"Ni apa, sayang? Pomade ke?" Azriel bertanya sambil menyentuh tangan Arina yang memegang make up remover yang baru diambil dari rak alat make up watsons.
Arina dah terbeliak.
"B !!?? Pomade b panggil?!" Arina dah tergelak. Terlihat perempuan sebelah pun gelak bersama tapi cover.
"Habistu apa? Macam pomade je. Spray kat rambut." Azriel berkata dengan muka tak bersalah.
"Ni untuk cuci mukalah nak buang make up." Arina menerangkan sebentar.
"Ohhh b ingat pomade tadi." Relaks saja balasan dari Azriel.
"Habistu yang ni pula apa, sayang?" Azriel mengambil satu botol kecil berisi air dari rak alat kosmetik.
"Ni pula untuk setting make up." Arina masih menjawab tanpa jemu dengan senyuman.
"Ohhh. Tu yang sayang pakai hitam-hitam tu apa?" Azriel menunjuk ke kelopak mata Arina.
"Eyeshadow."
"Bukan celak ke?"
"Tak. Sayang tak lukis eyeliner, tak reti hehe." Arina berjalan, masih memilih barang-barang yang hendak dibeli.
"Sayang cari brand apa lagi? Meh b pusing carikan untuk sayang." Azriel masih setia menemani Arina yang sibuk membeli kelengkapan diri.
"Arin.. Arin.." Tiba-tiba bahu Arina dicuit oleh seseorang. Tersentak Arina dari lamunannya.
"Ha?" Arina menoleh ke tepi.
"Kau kenapa? Tengok make up remover tu macam nak tembus. Okay tak ni?" Fakyra memandang muka Arina.
"Ah? Aku okay je." Terus diletak kembali make up remover tersebut.
"Sure? Kalau kau tak larat, kita balik je."
"Eh tak tak. Aku okay je. Cuma mengelamun sikit tadi." Arina buat-buat ketawa.
"Kau ada masalah ke ni?" Fakyra bertanya sambil menyentuh lengan Arina.
"Tak adalah. Serious aku okay. Jomlah. Lepas ni kau cakap nak bawa aku pergi pantai."
"Ha'ah. Haha. Aku bawa pantai yang beri ketenangan untuk kau. Azriel tak pernah bawa pergi pantai ke?"
"Ha?" Arina bertanya lagi.
"Aku tanya, Azriel takde ajak pergi pantai ke? Kan dah lama korang kat sini." Fakyra bertanya lagi.
Arina hanya menggeleng. Padahal dia yang tolak pelawaan Azriel. Sebab dia tak nak ingat lagi kenangan zaman universiti mereka dahulu. Pergi pantai, duduk tepi pantai. Borak-borak waktu malam. Dia tak nak ingat langsung dah pun.
Tapi makin hari, ingatan tu makin kuat... Makin sakit kepala dibuatnya.
------------------
"Cantiknyaaaa pantai ni." Arina tersenyum sambil mendepakan tangan ke arah angin laut yang menampar kuat muka mereka.
"Aku selalu datang sini bila stress." Fakyra melakukan hal yang sama seperti Arina. Menikmati angin pantai.
"Aku nak gi beli air kelapa jap. Kau nak tak?"
"Nak!" Arina mengangguk ceria.
"Jap eh." Dan Fakyra berlalu pergi.
Tak sampai dua minit Arina menikmati angin pantai, tiba-tiba wangian yang tidak asing lagi dari rongga pernafasannya, menyapa hidung.
"Cantik pantai ni, macam you." Suara itu terdengar dekat di telinga kiri Arina.
"Azriel." Arina terus memandang ke kirinya. Begitu hampir mukanya dengan bahu Azriel, memandangkan Azriel berdiri dekat di sebelah. Dia pula hanya separas leher Azriel.
"Hai. I ganggu tak ni?" Azriel senyum memandang ke pantai.
