Azriel berjalan melintasi cafe syarikat di mana Arina sedang breakfast. Kemudian matanya terlihatkan Kashaf.... Semeja dengan Arina.
Eh... Pagi-pagi dah buat aku panas!
Terus kaki diatur ke arah meja itu.
"Ehem." Azriel berdehem sedikit.
Arina dan Kashaf terus mengangkat muka.
"Eh, Azriel. Come join us." Kashaf menegur ramah.
"Sayang, dah pukul berapa ni? Kan kita nak pergi Terengganu." Azriel terus berkata selamba sambil menarik kerusi duduk di sebelah Arina.
Berkerut dahi Arina. Bila masa pulak kita janji nak pergi Terengganu? Takde cakap apa pun tadi? Semalam pun tak? Kat rumah punya lama 24 jam jumpa, tak cakap pun???
"Pukul berapa nak pergi?" Arina bertanya nada biasa.
"Sekaranglah." Azriel sudah mengambil air teh Arina dah disisipkan ke mulutnya sedikit.
Arina dah menjeling. You ni tak reti nak order sendiri ke?
"Urgent ke? I ada kerja tak settle lagi kat atas." Arina bertanya.
"Urgentlah. Dah tahu ada kerja, kenapa kat sini?"
"I tengah makan ni."
"Yelah, makanlah dulu. Makan cepat sikit, lepastu kita terus pergi." Azriel mengerling tajam ke arah Kashaf yang buat-buat sibuk makan.
"Aku tak tahu pula kau kerja sini?" Azriel memerli Kashaf yang tiba-tiba saja boleh berada disini.
"Well, aku ada meeting dengan Uncle Malik at 9. Sengaja datang awal, boleh breakfast dengan Arina." Kashaf tersenyum senget.
"Okaylah, i nak naik dulu. Nak siap-siap apa yang patut." Arina dah mula nak naik pening kepala melayan kerenah dua orang mamat ni. Dah lah. Malas aku!
"Okay, sayang. Nanti abang naik." Sempat Azriel mencapai lengan Arina untuk membantu Arina bangun dari duduk. Lembut saja caranya.
"Okay." Arina hanya berlalu begitu saja. Langsung tak ucapkan selamat tinggal atau apa kepada Kashaf.
Azriel lantas itu memandang Kashaf dengan muka tak puas hati.
"Aku nak ingatkan kau, Arina tu isteri aku." Garang suara Azriel.
"Tiba-tiba kau nak warning aku kenapa?" Kashaf ketawa sinis.
"Sebab kau tak faham bahasa."
"Kenapa takut sangat ni? Dia ex-girlfriend aku je. Ke takut jatuh ke tangan aku balik?" Kashaf ketawa lagi.
"Kau dengar sini eh, aku malas nak ulang banyak kali. Kau ganggu Arina lagi, kau memang cari nahas." Habis saja ayat itu, Azriel terus bangun dengan kasar dan ingin berlalu pergi.
Kashaf ketawa.
"Kenapa nak takut kalau kau dengan Arina bahagia? Ke kau tak dapat bahagiakan Arina macam aku boleh buat?" Kashaf berkata nada biasa tapi sempat ditangkap di telinga Azriel. Azriel hanya menggenggam penumbuknya.
Memang cari gaduh si Kashaf ni. Aku bab lain memang boleh rilek. Tapi bab orang ganggu Arina aku, memang cari mampus agaknya.
Zaman universiti dulu pun aku nampak macam biarkan Arina terus kehidupan cerianya tu. Macam tak kisah. Tapi dalam masa yang sama, aku jaga dia sebab aku sayang sangat dekat dia.
----------------------
"Sayang nak gi mana ni?" Azriel yang baru masuk ke bilik ofis Arina, tersenyum manis.
YOU ARE READING
Sumpahan Cinta Dari Dia
RomanceKalau ini sumpahan cinta yang dia pernah katakan pada aku dulu, kini aku percaya. Aku cinta mati sama dia.