Azriel melangkah masuk perlahan-lahan ke dalam rumah usang, bersama-sama dengan beberapa anggota polis yang telah dihubunginya tadi.
Entah macam mana, hati rasa tidak sedap semalam. Jadi dia pulang ke KL dan menginap di condo Arina. Arina tu bukan perasan pun kunci condo dia hilang...
Elok juga aku pasang cctv dekat rumah. Waktu kejadian tu berlaku, Azriel sudah memecut Ducatinya pulang ke rumah. Tapi sudah terlambat. Arina sudah tidak kelihatan.
Hanya pihak polis yang dihubunginya. Sementara menjejaki di mana keberadaan Arina, Azriel mestilah paling risau. Macam orang tak betul dah risau.
6 jam mengesan, baru membuahkan hasil.
Dan sekarang, mereka sudahpun berada di tempat di mana Arina disembunyikan.
Pihak polis meminta Azriel menunggu di luar. Tapi dia degil, nak juga selamatkan isterinya.
"Kau ada masa lagi 2 jam, Arina. Fikir." Seorang lelaki bermain dengan pisau tajamnya, dan mula melalukan di besi katil. Terlalu nyaring bunyi di telinga.
"Diamlah." Arina marah kembali.
"Kau ni memang kurang hajar. Kalau aku toreh muka kau yang cantik tu..." Lelaki itu sudah bangun dari duduknya.
Azriel sudah tidak keruan, tetapi polis di sebelahnya menahan dia terlebih dahulu untuk tidak bertindak di luar kawalan.
Pipi Arina dicekak kuat.
"Berapa dia bayar kau?" Arina bertanya dengan nada sakit hati.
"Kenapa? Nak bayar double?"
"Triple kalau kau nak?" Arina membalas.
Tapi lelaki itu menguatkan lagi cengkaman di pipi Arina.
"Aku tak pernah berpaling dari bos aku." Kemudian pipi Arina ditampar kuat.
"Pukul berapa perempuan tu datang? Lagi cepat lagi bagus."
"Apasal? Kau dah ada jalan keluar ke? Ke kau dah bosan nak tunggu ajal?"
Arina hanya buat bodoh dengan soalan itu.
"Kau ada lagi 2 jam nak hidup... Kenapa terburu-buru ni?"
"Aku malas nak tunggu lama-lama. Aku nak termuntah ni bodoh." Arina dah marah.
"Siapa la lelaki malang kahwin dengan kau ni." Leher Arina pula dicengkam dengan sebelah tangan membuatkan Arina seperti ingin mati saja.
"Nak muntah lagi tak macam ni?"
Arina tak mampu berkata apa-apa. Rasa macam nak mati tak boleh bernafas!
Azriel makin geram akan perlakuan lelaki itu terhadap isterinya. Kalau dapat kat aku kejap lagi, memang makan penerajang jantan ni!
Pihak polis meminta mereka hold dahulu, selagi ketua penculik belum datang. Kerana atas pendengaran mereka, dalam masa 2 jam.
Telefon pintar lelaki itu dikeluarkan.
"Bos, betina ni dah tak sabar nak mati." Dan lelaki itu hanya mengangguk mendengar arahan yang disampaikan.
30 minit menunggu, kelihatan seorang perempuan memasuki bilik itu, dengan seorang lelaki.
Kashaf...
Pisau sudah diletakkan di leher Arina, menunggu masa untuk mengelar sahaja.
"Arina..." Kashaf sudah terbeliak melihatkan kekasih hatinya diperlakukan sebegitu.
"Kenapa? You sekarang tak mampu nak lawan i kan? Sebab apa? Sebab nyawa Arina bodoh ni dalam tangan i." Helena sudah ketawa mengekek.
"You jangan bagi i naik angin, Hel. Lepaskan Arina. Apa you nak?!"
"You tarik balik semua pertuduhan you terhadap i. Semua tender yang dah dicuri tu. You letak atas nama Arina!" Pistol dikeluarkan dan dihalakan ke kepala Arina.
