Epilog

1.6K 62 7
                                    

2 tahun kemudian....

Arina bangun memijak dan memegang erat kedua-dua belah bahu Azriel yang sedang mengendalikan superbikenya.

Tercapai juga cita-cita Azriel nak bawa Arina pusing dari utara hingga ke selatan hanya dengan menaiki superbike kesayangannya. Puas dipujuk bertahun-tahun, macam-macam alasan diberi.

"Patahlah pinggang sayang. Gila ke berjam-jam nak duduk atas tu." Arina terus buat-buat urut pinggang sendiri.

"Eee sayang takutlah nak konvoi macam tu, sayang mana reti duduk lama-lama atas superbike." Arina dah buat suara mengada-ngada.

"Sayang takut naik highway." Pulak.... Sejak bila takut? Kalau naik kereta, dialah raja highway!

Dan entah bagaimana, baru-baru ini dia sendiri yang tiba-tiba mengajak aku konvoi. Hingga ke selatan pula tu!

Biar betul bini aku ni...

Dan harini, benda tu sedang terjadi.

Beberapa buah superbike lagi mengikut di tepi kiri dan kanan. Ada Hardi dan Fakyra. Juga Ardani dan isterinya. Kawan-kawan aku yang lain pun ada.

"Sayang, duduk. Jangan berdiri lama-lama!" Azriel menguatkan sedikit suaranya. Budak kecik ni memanglah. Tak reti duduk diam. Sekejap-sekejap berdiri, pegang bahu aku. Tak pun depakan tangan ke langit. Aku sampai takut nak pulas pendikit. Terlalu laju takut Arina tak dapat seimbangkan badan.

Ya Allah!

"Sayang rasa macam terbanggg." Arina masih dalam angan-angannya untuk terbang. Dan kemudian dia duduk lantas memeluk Azriel dari belakang.

"Kan bagus macam ni!" Azriel membalas dengan suara dikuatkan.

"Kalau best macam ni, tiap-tiap bulan sayang nak ride jauh-jauh."

"No." Azriel menjawab garang.

Jangan kata jiwa bini aku dah jadi macam aku. Petanda buruk!

Jauh perjalanan, akhirnya mereka berehat sebentar di RnR terakhir untuk berehat di Johor.

Azriel memandang Hardi dan membuat isyarat sebelum mereka kembali bergerak.

Hardi yang faham akan rancangan Azriel, hanya tersengih dan mengangguk.

"Sayang, jom." Azriel sudah memanggil Arina yang baru habis makan.

"Jom!" Arina dengan suara ceria, menyambut huluran helmet dari Azriel. Tetapi Azriel terlebih dahulu menyarungkan helmet tersebut ke kepala Arina.

"Terima kasih, sayang." Arina senyum manis.

"Sama-sama, sayang." Azriel senyum kembali dan mula menaiki superbikenya.

Hampir 30 minit memecut laju, Azriel tiba-tiba memberi signal untuk keluar ke susuran lain manakala rakan-rakan Azriel yang lain hanya meneruskan perjalanan terus kehadapan.

"B nak pergi mana ni?" Arina menepuk kuat bahu suaminya.

"Adalah!"

"Ehhhh. Tapi macam kenal la Exit ni." Arina mengerutkan dahi.

Ni susur keluar jalan ke universiti kami dulu....

Takkan kot?

"Nak pergi mana? Bukan ada apa kat sini!" Lepas saja melepasi tol, Arina bersuara pelik.

"Aih. Kat sini ada macam-macam tau, sayang." Azriel menjawab apabila mereka berhenti di lampu merah.

"Mana ada apa. Kita study sini lama gila kot. Baik terus gi JB je tadi sekali kawan b." Arina bebel. Lampu bertukar hijau. Azriel hanya buat tak tahu dan meneruskan perjalanan.

Sumpahan Cinta Dari DiaWhere stories live. Discover now