BAB 13

681 39 0
                                    

Kereta meluncur masuk terus ke dalam garaj apabila gate sudah terbuka luas. Azriel terus rasa nak tepuk dahi apabila terlihat muka Hardi betul-betul dekat bangku halaman rumah, tengah minum petang.

Azriel hanya beriak biasa, manakala Arina sudah tidak senang duduk. Tak selesa sekiranya Hardi melihatnya kelihatan agak akrab dengan Azriel. Kelihatan je ye, tak akrab pun! Kalau dulu, ya dia suka. Sekarang, tidak lagi.

"Eh Riel." Hardi menegur senang saat melihat Azriel turun dari kereta. Bayangan wanita di sebelah belum kelihatan. Ternanti-nanti juga dia, siapa Arina yang Kyra selalu ceritakan tu.

"Kau bila sampai?" Azriel terus menuju ke arah Hardi dengan muka letih.

"Baru je setengah jam. Kau asal ni macam letih je." Hardi melihat muka Azriel yang dah K.O.

"Letih ah do. Harini banyak kerja."

"Aik? Offshore bukan main berminggu-minggu, shift 12 jam sehari kau elok je balik ajak konvoi? Harini letih?" Hardi dah gelak.

"Laut lain. Darat lain." Azriel menjawab malas.

"Yelah tu... Ke letih layan perangai girlfriend?"

"Kyra mana?" Azriel buat tak tahu je soalan Hardi.

"Tadi masak. Sekarang tengah bersiap kot, aku nak ajak dia keluar."

Sesekali mata Hardi mengerling ke arah kereta Honda City yang diparkir itu. Nampak kelibat perempuan dalam tu. Tak turun-turun. Apahal tu?

"Tu kereta siapa lak kau bawak?"

"Partner projek aku la. Yang satu rumah dengan Kyra ni."

"Habis apasal tu? Tak turun? Kau buat hal ke?"

"Aik? Aku pulak kena? Mana tahu kat dia." Azriel dah jeling.

Elok pintu sebelah penumpang dibuka, Hardi senyum senget.

"Uish cantik. Kalau ini yang kau berkenan, aku approve." Hardi gelak.

"Kau tak kenal ke?" Azriel pandang Hardi dengan pandangan pelik.

"Arina."

"Arina. Tahu lah Arina." Hardi blank sekejap.

"Ohhhh Arina! Budak dulu yang kau selalu jumpa tu!" Hardi tercakap kuat sedikit, dan Arina memandang mereka dengan muka garang.

"Diamlah bodoh." Azriel berbisik perlahan.

"Uish lain gak la. Cantik. Hampir tak perasan aku tadi." Hardi bisik kembali.

"Hai Arina." Hardi mengangkat tangan melambai ke arah Arina.

"Hai, Hardi." Arina menekan sedikit nada suara apabila dia menyebut nama Hardi.

"Glad that you still remember my name. Lama tak jumpa." Hardi senyum lebar dan mata melirik ke arah Azriel.

"Yah... Agak lama juga since you have done your degree." Arina hanya menjawab dari jauh, sambil buat-buat sibuk mengambil barang dari dalam kereta.

"Jomlah, lepak sini."

"Arin penat... Nak rest. Borak-boraklah dengan Azriel." Arina menolak sopan.

"Hahaha okay, Arin. See ya." Hardi hanya mengangguk faham dan membiarkan Arina menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah.

"Kau buat apa kat dia?"

"Buat apa?" Azriel dah kerut dahi.

"Macam nak marah je. Garang. Dulu takde la garang pun."

"She has changed a lot. Aku pun dah macam tak kenal dia."

"Why?"

"Manalah aku tahu." Azriel menghela nafas.

Sumpahan Cinta Dari DiaWhere stories live. Discover now