Hardi yang sedang baring, tersedar dari lamunan saat telefon pintarnya bernyanyi lagu kegemarannya.
Sayang.
Hardi bangun dan mencapai telefon tersebut.
"Hai sayang."
"Sayang, you pergi mana seharian i call tak dapat." Kyra sudah bersuara manja. Lega rasa penat dengar suara Kyra.
"Maaflah, sayang. Tadi tak de line sangat. Ni i baru je sampai rumah."
"I ganggu you ke?"
"Tak pun, sayang. I baru baring je. Lepasni nak mandi. Lepastu baru ingat nak call you."
"Oh hmm. Sorry i tercall awal pula. I rindu you."
"I pun rindu you juga. Azriel ada datang tak?"
"Ada, sayang. Dia bawa girlfriend dia sekali."
"Aik?" Hardi sudah mengerutkan dahi. Sejak bila pulak Azriel ada girlfriend?
"Tak tahu. Tiba-tiba semalam dia call kata ada housemate baru untuk i, harini dia bawa perempuan tu datang sini. Dah cek in dah pun sayang." Kyra bercerita saja. Dah jadi rutin mereka bercerita.
"Oh..." Hardi mengangguk-angguk. Diam-diam ya kau, Riel.
"Nama dia Arina. Arina Humaira." Tanpa bertanya, Kyra dah terlebih dahulu memberitahu.
"Arina?" Hardi lagilah kerut dahi. Macam aku pernah dengar nama ni. Tapi di mana ya?
"Haah. You kenal tak?"
"Tak surelah, sayang. Tak ingatlah. Dia tu last nama girlfriend dia rasanya Nadira." Hardi garu-garu kepala.
"Oh girlfriend barulah tu. I dengar Arina cakap pasal projek kat Kerteh tadi."
"Partner projek dia kot?"
"Maybe..."
"Ni diorang ada tak?"
"Tak ada. Azriel bawa Arina keluar makan lepastu beli barang rumah untuk Arina."
"You tak ikut?"
"Ish buat apa nak ikut orang nak dating. You tu bila nak datang sini? You dah lama tak datang jenguk i."
"Next week i datanglah, sayang. Nanti i ambil cuti banyak hari sikit, boleh bawa you balik Miri. You applylah cuti juga, ya?" Hardi dah plan macam-macam.
"Okay, sayang."
"Good girl. Okaylah i nak mandi. Nanti lepas mandi, i'll call you back okay?"
"Okay, sayang. Tapi kalau you letih, tak payah call dah pun takpe. Just take some rest, okay?"
"Okay, sayang. Kalau i nak tidur, i'll let you know."
"Bye, sayang. I love you."
"I love you too."
Panggilan dimatikan.
Hardi menyandar ke kepala katil. Bantal diletakkan dibelakang badan.
Kepala terus teringatkan Arina. Arina Humaira... Aku macam kenal la perempuan ni. Takkan kot?
--------------------
Hardi mengikut langkah Azriel sambil menarik bagasi beroda kecil. Kedua-duanya baru pulang dari Miri.
"Kau balik dengan siapa ni?"
"Ada membe aku pun nak balik Johor gak. Sekali la kita naik dengan dia." Hardi hanya mengikut saja. Sepatutnya naik bas dari KLIA direct je Johor selepas turun dari kapal terbang tadi. Tapi Azriel terlebih dahulu berkata ada kawannya akan mengambil mereka.
YOU ARE READING
Sumpahan Cinta Dari Dia
RomanceKalau ini sumpahan cinta yang dia pernah katakan pada aku dulu, kini aku percaya. Aku cinta mati sama dia.