BAB 60

856 43 2
                                    

Azriel yang baru sahaja mengundur keretanya, tidak perasan di telah melanggar sesuatu. Sibuk berborak dengan Arina sampai tak nampak apa ada di belakang.

Prak...

"Eh b!" Arina sudah terkejut dengan bunyi kuat di belakang. Terdengar juga suara seorang perempuan menjerit.

Azriel sudah membrek.

"Aduh, habis kereta! Sayang tunggu dalam kereta okay? B turun kejap." Azriel sudah keluar dan bergegas ke belakang kereta.

"Sayang!" Seorang lelaki berlari ke arah seorang perempuan yang sudahpun jatuh terduduk sambil memegang lengannya.

Kelihatan bumper kereta sedikit bercalar kerana berlanggar dengan troli barangan yang dibawa wanita itu.

"Puan okay?" Azriel menyapa wanita yang sedang dibantu oleh... Mungkin suaminya?

"Kau ni tak de mata ke?" Lelaki itu mengangkat muka dan memandang Azriel.

"Azriel?" Hazzar terkejut melihat Azriel di hadapan matanya.

"Hazzar?" Azriel juga terkejut. Dan baru terperasan wanita itu adalah... Nadira.

"Sorry sangat-sangat. Aku tak perasan tadi."

"Eh takpe, i okay je ni." Nadira sudah bangun dari duduknya dan menepuk-nepuk bajunya yang sedikit kotor.

"I cuma terkejut tadi tu yang terjatuh." Nadira menghadiahkan senyuman kepada Azriel.

"You buat apa sini?" Azriel bertanya pelik.

"Kitorang dah pindah ke sini. Aku dapat transfer ke sini."

"Oh yeke?" Azriel tersenyum ramah.

"Kau?"

"Aku memang kerja area sini je."

"Sorry haritu wedding kau kitorang tak dapat pergi."

"Eh takpe. Aku pun plan nak buat majlis lagi sekali kat sini. Nak jemput kau orang lagi sekali."

"Kalau macam tu, i dapatlah kenal isteri you." Nadira berkata dengan senyuman manis.

"Yes... Eh. Jap. Dia ada dalam kereta. I panggilkan."

"Kalau macam tu, elok kita masuk dalam mall jelah. Borak-borak. Lama tak jumpa." Hazzar memberi idea.

"Boleh... Tapi kejap, aku kena tanya dia dulu." Azriel meminta diri sebentar dan berlalu ke dalam kereta.

"Sayang... Kita lepak dengan kawan b kejap nak?"

"Siapa?" Arina menaikkan keningnya.

"Em... Hazzar dengan... Nadira."

"Nadira? Your ex?" Arina sudah memandang Azriel dengan muka cemburu.

"Ye... Dia dengan suami dia. Suami dia pun kawan b juga."

"Sekarang ke?"

"Ye. Jom." Azriel sudah mematikan enjin kereta dan berlalu membukakan pintu untuk Arina.

----------------------

Arina hanya diam saja di meja apabila Azriel berborak sakan dengan Nadira dan Hazzar. Rasa agak terpinggir.... Sebab dia bukannya kenal dengan kawan Azriel. Kenal Hardi je.

"Arina dah lama ke kenal Azriel?" Nadira tiba-tiba menegur Arina yang kelihatan mengelamun.

"Ha...?" Arina tersentak dari lamunan.

"Nad tanya Arina kenal lama dah ke dengan Azriel?"

"Aa... Tak... Baru je..." Arina menjawab perlahan.

Sumpahan Cinta Dari DiaWhere stories live. Discover now