Arina yang sedang melilitkan selendang di kepala, terganggu akan bunyi panggilan telefon pintar Azriel. Azriel pula macam tu lah, mandi berjam-jam. Macam perempuan! Sekali dia mandi, mahu 20 hingga 30 minit. Buat apa pun tak tahu la. Aku lain la, aku perempuan. Syampolah, tempek yang itu, tempek yang ini kat muka. Dah tempek muka, badan pula. Dia??? Kau buat apa?!
Masih berdering, berkali-kali.
Azriel ni tak reti nak silent phone ke? Mengganggu betullah!
Lalu kakinya diatur ke arah telefon pintar Azriel di atas katil. Badan ditundukkan dan nama Safira terpapar di skrin telefon.
Perempuan mana pulak call suami orang ni?
Dah 5 missed call dah pun. Tak faham bahasa ke kalau orang tak angkat call maksudnya orang busy? Kau bodoh ke?
Arina macam nak hempuk saja telefon pintar itu tapi malas nak bergaduh, jadi dia terus mute saja.
Lalu Arina kembali ke meja solek, sambung pakai selendang macam tak ada apa-apa berlaku.
"Sayang, i letak mana eh pencuci muka i? I cari dalam bilik air tak ada lah." Azriel yang baru sudah mandi, keluar dari bilik air terus bebel. Macam biasa.
"Mana i tau. Barang you, bukan barang i." Arina hanya jeling tajam.
"Aiiii sayang, i baru je masuk mandi tak sampai 30 minit, sayang dah marah-marah nape ni?" Azriel kemudiannya mengatur langkah ke arah Arina, lalu Arina dipeluknya dari belakang.
"Janganlaaaa. Basah la baju i!" Arina dah tolak Azriel.
"Sayang okay tak ni?"
"Pi lah bersiap. I tunggu kat bawah!" Arina hanya jeling dan berlalu pergi.
Azriel mencebik. Garang macam singa. Bini ke singa ni? Konfius aku!
Lalu Azriel hanya buat muka bodoh saja, dah terbiasa dengan Arina yang kasar.
Selesai bersiap, dia mencapai telefon pintarnya di atas katil. Sebelum memasukkannya ke dalam kocek seluar, sempat diperhatikan sekali kalau-kalau ada panggilan penting.
Terus berkerut dahi.
Safira. 10 missed call.
"Apahal lak perempuan ni call aku?"
------------------------
Arina yang sedang ceria menyusun kuih di atas meja makan, menoleh apabila ibu mertuanya memanggil.
"Ye, mak." Arina terus bangun dan mendekati mak Azriel.
"Arina okay ke Azriel ajak keluar ni? Semalam baru je majlis, harini Azriel dah ajak jalan-jalan. Tak penat ke?"
"Eh, takpe mak. Arina okay je."
"Em... Mak. Arina nak tanya boleh?"
"Tanyalah.." Mak Azriel memandang Arina sebentar sebelum menyambung buat kerja.
"Em... Sebelum ni Azriel pernah berkahwin tak?"
Mak Azriel terus menoleh dengan kerutan di dahi.
"Arina minta maaf, Arina tanya je..." Arina tersengih segan.
"Tak pernah lagi. Kenapa? Dia cakap dia pernah kahwin ke?" Mak gelak.
"Eh tak adalah macam tu. Arina je fikir macam tu."
"Riel tak pernah kahwin lagi. Dulu bertunang je. Tapi tak ada jodoh."
"Oh dengan siapa tu, mak? Nadira ke?"
"Eh? Arina kenal Nadira?" Mak makin pelik.
"Aaa... Kenal sebab Azriel pernah cakap haritu je." Arina garu kening sedikit. Hehe...
YOU ARE READING
Sumpahan Cinta Dari Dia
RomanceKalau ini sumpahan cinta yang dia pernah katakan pada aku dulu, kini aku percaya. Aku cinta mati sama dia.