BAB 43

757 47 0
                                    

Seminggu sudah berlalu di Miri, sekarang Arina dan Azriel sudahpun kembali ke realiti kehidupan mereka. Realiti kerja, kembali menguruskan projek mereka di ofis.

Dan hari ini, Arina mula menjejakkan kaki kembali di syarikat gah di depan matanya.

Apa la nasib aku.

Kerja sini, tahu-tahu kahwin dengan Azriel. Apa lah nak jadi dengan aku ni. Banyak-banyak tempat, sini jugak yang aku apply dulu kenapa?

Arina sudah merenung lama lif di depan matanya.

"Tenung lif macam nak tembus. Cuba tenung i, dapat pahala gak." Azriel memerli.

Arina yang tersedar, terus menjeling.

"Cubalah sayang senyum, senyum tu sedekah."

"Jangan panggil i sayang dekat ofis." Keras amaran Arina.

"Why?"

"I tak nak orang tahu kita kahwin."

"Oooo sayang nak buat surprise kat semua orang eh? Okay... Okay... But i still wanna touch what's mine. Macam ni." Azriel terus memegang tangan Arina erat.

"Kalau orang fikir pelik-pelik pun, salah you lah. You yang tak nak orang tahu kan?" Azriel memerli lagi.

"Whateverlah." Arina terus berlalu masuk ke dalam lif, menarik Azriel yang masih erat memegang tangannya. Tak nak lepas langsung!

"Lunch nanti pergi mall nak?"

"Nak buat apa lunch jauh-jauh?"

"Saja... Sayang tahu tak sayang tu gatal nak datang kerja. Padahal kita masih cuti."

"I tak nak duduk rumah dengan orang gila."

"Okay. Kita half day harini. Kita gi mall, kita lunch then terus jalan-jalan KL nak?"

"You ni kenapa?" Arina dah marah.

"Ke kita nak gi JB?"

"Makin jauh nampak?" Arina dah mengerling.

"JB best... Tempat kita dulu, kan sayang."

Arina hanya buat dek saja.

"So you nak yang mana? Pilih cepat!"

"KL dah lah. Malas nak gi jauh-jauh." Arina akhirnya menjawab juga.

"Hehehe okay bos!"

----------------------

"Sayang?" Azriel mencapai tangan aku yang berjalan sambil mengelamun. Mcm mimpi. Mimpi kini jadi realiti.

"Awat?" Arina menoleh memandang Azriel yang sedang memilih perfume di sebuah butik mewah. Dia yang gatal nak singgah tengok itu ini.

"Ni okay tak? Sayang suka tak bau ni kalau i pakai?" Dia menyuakan bau itu ke hidung aku.

"Pakai jelah perfume dulu tu. Tu je i suka. Yang lain tak suka." Arina menjawab biasa.

"Perfume tu dah melambangkan you dah. I pi mana pun kalau bau, teringat kat you." Arina menyambung lagi.

"Oh macam tu pun ada...." Azriel memainkan kening sambil tersengih macam kerang busuk.

"Sayang nak pape tak? Amiklah." Azriel mempelawa.

"Tak nak."

"Amik juga."

"Tak nak."

"I tak pernah beli apa-apa utk you, amiklah something. You je yang selalu beli macam-macam kat i." Azriel berkata lembut.

Sumpahan Cinta Dari DiaWhere stories live. Discover now