BAB 2

1.2K 63 0
                                    

Kaki melangkah ke office terlebih dahulu sebelum boarding ke pelantar minyak yang sepatutnya di mana aku bertugas.

Nak jumpa boss... Sebab aku sepatutnya bakal bertukar ke mainland secara abadi sekiranya dinaikkan pangkat. Sekiranya... Ya...

Tangan laju mengetuk pintu bilik ofis boss besar.

"Ada orang tengah interview. Around 10 minutes habislah tu. You duduk la dulu." PA boss menyapa aku perlahan.

"Lama ke? I dah kena pergi lagi 30 minutes."

"Tak lama. Sekejap je."

"Alright." Sementara tunggu, sempat mata membelek sana sini. Main phone, kacau orang. Haha.

"Thank you so much, Tuan." Dan seorang wanita keluar dari bilik bos... Aku kenal la perempuan ni!

Aku terus terbangun dari duduk, dan kaki ingin mengejar. Tapi suara boss terlebih dahulu memanggil aku masuk.

"Azriel!"

"Ye boss, coming." Aku belok kaki aku masuk bilik boss, nantilah kejar perempuan tu.

Habis selesai berbincang, aku tersenyum. Belum tentu dapat approval, dan hati aku pun separuh-separuh. Aku sayang akan kerjaku jauh di tengah laut, tapi dah bertahun-tahun lamanya ni, aku nak transferlah pula...

"Eh boss, perempuan tadi siapa?"

"Apasal? Kau berkenan ke?" Tuan Rashid ketawa.

"Tak adalah. Tanya je." Aku sengih macam kerang busuk.

"Dia datang interview, jauh dari KL tu. Berani ambik risiko interview job jauh sampai ke Sarawak."

"Oh i see. Department mana?"

"Electrical."

"Oh... Darat jelah?"

"Habis takkan kau nak suruh dia pergi tengah laut sekali kau?"

"Tanya pun marah ke?" Aku gelak lagi.

"Tapi tadi dia ada mention minta posting ke semenanjung kalau boleh... Aku tengok dia punya berani minta posting tu macam dah confirm aku nak terima dia kerja kat sini. Baru interview je tu." Tuan Rashid nampak geleng kepala sedikit. Pening-pening.

"Wuuu berani tu boss. Berani macam tu la yang kita nak." Aku menyakat sedikit. Memang aku agak rapat dengan boss. Maklumla dah lama kat sini. Haha.

"Tu lah. Aku tadi macam geram. Tapi fikir balik, berani betul perempuan ni. Dahla datang interview jauh. Padahal dia boleh minta cawangan dekat semenanjung."

"Susahlah boss sana. Selalu kena hantar datang sini. Tengok dia datang sini, interview sini terus senang." Aku mencebik.

"Betul."

"So macam mana? Boss ambil tak?"

"Kau rasa?"

"Ambillah." Aku membodek sedikit.

"Kau dah berkenan, memanglah kau nak dia kerja sini." Boss ketawa pula.

"Takde makanya, boss. Saya pun bakal posting ke KL juga after this. Dia kat sini. Saya kat sana."

"Kalau aku post dia sekali kau, kau nak?"

"Bos ni seriouslah?" Aku ternganga. Orang tua ni biar betul? Kau buat lawak ke?

"Kau tu tak kahwin-kahwin lagi, Azriel. Umur dah berapa."

"Ke situ pulak bos ni. Lelaki makin tua makin laku keras tau. Saya ni belum masuk 30 lagi boss."

"Dekat-dekat 30 dah. Tak payah nak memilih sangat. Tengok kawan kau semua dah kahwin. Aku pun nak kahwin lagi satu. Kau sorang je belum hantar kad kahwin."

Aku gelak lagi, geli hati. Bos, kalau hati ni senang terima orang... Tak pe la juga. Ni... Hm.

"Dahla boss, saya nak gerak dulu."

"Enjoy la maybe this is the last time you pergi offshore."

"Ala boss tak payah buat teruklah. If naik pangkat jadi senior nanti pun, i still need to turun padang tinjau kawasan juga. Jiwa offshore dengan saya takkan pisah tau?"

"Ye lah, Azriel. Aku doa kau kahwin tahun ni."

"Bagus, bos. Doa lagi. Mana tahu jadi kenyataan." Aku senyum manis dan mengangkat tangan ke arah Tuan Rashid. Tuan Rashid memang baik, sangat baik. Dan sebab itu aku hormat dia, sejak pertama kali aku kerja di sini.

Saat tangan menutup pintu bilik bos, PA boss datang mendekati

"How?"

"Apa?" Azriel mengerutkan dahi.

"You jadi ke transfer?"

"Yes..."

"Oh..." Mukanya nampak riak wajah kecewa.

"I ingat kalau you naik pangkat, you would still be here..."

"I minta bertugas di sana, Shila."

"But why?"

"Cari angin baru. Tak boleh ke?"

"Nothing... But, i will miss you."

"I bukannya tak datang sini terus."

"Tapi tak sekerap ni." Shila mencebik dengan muka masam.

"Shila, dah la tu. I tak nak you letak harapan dekat i. I'm sorry, okay?"

Shila hanya menunduk perlahan. Sedih.

"Kerja baik-baik. I harap you jumpa orang yang lagi baik. Okay?" Azriel memujuk perlahan. Bukan niatnya nak kecewakan orang.

"Okay.. Thank you, Azriel." Shila hanya tersenyum sekilas. Kecewanya hati tapi dia tidaklah terlalu berharap kepada Azriel kerana dia tahu Azriel tak pernah sukakannya. Tak pernah beri harapan. Cuma bila dia perlu, Azriel sedia membantu. Itu je.

-----------------------

Aku dengan rakan-rakanku hampir naik atas bot, tatkala itu aku terlihat wanita tadi dari kejauhan, mengambil angin tepi laut.

Sekali lagi, aku tak dapat kejar dia.

Otak aku masih memikirkan dia. Apa dia buat kat sini? Apa dalam fikirannya sampai menerima tawaran kerja di sini? Sanggup ke sini untuk interview? Jauh. Sangat jauh. Dia orang utara semenanjung... Gila punya jauh nak datang kerja sini?

Make sense juga dia minta kat bos nak posting ke semenanjung.

Atau dia ke sini ingin mencari aku?

Tak mungkinlah. Berangan je kau ni, Azriel. Entah-entah dah kahwin perempuan tu.

Dan semakin jauh bot berjalan, aku dapat lihat wanita itu memakai face mask kembali sebelum melangkah keluar dari kawasan ini.

Face mask... Perempuan tu...

Perempuan semalamlah bodoh!

Perempuan semalam yang duduk sebelah kau, yang kau tegur, yang kau bercakap.

Patut dia benci bau perfume aku. Mesti dia bencikan aku sebab perfume aku pun dia dah tak boleh bau.

Padahal perfume aku perfume kesukaan dia dulu. Menempel je dekat aku sebab nak bau perfume aku.

Dan sebab dia juga, aku jarang tukar perfume. Aku sukakan perfume ini, sebab aku tahu, aku akan ubat rindu aku kepada dia.

Dan sebab dia juga, aku ingin posting ke semenanjung sebenarnya...

Dia yang aku cinta...

Sumpahan Cinta Dari DiaWhere stories live. Discover now