1 | her intro

193 15 1
                                    

-𝑱𝒆𝒏𝒏𝒊𝒆'𝒔-

Hi, namaku Kim Jennie. Boleh panggil aku Jennie. Aku merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik. Aku hanya mempunyai seorang abang sahaja yang bernama Kim Jongdae.

Dan abang aku itu amatlah protective.

Pada pendapat koranglah, korang selamat tak bila abang atau kakak korang ni sangat protective kat korang?

Bagi aku tak.

Hahahah.

Nak tau kenapa?

Sebab abang aku tu terlampau paranoid.

Setakat nak siram bunga kat halaman rumah sendiri pun dia takut. Bengong punya abang.

(Shh, jangan bagitau kat dia ea yang aku ejek dia)

Memandangkan hari ini merupakan hujung minggu, adalah lebih baik jika aku menghabiskan masa dengan scrolling Ig.

Dah seminggu tak buka Ig. Apa yang dah jadi kat Ig aku ea? Bagus aku check.

Lalu aku pun membuka app Instagram dan menekan ikon activity.

Manalah tau kalau ada lagi manusia yang like gambar aku. Kihkihkih.

Tiba-tiba,

@real__pcy posted a photo that you've tagged in

@real__pcy posted a photo that you've tagged in

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

269 300 likes

Caption:Hi ruks @jennierubyjane

Comments:

@oohsehun:Hahahahahha

@lalalalisa_m:YA TOHANNN

@zkdlin:Sejak bila aku ada ex macam ni?

@sooyaaa__:Adakah ini Jennie yg aku kenal selama ini?

ARGHHH! CUKUP! CUKUP!

CHANYEOLLLLLLLLLLL!

Tak guna punya capang! Bila masa pula dia post muka cringe aku ni?

Apa yang lebih menyedihkan,ex aku komen...HUWAAA!

Kenapalah aku sering diperlakukan sebegini? Mengapa? Mengapa? Aku dah lama geram betul dengan manusia toyol tu. Kalau aku jumpa dia, dah lama aku pulas telinga besar dia tu sampai putus! Biar padan muka dia!

Daripada aku dok menggeram je bagus aku layan pak cik oren ni. Ada faedah.

"Wow, Diari Di Hogwarts! Aku nak bacalah!"

Akhirnya aku dah jumpa buku feberet aku HOHOHOH *gelak bangga cikedd*

Sedang aku khusyuk membaca buku itu, tiba-tiba aku terjumpa satu nama yang pelik.

"Jennie Kim kini berkahwin dengan Jonathan Kim Jongin..."

Mulutku terlopong.

"Mwo?"

Apasal ada nama aku ni? Dan kenapa aku kahwin dengan Jongin a.k.a Kai?

Sungguh pelik dunia ini ya?

Aku mencebik lalu segera menekan butang keluar dari buku digital itu. Ya, aku dah fed up dah.

Sejak aku break dengan Kai, macam-macam benda berlaku. Ramai yang tanya kenapa aku sanggup putuskan hubungan dengan si mamat hitam tu.

Sebenarnya bukan aku yang nak, tapi dialah yang nakkan hubungan ni putus. Aku pun tak tahulah kenapa dan mengapa dia buat macam tu.

Aku tak faham.

Dan bila Kai ungkapkan kata putus semasa kami berdating di tepi Sungai Han, aku rasa macam Bumi ni dah berhenti berputar.

Jeng jeng jeng!

Dan bermulanya episod sendu si gadis yang bernama Jennie Kim. Huhuhu...

Sejak dari hari itulah aku dah tak percayakan lelaki lagi.

Oops, aku bukan lesbian okay!

Cuma aku dah serik dengan percintaan zaman sekolah. Itu je.

Sedihnya hidup kau, Jennie.

Tanpa membuang masa, aku terus bangun lalu meletakkan telefon di atas meja belajar. Kemudian, aku keluar dari bilik lalu mencari di manakah keberadaan abang aku.

"Jongdae oppa! Jongdae oppa!"

Ish, mana pula dia ni?

Aku merengus kasar lalu menapak menuju ke dapur.

"Oppa!"

"Wae?"

"Itupun oppa. Jennie dah puas mencari namun tidak terjumpa gerangannya si oppa Jongdae yang Jennie cintai. Rupa-rupanya Jongdae oppa sedang bersantap di dapur ini pula."

"Ceh, nak bersajak pula si Jennie ni!"

"Mestilah!"kataku sambil mengenyitkan mata.

Oppa Jongdae terus membuak mimik muka jijik kerana terlalu cringe dengan action aku yang acah-acah cute itu.

Yalah, yalah...Jennie tau yang Jennie ni buruk sangat dan tak patut buat muka macam tu.

Aku mencebik.

"Yalah tu, oppa. Kalau jijik pun jijiklah."

Oppa Jongdae tersenyum lalu mencubit kedua pipiku yang pau itu sehingga terasa sakitnya. Aduhh!

"Sakitlah oppa..."rengek aku dengan manja.

"Adik oppa ni tetap comel. Macam oppanya juga."

Aku tersenyum lalu mengalihkan kedua belah tangan oppaku itu. Kemudian, aku melangkah keluar dari rumah.

Sekali lagi, Oppa Jongdae dah notice dengan gerak-geri aku.

"Aip! Nak ke mana tu?"

Aku menoleh lalu memandang oppaku.

"Nak ke taman kejap. Nak siram bunga...kenapa?"

"Tak boleh!"pintas oppa dengan pantas.

"Kenapa?"aku mula meninggikan suara.

Gais, jangan jadi macam sis Jennie ni ye gais. Sis Jennie ni memang suka sangat nak tinggikan suara kat oppa Jennie sendiri.

Oppa Jongdae mula menggetap bibir. Rengusan kasar mula kedengaran dari lubang hidungnya. Aku tau dia tengah meradang sekarang gara-gara aku tinggikan suara kat dia.

"Ops! Sorry..."aku segera menekup mulutku."Tapi omma ada suruh pagi tadi. Dia suruh Jennie siram bunga time ni...boleh tak oppa?"

Oppa Jongdae masih diam.

"Okay, oppa dah merajuk dah tu. Hahaha Jennie. Padan muka kau,"getus hatiku.

Kemudian, keluhan dilepaskan.

"Yalah, pergilah. Kali ni oppa benarkan."

Aku mengukirkan senyuman gembira lalu berjalan keluar menuju ke taman sambil berskip dengan riang.

Oh, alangkah indahnya! Hari ini, Oppa Jongdaennie dah tak over-protective kat Jendeuki lagi!

(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT Where stories live. Discover now