BAB 54

757 44 0
                                    

"Tahniah. Puan mengandung. Kandungan Puan dah berusia 4 minggu." Doktor berkata dengan senyuman manis di bibirnya.

Dan dahi aku berkerut seribu.

Ha sudah. Kenapa kau mengandungggg, Arinaaaa. Arina dah macam nak pengsan. Rosak plan nak berpisah.

Muka stress terus. Arina tercengang seketika. Macam-macam di fikirannya.

"Puan okay ke?" Doktor sudah menyentuh lembut tangan Arina.

"Hah?" Arina tersentak sedikit.

"Are you okay?" Doktor itu bertanya lagi.

"Saya okay." Arina senyum sekilas.

"Ada apa-apa yang saya boleh bantu puan ke?"

Arina tergelak.

"Tak ada apa, doktor. Saya terkejut je. First time mengandung. Tak tahu nak bagi reaksi apa."

"Saya faham... Nervous kan?"

"Nervous. Tak tahu nak buat reaksi macam mana."

"Haha selalu patient yang datang lepastu hamil, gembira bukan main. Tambah-tambah kalau datang dengan suami sekali."

"Saya tak tahu nak gembira ke tak ni." Arina berkata perlahan. Runsing!

"Maaf bertanya, tapi Puan ada suami?" Doktor tu bertanya dengan nada mengambil berat.

"Ada, ada. Tapi tak tahu dekat mana." Arina menjawab dengan nada bergurau.

"Hah?"

"Hahaha. Ada. Dia offshore."

"Oh... Terkejut saya tadi Puan cakap tak tahu dekat mana." Doktor dah gelak sekali.

"Okaylah. Saya bagi ubat tahan mual dengan sakit kepala. Puan balik banyakkan berehat. Awal kehamilan ni puan tak boleh banyak stress, tak boleh buat kerja berat. Sentiasa tenang. Kalau boleh, bagitahu suami secepat mungkin sebab nanti kena selalu datang check up."

Arina hanya mengangguk-angguk mendengar bebelan doktor itu.

"Okay doktor, terima kasih." Arina kemudian bangun dan keluar dari bilik itu.

"Macam mana, Arin? Arin okay tak?"

"Okay je..."

"Tadi kenapa? Salah makan ke?"

"Pregnant...." Arina jawab meleret, sama leret dengan jiwanya yang fikir panjang sekarang ni.

"Serious?! Alhamdulillah... Tahniah, Arin. Mesti Encik Azriel happy sangat-sangat." Bella dah tersengih-sengih.

"Arin tak happy ni, Bella." Perlahan saja suara Arina. Entah kenapa, satu sisi diri ini bahagia. Satu sisi diri ini rasa terganggu... Terganggu kerana sudah di tanam dalam fikirannya akan hidup tanpa Azriel selamanya. Kenapa jadi macam ni?

"Kenapa? Baby Arin tak okay ke?"

"Bukan."

"Habistu? Tak dapat hubungi Encik Azriel ke?"

"Arin nak pisah..." Arina menunduk.

"Hah?!"

"Arin rasa tak boleh go dengan Azriel."

"Arina... Fikir baik-baik. Jangan buat keputusan ikut emosi. Arin cuba tanam kembali cinta tu. Cuba, Arin. Jangan buat macam ni. Kesian baby ni." Bella mula memujuk sambil memeluk bahu Arina.

Arina sebenarnya belum bersedia. Malah tidak terfikir di fikirannya langsung tentang ini.

"Balik ya? Bella temankan Arin sampai rumah."

Sumpahan Cinta Dari DiaWhere stories live. Discover now