"Sayang, b rasa b tak sempat nak teman sayang pergi check up lah. B tengah meeting lagi ni." Azriel membisik perlahan apabila mengangkat panggilan dari Arina.
"Alaaa kenapa! Semalam dah janji!" Arina dah buat suara mengada.
"Ye tahu. Tapi tak tahu meeting ni habis pukul berapa..."
"Sayang dah siap tau."
"Ya sayang... Sorry..." Azriel garu keningnya yang tidak gatal.
"Sayang kena pergi sendirilah ni?"
"Hmm okay b janji lepas habis meeting b terus pergi kat sayang."
"Okay... Sayang nak upah dulu. Ingat buat semua tu sendiri free ke?" Arina membuat suara rajuk.
"Upah apa pula ni?" Azriel sudah mencekak pinggangnya menggunakan tangan kirinya. Tangan kanan pula sibuk memegang telefon pintar untuk dilekapkan di telinga.
"Nak kiss 10 kali including i love you sayangku. And then selfie!"
Azriel sudah tersengih. Aduh... Dahla dia hanya berdiri di luar bilik meeting.
"Okay..."
"Fasterr."
"Muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah! I love you, sayangku." Azriel kemudiannya mengambil selfie dirinya sendiri dan dihantar tepat kepada Arina.
"Lagi. Nak yang senyum nampak gigi."
Azriel sekali lagi mengambil selfie.
"Okay dah." Azriel sudah tak tenteram. Ini kalau orang lain tahu ni, malu je muka aku!
"Be safe, sayang. Nanti sampai klinik, WhatsApp b tau? Jangan bawa kereta laju-laju. Bye..."
"Okay babai." Arina terus mematikan panggilan.
Azriel kemudiannya menoleh ke belakang ingin masuk kembali ke ruang mesyuarat. Nampak laju terlihat dua orang pekerjanya sedang menjenguk dari bilik mesyuarat tersebut.
Terus riak wajah Azriel bertukar garang dan tegas.
"Buat apa ni? Apasal tak settle mesyuarat kat dalam?!" Suara garang dah keluar...
Terkedu juga dua orang pekerja tu.
"Er... Tak... Kitorang cuma keluar tadi nak cari Cik Arina tapi nampak bos..."
"Dia takde. Tak datang harini."
"Mana bos tahu?" Rusydi mengerutkan dahi.
"Aku tahulah dia partner aku."
"Oh.... Hehe." Rusydi dah sengih-sengih.
"Bos cakap dengan bini bos ke tadi?" Rusydi masih menyakat. Nina yang di sebelahnya sudah tersenyum menyakat juga.
"Kau curi-curi dengar perbualan aku ke?"
"Uish bukan macam tu bos. Terdengar. Ter dengan curi-curi tu lain."
"Bini aku check up pagi ni. Dah jom masuk meeting."
"Wahhh bini bos pregnant ke? Tahniah bos!" Nina sudah beriak gembira.
"Terima kasih." Azriel hanya senyum sekilas dan terus berlalu masuk ke dalam bilik mersyuarat.
"Pelik." Nina mencebik.
"Apa yang pelik?"
"Sibuklah kau." Nina hanya menjeling dan masuk kembali ke dalam bilik tersebut.
"Apahal dengan semua orang ni?" Rusydi membebel sendiri.
------------------------
"Sayang kat mana? B dah habis meeting. Okay. 20 minit, b sampai. Take care." Azriel mematikan panggilan dan terus berlalu pergi dengan langkah kaki yang laju.
YOU ARE READING
Sumpahan Cinta Dari Dia
RomanceKalau ini sumpahan cinta yang dia pernah katakan pada aku dulu, kini aku percaya. Aku cinta mati sama dia.