"Aaaa... Tak ganggu kot." Arina buat muka kosong.
Tiba-tiba mesej dari Fakyra masuk ke telefon bimbitnya.
'Selamat berdating. Aku balik dulu tau. Nanti kau balik dengan Azriel.' -Fakyra.
Arina dah terbeliak. Balik dengan Azriel??? Macam mana??? Naik superbike dia ke???????
"I bawa kereta you." Azriel sengih.
"Ha? Kunci kereta i you dapat mana?"
"I pecah masuk rumah you..." Azriel buat muka jahat.
"Seriouslah?!" Arina dah nak marah.
"Hahaha takdelah takdelah. I minta Fakyra tolong tadi before you keluar dengan dia."
"Oooooooo main kasar eh. Plan-plan pula korang. Eeee tak suka." Arina dah cemberut.
"I cuma nak teman you kat tepi pantai ni je. Salah ke?"
"Kita dah hari-hari tengok laut sama-sama, kan?" Arina memerli.
"Aik? Bila?"
"Tu tapak projek. Tepi laut, tengah laut. I tengok you pun dah macam ikan paus." Arina tergelak kecil.
"Ewah sedap je ek you kutuk i."
"Yela. You macam ibu jari, i macam jari kelingking. I comel. You tak."
"Hahaha. I sado kan? I terima pujian you."
"Azrielll, jangan perasan please?"
"Hahaha yelah yelah. Jom. Tadi kata nak ayak kelapa kan?"
"Ayaqqqq la. Buruk la you cakap Kedah."
"Yelahhhh. Meh abang Azriel belanja Arina air kelapa harini." Azriel sudah berjalan menuju arah gerai-gerai jual air.
"Ceh. Belanja air kelapa je? Belanjalah makan kat restoran 5 star ke? Atas menara KL ke?"
"I tak kaya macam boyfriend Lambo you tu." Azriel mencebik.
"Humblenya Abang Azriel kita ni." Arina memerli lagi.
Azriel buat muka biasa saja. Dan berjalan terlebih dahulu di hadapan.
"Tapi kaya sangat pun takde guna kalau tak reti hormat dan hargai orang lain." Arina berkata bersahaja mengundang kerutan di dahi Azriel. Tapi dia tidak bertanya lebih. Mungkin ada yang Arina tak puas hati mengenai lelaki Lambo tu. Arina ni habit dia satu je. Tak puas hati, geram ke, mesti perli-perli. Jaranglah nak jujur terus.
-------------------
"Best dating, cik kak?" Elok saja Arina melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah, Fakyra dah tersengih-sengih.
"Kau ni jahatlah. Aku dah lah tak suka kat Azriel tu."
"Orang tua-tua cakap jangan kata tak suka, takut nanti jodoh."
"Banyaklah kau punya jodoh. Ni Azriel belikan makanan untuk kau sekali. Dia cakap terima kasih sebab tolong dia bawa aku keluar." Arina menyampaikan pesanan Azriel dengan tulus ikhlas sekali. Satu perkataan pun tak tertinggal.
"Sama-sama. Hehe." Terus bungkusan makanan itu ditarik dari tangan Arina dan dibawa ke dapur.
"Kau dah makan ke?" Suara Fakyra terjerit dari dapur.
"Dah tadi."
"Bestlah selalu makan sama-sama. Aku ni boyfriend jauhhh."
"Kau jangan mengadalah. Kau dah nak kahwin kan!!" Arina menjerit kembali.
"Ahahhaha." Hanya terdengar suara ketawa Fakyra saja di dapur.
"Aku naik dulu tau." Arina terus memanjat naik ke atas. Nak rehat. Mengantuk dah!
YOU ARE READING
Sumpahan Cinta Dari Dia
Lãng mạnKalau ini sumpahan cinta yang dia pernah katakan pada aku dulu, kini aku percaya. Aku cinta mati sama dia.