BAB 9

717 43 0
                                    

Arina tersenyum jahat setelah selesa duduk dalam bas. Ahhh leganya. Harini tak payah jumpa orang gila. Memandangkan harini hari sabtu, dan aku bagitahu Kyra yang aku ada hal kena balik ke Kedah. Padahal aku nak balik KL. Kah kah kah.

Beberapa jam tidur, Arina terjaga dari lena. Bas berhenti di RNR. Macam biasa, turun nak ke tandas dan beli jajan sedikit. Macam budak-budak! Semestinya!

Sedang sibuk memilih-milih buah-buahan di gerai, terdengar deringan bunyi telefon pintarnya beberapa kali.

Sah Azriel. Malas aku nak layan.

Selepas je beli, mata melihat jam di tangan. Tadi driver bas cakap berhenti 20 minit... Ada lagi 5 minit. Lalu kaki dituju ke tempat bas diparkir.

Tangan dan mata sibuk melihat buahan yang dipegang, khusyuk makan!

Apabila hampir sampai ke tempat parkir bas, muka diangkat. Terbeliak mata tengok bas tak ada.

"Weh? Bas mana? Takkan tinggal kot?" Arina dah gelabah. Bodohlah aku ni.

Mata kembali melihat jam. Bas ni apahal? Cari gaduh ke? Kau tunggu aku report kat company kau, kata 20 minit. Ni baru 15 minit dah jalan.

Tangan sibuk google syarikat bas yang dinaiki, nak buat reportlah apa lagi.

"Cik kak cari bas ke?" Suara seseorang menyapa dari belakang.

"Bang ada nampak tak bas saya..." Elok toleh ke belakang, muka mamat tak guna tu dah tersengih.

Terus mata menjuling ke atas.

"You buat apa kat sini?" Suara Arina dah kasar.

"Nak hantar you balik Kedahlah. Kan you ada hal nak balik Kedah." Azriel memerli.

"Tapi highway ni menuju ke KL." Azriel hanya senyum senget. Perli lagi.

"Yelah, balik KL dulu ambil kereta lepastu drive balik Kedah." Macam-macam aku pusing nak tipu mamat ni.

"Wah rajin you drive pusing-pusing macam tu. Baik pergi Johor terus."

"Well i dah biasa kan." Arina masih membalas. Mana boleh duduk diam. Aku sentiasa akan melawan!

"Jom."

"Jom apa?" Arina dah buat muka.

"Balik KL lah. I hantar you."

"Tak payahlah."

"Habis nak tunggu kat RNR ni?"

"I nak call company bas tu. I nak complain. Apabenda tinggal penumpang kat sini. Kata nak berhenti berapa minit, tapi tak sampai waktu dah takde. Macam mana driver bas tu buat kerja?" Arina dah bebel.

"Dah-dah. Tak nak marah lagi. I dah ambil beg you tadi dalam bas. I yang suruh driver tu jalan sebab semua penumpang dah naik. You je belum. Lagipun i dah bagitahu dia i akan bawa tunang i balik." Selamba saja Azriel berbicara.

"Azriel..." Arina menahan nafas marah. Dulu penyabar, sekarang memang cari nahas mamat ni.

"You boleh tak jangan kacau hidup i?" Arina berkata geram. Muka dah merah. Dahlah panas, ajak gaduh pulak!

"I tak kacau. I bantu you. You baik sangat dengan i dulu. I nak balas balik semua kebaikan you." Azriel berkata tenang.

Tapi aku dah tak nak la semua tu. Aku nak lari jauh dari kau. Tolonglah faham! Geram pula aku cakap dengan orang tak faham bahasa macam dia ni.

"Dah dah. Tak nak marah lagi. I ambil kereta kejap okay. You tunggu sini." Azriel kemudian berlalu ke keretanya dan menjemput Arina di hadapan mata. Pintu siap dibukakan untuk Arina.

Sumpahan Cinta Dari DiaWhere stories live. Discover now