"You choose, nak tengok Arina mati pakai pistol ke pakai pisau? Ke you nak selamatkan dia?" Helena tersenyum sinis.
Kashaf menghela nafas berat.
"You nak berapa juta? I bayar. Asalkan you lepaskan Arina."
"I cakap pasal duit ke sekarang ni? I nak you tarik pertuduhan tu!"
Azriel yang menunggu jawapan Kashaf , memang rasa macam nak bangun penumbuk semua yang ada. Korang ni bodoh! Kashaf pun bodoh! Kau tarik jela! Aku bayar ganti rugi kau bodoh!
Kashaf yang terperasan akan susuk tubuh seseorang bergerak di belakang mereka, mengerutkan dahi.
Mata mengerling sedikit sahaja. Takut kelihatan jelas di mata Helena.
Azriel?
Seperti memahami sesuatu, Kashaf akhirnya mengangguk.
"Fine. I tarik balik." Kashaf memberikan kata putus.
"Nice choice..." Helena tergelak kecil.
"What should i do now?" Kashaf bertanya dengan nada kesal.
"Call your lawyer. Arrange everything. Selamatkan i." Helena mengarah Kashaf dengan suara belagak. Ksli pertama rasa dirinya mampu memijak kepala Kashaf.
"Lepaskan Arina dulu."
"You ingat i bodoh?" Helena menjerkah.
"I said, jangan sakiti Arina. Sebelum you menyesal seumur hidup." Suara Kashaf sudah naik satu oktaf. Muka Arina dah berdarah akibat pecah dimulut dan pipi, diperhatikannya dengan pandangan sayu. Arina nampak diam saja. Sudah tidak melawan. Nampak sangat letih.
Dan Kashaf terus mengeluarkan telefon pintarnya, mendail nombor peguamnya.
"Loudspeaker. I nak dengar." Helena masih menghalakan pistol ke kepala Arina.
"I nak tarik balik pertuduhan i terhadap Helena. Arrange everything sampai nama dia clean."
"Tapi, Tuan... Tuan bukan dah fight habis-habisan?"
"I tarik balik."
Waktu itu, Helena sudah menjatuhkan tangannya dari kepala Arina. Dan orang suruhannya juga begitu.
Puas hati akan tindakan Kashaf.
"Saya dah dapatkan semua bukti kukuh.."
"What did i said just now?" Kashaf sudah marah.
Dan kemudiannya...
"Jangan bergerak! Letakkan senjata!" Tiga orang anggota polis sudahpun mengepung bilik itu dan menghalakan pistol ke arah Helena dan orang suruhannya. Kashaf hanya tersenyum melihat Helena.
"I'm sorry. I silap tadi. Just continue the case and unfortunately, the case is upgraded now. Two in one. I'll send the details. Make this bitch never see the sun anymore." Kashaf bersuara kembali mengarahkan peguamnya. Dan peguamnya hanya menurut perintah.
Manakala Azriel pula sudah meluru ke arah Arina yang kelihatan hampir pengsan. Nampak tersangat letih.
"Sayang? Sayang?" Azriel kemudiannya mencempung Arina dan Arina dibawa keluar dari rumah itu secepat mungkin.
"Azriel!" Kashaf kemudiannya melemparkan kunci keretanya kepada Azriel, faham akan Azriel yang pasti ingin membawa Arina ke hospital.
Azriel menangkap kunci kereta itu lantas bergegas keluar.
Kereta memecut laju ke hospital. Tak mahu apa-apa terjadi pada Arina. Entah apa yang dilakukan mereka kepada Arina tadi sebelum aku sampai.
"Sayang, bertahan. Kejap lagi kita sampai hospital."
Pedal minyak ditekan selaju mungkin. Tidak kira benda lain, keselamatan Arina lebih penting.
YOU ARE READING
Sumpahan Cinta Dari Dia
RomanceKalau ini sumpahan cinta yang dia pernah katakan pada aku dulu, kini aku percaya. Aku cinta mati sama dia.