BAB 5

910 50 0
                                    

"Tahniah, Arina. Permohonan awak nak diposting ke semenanjung dah dapat approval." Tuan Rashid kemudiannya memberikan surat rasmi penukaran Arina ke sana.

Berkerut dahi Arina.

"Tapi bukan Encik cakap saya kena stay sini beberapa bulan dulu ke?"

"Tak pe. Saya yang sign approval awak tu. Jangan risau. Saya tahu susah nak survive sini. Awak pula perempuan, sorang pula tu." Tuan Rashid senyum manis.

"Oh... Alhamdulillah. Terima kasih, encik." Arina mengangguk faham dan tersenyum lebar.

"Esok hari terakhir awak kat sini, next week boleh start bertugas dekat sana."

"Terima kasih, encik untuk tiga minggu ni. Saya minta diri dulu." Arina mempamerkan senyuman manis dan berlalu keluar dengan muka happy tak sudah.

"Lega! Tak yah hadap muka mamat gila tu!" Perlahan saja suara Arina, tapi dapat ditangkap oleh telinga Shila.

Shila hanya senyum ke arahnya.

"You dapat transfer ke?" Shila bertanya dengan wajah ceria juga. Walaupun baru kenal, tapi Arina tipikal perempuan yang sangat senang diajak berbual. Peramah sungguh. Betullah kawan aku kata orang semenanjung semuanya peramah.

"Dapat." Arina melayangkan surat itu di depan Shila.

"Wah. Tahniah! Bestlah you dapat balik sana. I nanti takde dahla kawan."

"Hahaha you boleh always contact i. Kalau i datang lagi, i melawat you tau?" Arina bersuara happy.

"Hahhahaha okayy. Tapi tadi i dengar you cakap pasal mamat gila... Siapa ya?"

"Oh..." Arina menutup sedikit mulutnya sebelum mula mengutuk. Mata dikerling ke sekeliling terlebih dahulu.

"I cam busybody pula. Tapi pelik je lah mana ada orang gila kerja sini." Shila ketawa kecil.

"Hahaha dia bukannya gila betul. Tapi you ada tahu tak lelaki tinggi-tinggi, takdelah putih sangat tapi cerah juga. Sado sikit."

"Macam tipikal lelaki kat sini je?"

"Muka dia macam Syukri Yahya. Tapi dia versi lain sikit." Arina membisik perlahan.

"Oh Azriel ke maksud you?" Shila ketawa lagi.

"Shutttt." Arina menarik tangan Shila supaya Shila memperlahankan suaranya.

"Oh nama dia Azriel ke?" Arina buat-buat bertanya.

"Yes... Why dengan dia?"

"Hmm tak de apalah. I cuma tak suka je kat dia." Arina senyum nipis, malas pula nak jawab soalan tu.

"Dia mesti suka kacau you kan?"

"Bolehlah. I annoyed je dengan dia. Tapi takpe. I pun tinggal 2 hari je lagi kat sini. Leganya! Finally dapat balik sana, dan yang paling penting orang gila takde kat sana!" Arina sudah tepuk tangan sedikit.

Erk.....

"You start bertugas kat sana bila?"

"Next week..."

Erk... Sekali lagi, Shila mengangkat kening. Apasal sama macam Azriel eh?

Jap... Perempuan ni tak tahu ke Azriel pun transfer sana?

"Ohh i see. Hahaha. Good luck tau kat sana." Shila hanya berkata dengan senyuman. Macam pelik je? Tapi tak pelah...

------------------

Arina bernyanyi-nyanyi kecil saat berjalan turun untuk ke bawah, kereta syarikat sudah menunggu untuk membawanya ke site.

"Happy nampak?" Suara yang tidak asing lagi dalam hidup untuk minggu ni. Siapa lagi? Cuba teka.

Sumpahan Cinta Dari DiaWhere stories live. Discover now