BAB 19

671 43 3
                                    

Azriel yang sedang memandu, melihat ke arah bacaan tank minyak. Budak perempuan ni memang naik kereta tak bubuh minyak ke? Memang kena kering kontang dulu baru nak refuel ke?

Azriel dah geleng kepala sendiri. Kemudian dia membelok masuk ke sebuah stesen minyak.

"You nak buat apa ni?"

"Tanya lagi. Isi minyak la. Ke you rela nak tolak?"

"Kalau kereta i mati, you la tolak. Nama pun kereta i. Apasal pulak i kena tolak." Arina dah bebel.

Azriel buat bodoh saja, kemudian dia turun untuk mengisi minyak. Kad kredit dicucuk ke mesin layan diri Petronas, dan dimasukkan pin. Kemudian nozel pam minyak diangkat dan minyak kereta diisi sejurus selepas itu.

Tiba-tiba idea nakal Azriel tiba.

Kereta digoyang dengan kuat. Sampai bergoyang kereta.

Si Arina terus membuka pintu keretanya.

"Eh you ni kenapa goyang-goyang kereta?"

"Apa? Nak stabilkan minyak keretalah. You tak tahu ke? Kata engineer?" Azriel membalas pedas. Dulu pun selalu buat perangai begini sewaktu bersama Arina, tapi balasan suara waktu itu masing-masing lembut dan manja. Tapi sekarang? Astaga.

"Ye ah i tahu lah you dah bagitahu sejak zaman dulu lagi. Tapi ini dah macam kingkong mengamuk."

"Wah you panggil i apa?"

"Kingkong. Gorilla!" Arina dah geram. Pintu ditutup kuat. Tahulah kau sado, tak payah la goyang kereta aku sampai nak terbalik. Dulu kau goyang perlahan je, aku pun fahamlah masa tu. Ni goyang sampai aku pakai lipstick pun comot!

Kemudian Azriel menggoyangkan lagi kereta. Arina dah panas dalam hati. Mamat ni sengaja kan?! Sengaja!!! Orang pun kata dia gilalah kalau goyang kereta macam ni. Arina bebel sendiri.

"Ha bebel bebel. Kutuk i ke?" Azriel yang baru masuk ke dalam kereta, menyampuk bebelan Arina.

"Eh takdeee. I puji you ni bijaklah. Sampai apa yang you belajar dulu semua nak aplikasikan, kan?" Arina buat suara gedik sambil memerli.

"One more thing, orang tengah isi minyak jangan duk hempas pintu kuat-kuat. Itu pun kalau nak hidup lamalah." Kemudian Azriel terus menghidupkan enjin, dan memulakan perjalanan.

"Tak hidup lama pun tak apa kalau kena hidup dengan you." Balas Arina, perlahan sangat-sangat. Tapi Azriel dengar je, cuma buat tak tahu. Arina tu kalau marah semua dia tibai je cakap.

Kemudian Arina membuka beg dompetnya dan mengambil dua keping not 50 dan dihulurkan kepada Azriel.

"Apa?"

"Minyak tadi la. Kan kereta i."

"You buat macam i takde duit pulak eh?"

"I tak kata macam tu pun. I kata ni kereta i. I la bayar."

"Tak payah. Simpan duit you pergi shopping." Azriel membalas garang.

"Amboi. Garang. Orang nak bagi duit pun nak garang."

"Yelah. I tak suka."

"Aik? Duit pun tak suka?"

"Arina..." Azriel dah jeling ke tepi dan Arina tergelak kecil.

"Alhamdulillah. Dapatlah i jimat lepasni. Boleh kumpul duit banyak-banyak, pergi travel. Tinggalkan you kat sini." Arina membalas dengan suara gedik.

Azriel macam nak ketuk je kepala Arina. Eee. Ada juga ni orang kena kiss! Geramnya perangai budak kecik ni. Dulu perangai dia macam ni lah. Tapi sepatutnya gedik dan manja. Sekarang? Gedik dan menyakitkan hati!

Azriel hanya mengerling sikit ke tepi, melihat Arina yang sibuk memasukkan kembali duitnya ke dalam dompet.

Arina sesekali tersengih sendiri apabila bermain dengan telefon pintarnya. Sibuk scroll social media, sibuk dengan lawak-lawak bodoh di media sosial. Sementara aku, sedari dulu kurang berminat dengan semua itu.

"You nak balik terus or nak singgah mana-mana tak? Beli barang ke?" Azriel bertanya lembut.

"Balik dululah. Nanti i keluar sendiri beli barang."

"Beli je sekarang. Kenapa nak kena balik pastu keluar lagi?" Azriel bersuara garang.

"You ni, apa masalah you? Dahla garang. Suka hati i lah."

"Tak payah. Beli je sekarang." Terus kereta dibelok ke jalan menuju ke Mydin.

Arina hanya diam saja. Malas nak bertekak. Buat sakit tekak jelah. Azriel tu dah memang keras kepala. Kepala dia dengan tempurung buah kelapa, kepala dia keras lagi. Jatuh pun tak pecah tu. Dan mereka sudahpun sampai di Mydin.

"You kutuk i dalam hati eh?"

"Fitnah je kerja you." Arina menjeling dan terus turun dari kereta.

"Tunggu je dalam kereta. I tak lama." Arina menjenguk sedikit sebelum berlalu masuk ke dalam. Azriel hanya mencebik.

----------------------

"Esok masak untuk i." Suara yang entah dari mana mengejutkan Arina yang sedang memilih ayam untuk dimasukkan ke dalam plastik.

"Oh makcik mak hang!" Arina termelatah kuat. Habis semua orang menoleh dan melihat mereka berdua.

Arina dah jegil mata ke arah Azriel. Dan Azriel ketawa.

"Teruknya bini kedah i melatah." Azriel berkata biasa, tapi agak kuat sehingga makcik di sebelah mereka tergelak kecil.

"Diamlah, Azriel. You buat apa kat sini?!" Arina dengan muka masam, berpisah tiada.

"Nak tengok la you beli apa. Kan i pun makan juga."

"Aikkkk?" Arina pandang Azriel dengan muka tak puas hati.

"Apasal pulak?" Arina bersuara garang.

"I dah lama tak makan masakan rumah. Asyik makan kedai je. Nak la you masak." Azriel senyum.

"You tu apasal tak belajar masak?"

"Tak de orang ajar."

"Boleh tak jangan mengada?"

"Arina, you tahu kan i goreng nugget pun hangit? I reti masak maggi je." Azriel bersuara sayu.

Arina tergelak. Ya Allah. Teringat pulak. Dulu ada sekali aku bebel Azriel hari-hari ajak makan luar. Padahal Azriel senior, sewa rumah luar kampus. Aku lainlah, duduk hostel universiti. Aku selalu marah dia, kenapa tak masak kat rumah? Dia cakap dia tak pandai masak. Goreng telur pun hangus. Goreng nugget ready made tu pun hangit. Last-last give up.

"Masakkanlah untuk i. Takkan i nak balik Miri semata-mata nak makan masakan rumah?" Azriel memuncung sedikit.

"Tak payah muncung. Buruklah orang tua muncung. Yelah. Esok i masak untuk you sekali. Esok je. Esok sahaja." Arina menekan sedikit ayat terakhirnya.

"Selamanya tak boleh ke?" Azriel bertanya dengan muka manja.

Arina hanya memandang muka Azriel dengan pandangan kosong, dan berlalu pergi begitu saja.

Takde jawapan ke, sayang?

Diam tanda setuju. Huhuhu.

Sumpahan Cinta Dari DiaWhere stories live. Discover now