"You boleh tak duduk jauh-jauh sikit. Panaslah!" Arina yang berada dalam flight, menjauhkan jarak sedikit daripada Azriel yang dari tadi menghimpitnya.
"Sejuk macam mok beku sayang padah panas eh?" Azriel perli.
"Panaih la. Duduk sebelah you terus panaih."
"Sebab api cinta kita memarakkan rasa tu, kan?"
"Azriel, you diam jap." Arina dah pegang kepala. Remaja perempuan di sebelahnya, mungkin pelajar universiti sudah tergelak dari tadi. Ya Allah, penatnya aku nak layan lelaki ni. Buat malu jelah. Dah la muka tak malu.
"Sayang, i nak manja ni." Azriel dah melentokkan kepalanya di bahu Arina.
"Beratlah!" Arina larikan bahunya jauh sedikit dan kini dia pula menghimpit ke seat pelajar itu. Azriellah ni!
"Maaf, dik. Suami akak gila sikit." Arina menyapa perempuan itu dengan sengihan, dan perempuan itu hanya tersengih-sengih dengan anggukan 'saya faham, kak.'
"Nak manja pun tak boleh."
"Tak boleh la. Tengok tempatlah."
"Sama je kat mana pun sayang tetap macam singa."
"Azriel, sebelum i ubah tempat baik you diam." Arina dah jegil mata. Sikit pun tak tersentuh dengan kemanjaan Azriel. Azriel yang zaman bercinta dulu dah kembali, melekat macam ni lah. Menyampah aku!
"Hm yelah. Balik Kedah nanti i report kat mama, you asyik marah i."
"Reportlah nak report. Ada i kisah?"
"You akan kisah hehehe."
"Tak malu kaki bodek. Semua you nak bodek. Dato Malik pun you nak bodek." Arina dah ketap gigi. Haritu Azriel punya pasallah, Dato Malik tak bagi aku berhenti kerja sampai projek dia tu siap. Terikat kontrak. Haaaa! Kontrak lah sangat. Dah jadi menantu pun terikat kontrak syarikat ke? Mesti akal si Azriel ni. Nak je aku tarik telinga dia... Tapi... Takpelah tak jadi.
"Uncle Maliklah..."
"Ha ye, Uncle." Arina membetulkan.
"Cakap pasal Uncle Malik, so sayang nak honeymoon kat mana?" Telefon pintar Azriel sudah dikeluarkan. Tempat-tempat honeymoon menarik sudah dicari.
"Tak payahlah."
"Kenak eh? Rugi la camya mun sikmok gik honeymoon sama abang. Free gik tok." Azriel sengih sambil main-mainkan keningnya.
"Free ka bayar ka, kamek sikmok."
"Sayang, jom laaa." Azriel dah memuncung.
"Banyak kerja nak di ofis. Tek padah mok kamek terus urus projek ya nak?"
"Aok la, sayang. Tapi kerja boleh tunggu."
"Nangga la gene." Arina hanya menjeling.
"Sayang..." Azriel memanggil lagi tapi Arina dah tak nak layan.
"Hai, awak student ke?" Arina mula beramah dengan orang sebelah. Kalau tidak, sampai ke Miri la orang gila tu nak memujuk ajak pergi honeymoon. Malas aku nak layan!
"Hai. Aaa ye. Mana akak tahu?"
"Haha akak pun dulu macam awak juga. Travel sorang study jauh." Arina tersenyum manis.
"Nama akak, Arina."
"Mira."
"Orang semenanjung ke Sarawak?"
"Semenanjung, kak."
"Jauhnya study kat Miri ke?"
"Ye, kak. Curtin University. Dapat biasiswa."
YOU ARE READING
Sumpahan Cinta Dari Dia
Lãng mạnKalau ini sumpahan cinta yang dia pernah katakan pada aku dulu, kini aku percaya. Aku cinta mati sama dia.