"Arina, mana you hilang? Tiga hari i call you tak dapat. Semalam tak datang ofis, Bella cakap you EL." Azriel dah bebel saat dia melangkah masuk ke dalam bilik ofis Arina.
"Apa ni? Takkan i nak cuti pun kena mintak permission you?" Arina yang sedang sibuk buat kerja, dah buat muka geram pandang Azriel.
"At least let me know, i senior you kot!" Azriel dah marah.
"Ha habistu sekarang ni nak marah i pula?" Arina marah kembali.
"No... I tak marah. I cuma risau keadaan you." Azriel mengendurkan kembali suaranya.
"Risau kenapa? Tak fahamlah you ni." Arina masih marah.
"Kenapa datang wedding Hardi tak bagitahu?"
"Kenapa pula kena bagitahu? Tu wedding kawan i, Fakyra. You tahu ke tak tahu ke, not a problem for me." Arina membalas garang.
"Arina..." Azriel dah mendekat.
"Azriel, listen here. I tak tahulah kenapa dengan you ni. Tapi i tak suka you rapat-rapat dengan i. Sampai semua benda nak ambil tahu. Dulu kat Terengganu lain, sebab kita hari-hari ke tapak projek sama-sama. Sekarang i ada kerja i, you ada kerja you. Kenapa nak kena macam ni lagi?"
Terdiam Azriel dibuatnya.
"And one thing i nak ulang balik, sebab you macam dah lupa. Kita cuma partner projek, not more than that." Arina menekan.
"I tak melebih pun in fact i just risau you tak angkat call." Azriel masih melawan.
"Lepasni tak payah risau lagi. I dah nak kahwin."
"Oh. Really?"
"Yes."
"Dengan siapa?"
"None of your business." Arina dah jeling.
"Is that guy Kashaf?"
Arina hanya diam. Malas nak bertekak lagi. Lantaklah aku nak kahwin siapa pun. Kau siapaaaaaa?
"Arina, i tanya ni. Kashaf ke?"
"Yeeee. I terima lamaran Kashaf. Puas hati? Now i nak buat kerja. Jangan ganggu i." Arina kemudiannya terus buat-buat sibuk menyelak fail-fail projek di atas meja.
"Okay... Congrats." Azriel hanya tersenyum dan keluar dari bilik itu.
Tertutup saja pintu bilik ofis, terus pecah air mata Arina.
Azriel, kenapa you selalu sangat buat i macam ni? Kenapa?!
--------------------
Azriel yang sedang bersandar ke kerusi bilik ofisnya, termenung seketika sebelum membuat keputusan. Dan akhirnya dia mendail nombor maknya.
"Assalamualaikum, mak."
"Ye, Riel. Ada apa call ni?"
"Mak buat apa tu?"
"Mak tengah cari barang kahwin kamu lagi ni. Kenapa?"
"Bila eh mak plan nak Riel kahwin tu?" Azriel dah bertanya. Sebelum ni langsung tak ambil kisah kerana dia fikir, dia nak lambat-lambatkan. Manalah tahu Arina terbuka hati kepada dia. Tapi Arina pun nak kahwin. Apa gunanya aku kat sini?
"3 minggu lagi. Boleh?"
"Banyak lagi ke mak persiapan tu?"
"Dah siap 60% dah pun, Riel."
"Kalau macam tu, Riel kahwin minggu depan jelah, mak."
"Kamu seriouslah, Azriel?!" Suara mak dah bergema kuat. Terkejut!
"Ye, mak." Azriel ketawa.
"Kenapa tiba-tiba ni?"
"Taktahu lah, mak. Tiba-tiba rasa nak kahwin."
"Seminggu tak sempat ni. Nak book tiket flight, sebelah pengantin perempuan nak sediakan macam-macam untuk kita ke sana lagi. Rombongan besar-besaran."
"Ke mana, mak?" Azriel kerut dahi. Baru harini dia nak tanya... Selama ni langsung tK endah.
"Kamu kahwin orang semenanjung."
"Lah yeke mak?" Azriel terkejut.
"Lailahailallah budak ni. Dani tak bagitahu ke?"
"Tak pun, mak. Kata anak kawan mak?"
"Memanglah anak kawan mak. Kenapa? Mak tak boleh ada kawan semenanjung langsung ke?" Mak dah marah.
"Hehe Riel tanya je."
"Dua minggu boleh?"
"Bolehlah, mak. Riel ikut je."
"Bagus. Nanti balik awal, tolong uruskan apa yang patut. Jangan lupa pergi kursus kahwin kat KL tu. Test semua tu pun jangan lupa ambil."
"Ye, mak. Riel tahu lah. Esok pagi Riel pergi kursus nikah tu."
"Bagus. Ni baru anak mak."
-----------------------
Azriel yang baru keluar dari bilik kursus kahwin, terlanggar seseorang.
"Sorry." Azriel berkata maaf kepada perempuan itu dan perempuan itu mengangkat muka.
"You?!" Arina dah terjegil mata.
Azriel hanya tersenyum segaris.
"You buat apa kat sini?!" Arina dah buat suara garang.
"You rasa?" Azriel malas nak layan.
"Oh... I see. Nak kahwin dah ke?" Arina hanya bersuara sinis.
"Ye." Azriel menjawab sepatah.
"Baguslah tak payah kacau hidup i lagi."
"Ye, i tak kacau dah hidup you. Puas hati you kan?" Azriel senyum lagi dan berlalu pergi.
Ada sesuatu menyentap dada Arina. Pedih. Mungkin Azriel akan berkahwin dengan Nadira.
Arina terus mengatur langkah ke keretanya. Dia memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan.
Pecah lagi air mata. Entah berapa kali dia menangis minggu ini.
Tiba-tiba mama call.
"Hello, ma." Suara dikawal. Taknak mama tahu dia menangis.
"Adik... Pihak pengantin lelaki nak cepatkan perkahwinan."
"Oh yaka? Bila, ma?"
"Lagi dua minggu."
"What?!" Arina dah terbeliak.
"Mama setuju ja." Mama berkata dengan relaks.
"Hmmm okaylah, ma. Adik ikut ja."
"Haritu semua yang adik berkenan kat butik pengantin tu, mama ambik yang tu tau. Lepastu kenduri nanti buat dekat villa kawan mama. Okay dak?"
"Okay ja, mama."
"Okay. Tu ja mama nak cakap. Bye!" Mama terus matikan panggilan. Dan Arina tergelak. Ish mama ni. Orang tengah sedih ni!
YOU ARE READING
Sumpahan Cinta Dari Dia
RomanceKalau ini sumpahan cinta yang dia pernah katakan pada aku dulu, kini aku percaya. Aku cinta mati sama dia.