Arina melangkah masuk ke dalam ballroom hotel resepsi hari perkahwinan Hardi dan Fakyra.
Tak kenal sesiapa di sini. Memang datang semata-mata untuk Fakyra je ni. Kalau tak, memang tak datang dah.
Hati berdebar-debar juga. Dan Fakyra melambai ke arah Arina dari jauh.
Arina tersenyum manis.
"Cantiknyaaa kau!" Fakyra teruja.
"Kau lagi cantik. Pengantin sehari kot! Sorry weh tak dapat nak ikut kau pagi tadi pergi make up semua. Aku keluar bilik je tengok tak ada siapa kat rumah kau. Ada sepupu kau je. Dia yang hantar aku datang sini."
"Tak pe. Aku faham kau letih. Eh pergilah makan. Azriel aku rasa tak sampai lagi ni."
"Okay. Hehe. Selamat pengantin baru Kyra!"
"Thanks, Arina. Aku doakan kau kahwin dalam masa terdekat juga." Kyra senyum manis dan mereka bercium pipi sebelum Arina meminta diri untuk menjamu selera.
Suasana perkahwinan Fakyra dilihatnya indah. Ah bestnya kahwin! Bila lah aku nak rasa semua ni.
Dan Arina tergelak sendiri. Bodoh la kau ni, Arina. Orang nak kahwin dengan kau, kau yang taknak.
Ye, sebab aku tak nak buat salah pilihan lagi. Dan sekarang ni, aku kena buat pilihan.
"Arina kan?" Seorang lelaki menyapa.
Arina mengerutkan dahi. Aku macam kenal lelaki ni... Tapi di mana ya?
"Aaaa, Ardani kan?" Arina senyum manis.
Ardani pula yang ternganga. Aik? Aku baru nak buat surprise kat dia. Sekarang aku yang tersurprise! Mana dia tahu nama aku? Mak dia bagitahu ke?
"Ha'ah ye. Ardani. Mana Arina kenal Ardani?"
"Eh? Ardani tu macam mana boleh tegur Arina?" Arina gelak. Aku tahu lah kau abang Azriel. Buat-buat terkejut beruk pula.
"Aaaa..." Ardani dah mati kutu. Aku nak tipu apa eh ni?
"Back to you, macam mana you tahu nama i?"
"Kan Ardani abang Azriel." Arina menjawab ringkas.
Ardani lagilah mati kata. Dia tahu aku abang Azriel? Dari mana dia tahu? Aku konfius ni sekarang ni.
"Ha lupalah tu. Ni Arina Humaira. Ingat tak beberapa tahun lepas, Arinalah yang selalu tanya abang pasal Azriel. Yang selalu chat abang tu." Arina gelak-gelak mengingatkan dulu.
Ardani dah ternganga. Now aku dah ingat kenapa aku macam familiar dengan muka Arina. Sebab tu rupanya!
"O...ooohhhhhh! Arina!!" Ardani dah teruja lain macam.
"Ye... Sayalah Arina tu, bang." Arina gelak lagi.
"Serious abang memang tak ingat langsung pasal tu. Yang abang ingat Arina yang kerja kat Miri tu je." Ni bukan coincidence dah ni, ni dah lain macam. Kau ni Azriel. Memang betul la adik aku. Pandai buat kerja. Diam-diam ye kau.
"Oh abang tahu?"
"Tahu. Abang pun kerja situlah. Cuma kita je tak pernah bertegur."
"Lah... Hahaha. Abang datang dengan siapa ni?"
"Dengan family abang. Jom jumpa mak abang."
"Ha? Nak buat apa?" Arina dah terkejut. Weh tak nak. Takut!
"Jomlah. Takpe. Mak abang baik tau." Ardani mengajak lagi. Arina segan mahu menolak, jadi dia turutkan saja.
First time hati rasa berdebar-debar nak jumpa orang. Selama ni tak pernah langsung rasa macam ni!
YOU ARE READING
Sumpahan Cinta Dari Dia
RomanceKalau ini sumpahan cinta yang dia pernah katakan pada aku dulu, kini aku percaya. Aku cinta mati sama dia.