Hari berganti hari, waktu berganti waktu. Sudah 3 minggu Arina dan Azriel bertugas di KL. Tidak seakrab dulu semasa mereka di Terengganu tapi masih bertegur sapa saat bersua muka.
Tak tahu sama ada Azriel yang cuba menjauhkan diri, atau Arina yang bertindak sebegitu.
Mama pula sibuk call Arina, dah macam-macam alasan Arina beri untuk menangguhkan pulangnya dia ke Kedah. Dari tangguh, lagi mama bising!
Arina yang terbaring di atas katil, mengangkat kepala apabila telefon pintarnya berbunyi menandakan WhatsApp masuk.
'Arina!' -Fakyra
'Yeee Kyra.' -Arina
'Aku nak tumpang rumah kau esok boleh? Before balik Miri. Banyak gak barang aku bawa ni. Sebab lepas kahwin ni aku pindah terus ke KL. Ikut Hardi stay sana.' -Fakyra
'Wahhh bestnya! Ada genglah aku kat sini. Boleh je. Kau nak tumpang lama-lama pun boleh.' -Arina
'Yay! Thanks Arina. Jumpa esok tau.' -Kyra
'Esok kau bertolak dari Terengganu pukul berapa?' -Arina
'Pagi. Apa-apa hal aku roger kau.' -Fakyra
'Okay!'
Tiba-tiba terdengar loceng rumah berbunyi. Siapa pulak datang condo aku ni?
Ni mesti si Azriel tu. Dah 3 minggu, baru harini ke dia nak datang kacau hidup aku? Selalu kacau kat ofis je!
Lalu Arina menyarung selendangnya dan menuju ke pintu rumah untuk membuka pintu.
"Hai Humaira." Kashaf tersenyum dengan sejambak bunga. Tak habis-habis dengan bunga. Arina mengeluh.
"Hai." Arina hanya menjawab pendek.
"I pergi Terengganu tengok you dah takde. Rupanya you kat sini."
"I dah pindah."
"Oh... I see." Kashaf mengangguk.
"Arina.. I sebenarnya nak minta maaf pasal dulu."
"Pasal apa ye?" Arina kerutkan dahi.
"Ingat tak i ada marah-marah you pasal projek kita yang tak menjadi tu?"
"Yes?" Arina masih keliru.
"I mati-mati ingat you yang sabotaj projek tu. Sebab tu i marah-marah, i hilang sabar. I ingat you khianati i."
"I ingat you yang khianati i. Sebab tu i resign." Arina balas kembali.
"I minta maaf pasal dulu. I bodoh percaya bulat-bulat cakap Helena."
"Haha. Takpe. I tahu dia pun tak suka kat i."
"Jom? Nak keluar makan tak?" Kashaf senyum.
"Boleh. Tapi bagi i siap kejap boleh?"
"Okay. I tunggu kat bawah dalam kereta okay?"
"Okay. 10 minutes." Arina senyum kembali.
---------------------
"Sebenarnya i nak tanya pasal lamaran i haritu..." Habis berborak pasal kerja, tiba-tiba Kashaf bertanyakan seperti itu.
"How?" Kashaf tersenyum segaris.
"I..."
"You terima?" Kashaf masih mendesak.
"I minta maaf..."
"Kenapa? You dah ada orang lain ke?"
Arina mengangguk perlahan-lahan... Padahal belum tentu dia betul-betul nak terima anak kawan mama tu. Tapi kalau nak jauhkan diri dari Kashaf, sudah semestinya!
YOU ARE READING
Sumpahan Cinta Dari Dia
RomanceKalau ini sumpahan cinta yang dia pernah katakan pada aku dulu, kini aku percaya. Aku cinta mati sama dia.