BAB 57

1K 44 1
                                    


"B kenapa b makin hitam?" Soalan Arina memecah kesunyian dalam kereta. Dari pagi tadi, lepas discharge dari wad terus Azriel bawa Arina balik. Dan sekarang ni, bini kesayangan ni tak nak balik, dia nak pergi makan aiskrim Magnum dulu katanya.

Azriel dah sah-sah mengikut je apa Arina kata. Sayang sungguh dekat Arina dia tu.

"Hitam?! Tang mana yang hitam?!" Azriel sudah memerhatikan dirinya sendiri.

"Entah. Nampak gelap." Arina mencebik sambil menjongketkan bahu.

"Baru tak balik 3 minggu dah hitam. Kalau tak balik setahun, jadi bangla agaknya." Arina menyambung lagi.

"Amboi amboi seronoknya kata kat b ye? B ni penat tau cari duit nak bagi kehidupan yang sempurna untuk sayang." Azriel dah bebel.

"Kenapa b hitam ni?" Arina masih dengan soalan yang sama. Ditarik perlahan tangan Azriel, dan diperhatikan dari satu sudut ke satu sudut. Sikit tak endah bebelan Azriel. Azriel memang macam tu...

"B offshore, sayang."

"Tulah. Merajuk lagi, pergi jauh lagi. Baru 3 minggu dah hitam." Arina gelak.

"Ehhh sayang ni. Dulu b putih, sayang nak b gelap. Sayang kata lelaki gelap ni macho. Ni dah gelap, sayang kutuk. Nak yang putih-putih pulak."

"Mana ada sayang kata sayang nak yang putih?"

"Oh takde eh?"

"Takde."

"Ahhhh. Tak kiralah. Sama jelah."

"Hahaha sayang gurau je. B tak gelap pun. Okay je. Masih macho, masih handsome. Yang penting, masih Azriel sayang..."

"Suka b yang baru ke yang lama?"

"Dua-dua suka. Yang garang pun suka, yang suka senyum macam ni pun suka."

"Senyuman ni untuk sayang je tau. Untuk orang lain tak dapat."

"Sebab mahal." Azriel menambah lagi.

"Tau dah tak payah ulang, daripada dulu duk cakap benda yang sama." Arina hanya menjeling manja.

"Em... B..." Arina dah mula sengih-sengih.

"Ye, sayang? Nak apa lagi?"

"Hehe.... Sayang..."

"Apa?"

"Em... Bila b cuci kereta?" Arina masih sengih.

"Semalam. Bau pelik semacam. Lepastu pelapik kaki sebelah penumpang pun tak ada. Sayang buang ke?" Azriel bertanya pelik. Semalam balik ambil kereta sebab nak bawa barang-barang Arina ke hospital. Sekali bukak, fuhhhh bau... Tercari-cari kat mana bau tu, tak ada pulak.

Yang dia perasan, pelapik kaki dah tak ada. Terus kereta dibawa ke carwash. Lepastu ke kedai kereta, isi balik apa yang tak lengkap. Memang pantang sikit kalau kereta atau superbike kesayangannya ada kekurangan. Mesti nak sempurna.

"Hehe... Sayang buang... Sebab malas nak basuh..." Arina sengih lagi.

Arina ni satu je Azriel pening kepala. Dia tak suka bau something yang sangat busuk. Dia buang selamba badak je. Masih teringat kenangan suatu ketika dahulu semasa masih kuliah bersama.

Pagi-pagi mesti ajak breakfast. Dan ada satu hari tu...

"Jomlah balik. Lepasni nak gi kelas." Azriel sudah bangun dari duduk.

"Jom."

Sambil berjalan, mestilah sambil bergurau. Sampai tak perasan apa yang dipijak mereka berdua.

Sumpahan Cinta Dari DiaWhere stories live. Discover now