BAB 3

1.1K 56 1
                                    

Dua minggu berlalu, dan aku sekarang sudahpun berada dalam helikopter untuk diterbangkan kembali ke darat. Rutin terakhirku... Dah tamat.

Aku mengeluh seketika. Sayang la pula nak tinggalkan semua ni. Nak kena hidup dalam kesesakan lalu lintas pula lepasni...

Sampai saja ke bangunan syarikat, kaki terus diatur ke lif. Butang ditekan, nak masuk bilik ofis sendiri ambil barang before balik.

And surprisingly... My lady... Dalam lif yang sama. Terkejut aku dibuatnya.

Satu detik, dua detik, tiga detik. Terasa begitu lama.

Sengaja aku jatuhkan sapu tanganku ke atas lantai, ingin melihat dia akan ambil atau tak.

Dia buat bodoh je? Kau seriouslah?

"Eh sorry terjatuh pula." Sengaja aku menunduk perlahan dan saat aku bangun, sikuku terkena pehanya.

"Hello? You boleh tak jauh sikit? Lif ni besar kot." Suara itu keras membentak. Jelas tidak suka akan perlakuanku sebentar tadi.

"What?" Aku tenung matanya, sedalamnya. Tapi dia alihkan pandangan, memandang ke arah lain. Benci bena eh dia dekat aku? Jadi aku pun memandang ke hadapan kembali.

"Mimpi apa datang kerja sampai sarawak?" Suara aku bernada biasa... Macamlah aku tak kenal dia. Dia pun macamlah tak kenal aku. Tak payah berlakonlah.

"Rezeki kat sini."

"Oh rezeki... So rezeki dah dapatlah ni?"

"Habistu? Tanya pulak." Masih garang. Macam dulu. Aku ingin tersenyum tapi aku matikan senyuman dengan segera.

"Jauh betul rezeki tu." Sengaja ingin menyakat.

"Sehari tak menyakitkan hati, tak boleh ke?" Suara perempuan itu kedengaran geram. Aik? Baru harini je I kacau you tau... Setelah sekian lamanya.

Sengaja aku keluarkan perfumeku dari dalam beg galas, dan menyembur ke leher. Nak bagi perempuan ni berapi.

"Lambat pulak nak sampai tingkat 7." Suara itu bergema dalam lif dan aku tersenyum.

"Lambat apa? Lif jammed la. Tak nampak ke?"

"Seriously?" Mata terbuntang, bulat.

"Riel kerja sitok dah lamak bena, Riel tauk lah." Azriel ketawa sedikit. Mampus kau dalam lif ni dengan aku. Aku sebenarnya teringat akan tutur bicara bahasa sarawaknya saat di airport haritu, tak sangka dia masih ingat apa yang aku ajar dulu. Kenapalah aku tak perasan?

Aku lihat jarinya menutup hidung sendiri. Macam busuk sangat perfume aku. Hello it's 1 Million Privé by Paco Rabanne kot? Favorite kau juga dulu sampai menempel dekat aku sepanjang masa. Puji-puji lagi.

"Kenapa? Pregnant ke?" Aku memerli.

"Alergik bau-bau yang boleh bawa kebencian." Selamba badak jawapannya.

Ting!

Sampai tingkat 7. Dan laju kaki itu membolos keluar.

Aku sekarang ni dalam lif, terkebil-kebil.

Kebencian? Okay...

Tak pe la memang patut pun bawa kebencian sebab aku yang buat kau benci aku dan aku baru sedar sumpahan cinta yang kau pernah kata dulu.

"Kerja elok-elok kat sini!" Aku sempat berpesan kepadanya dengan kuat, mengundang mata pekerja lain memandang ke arahku dan aku hanya ketawa.

--------------------

"Assalamualaikum." Sampai je rumah, aku beri salam sebelum masuk ke dalam.

"Eh Riel, sudah balit ka?" Mak yang entah dari mana, menyapa aku.

Sumpahan Cinta Dari DiaWhere stories live. Discover now