aku ni.

Aku jual kau kang!

-----------------------

"Keluar pun. Ingat nak duduk dalam bilik tu sampai mati." Azriel memerli Arina pedas. Arina terus menoleh dengan jelingan tajam.

Azriel bangun dari duduknya, dan tangan laju ingin menolong Arina yang dah tertonggeng-tonggeng menarik bagasi besarnya yang berat dengan muatan.

"Don't touch!" Arina bersuara kasar.

Azriel rasa ingin mengamuk je dengan sikap Arina, tapi nafasnya ditarik perlahan.

Sabar, sabar. Bini kau ni sekarang bukan bini kau dah. Bini singa.

"Ye, abang tak touch sayang."

"Ada lagi tak barang?" Azriel bertanya lembut.

Arina hanya buat muka bodoh saja. Dan dia terus menyambar handbagnya dan kunci kereta. Kemudian, dia menarik sebuah bagasi dahulu, terus dibawa keluar dari rumahnya.

"Ni je ke sayang nak bawa?"

"We'll divorce. I'll come back to my house soon." Arina menoleh dan menjawab dengan nada biasa dan muka bodoh.

Azriel hanya terdiam memandang muka kosong Arina. Tahu Arina memang memaksudkannya. Bukan sekejap dia kenal Arina.

Arina terus berlalu begitu saja. Pintu rumah dibiarkan begitu saja. Takkanlah Azriel tak tahu nak kunci pintu.

Azriel hanya berpeluk tubuh sambil menggeleng sahaja.

Kalau cinta harus diperjuangkan... Betul. Dan kali ini, aku akan perjuangkan sehingga ke akhir nafas. Kerana dulu aku terlalu mudah melepaskan dengan kata takdir bukan milik kita. Tapi hati ini tergerak kali ini untuk berkata sekali lagi, dengan jawapan yang lain... Takdir ini harus kekal jadi milik kita, Arina.

Azriel takkan tersilap lagi kalini.

Sumpahan Cinta Dari DiaWhere stories live. Discover now