Deringan bunyi jam loceng semakin kuat.Jam sudah menunjukkan pukul 5:30 pagi menandakan tuan empunya jam itu untuk bangun dan bersiap diri.
Jennie memisat-misat biji matanya sambil meregangkan tangannya.Bagi dirinya,dia begitu benci untuk bangun pada awal pagi.Apalagi jika hari tersebut merupakan hari Isnin.
Kenapa ramai orang begitu benci akan hari Isnin? Jennie pun tak tahu.
Jennie bangkit perlahan dari katil lalu mencapai tuala dan melangkah turun menuju ke bilik mandi.Kakinya kelihatan terhuyung-hayang.
Selepas selesai membersihkan diri,Jennie terus berjalan menaiki tangga dan masuk semula ke dalam bilik tidurnya.
Uniform sekolah dipakai.Rambut diikat dengan gaya ikatan ponytail manakala wajah ditepek dengan bedak sahaja untuk menambahkan lagi seri wajah.
Bagus Jennie makan kuih seri muka,barulah muka Jennie berseri-seri je tiap masa.Kan?
Setelah selesai bersiap,Jennie terus melangkah turun semula menuju ke dapur apabila dia melihat Jongdae,omma dan appanya sedang menikmati sarapan pagi.
"Morning,"kata Jennie sambil menggaru mukanya.
"Morning,anak dara omma yang sunti ni,"kata Puan Kim sambil mengucup pipi anak gadisnya.
Jennie hanya mencebik lalu mengambil tempat duduk di antara Jongdae dengan appanya.Roti sandwich dicapainya lalu dimakan dengan penuh lahap.
"Jongdae oppa akan hantarkan kamu ke sekolah nanti."
What? Jongdae oppa yang hantar?
Jennie hanya mampu mengangkat sebelah keningnya sambil membuat jelingan tajam ke arah Jongdae.
Habislah aku...abang aku yang super paranoid ni pula yang akan hantarkan aku ke sekolah.Huhuhu.
"Okay..Jennie mengerti,"satu keluhan dilepaskan.
Pada pagi yang hening itu,Jennie hanya mampu menggigit roti sandwichnya dengan penuh perlahan.
Kesian,Jennie.Dahlah abang dia yang paranoid tu yang hantar dia,tiba-tiba pula selera dia hilang harini.
Jennie hanya terus mengunyah perlahan rotinya sambil matanya ralit menatap skrin telefon.
Selepas selesai bersarapan,Jennie terus menggalas beg sekolahnya lalu melangkah keluar dari rumah.Kemudian,dia memerhatikan Jongdae yang terus memanaskan enjin keretanya.
Jongdae memandang Jennie sambil mengukirkan senyuman lebarnya.Jennie memuncungkan bibirnya sambil mengikat tali kasut.
Kemudian,Jennie terus berdiri lalu melangkah masuk ke dalam perut kereta.
Tiba-tiba,Jennie hampir jatuh tersadung.
"Oh mak kau!"
Eh,Jennie melatah rupanya! HAHAHAH!
Bahu Jongdae kelihatan terhenjut-henjut menahan tawa.Bunyi ketawa semakin kedengaran apabila Jongdae segera menekup mulutnya.
Jennie hanya mampu memerhatikan abangnya sambil membuat muka cemberut.
"Ketawalah tu!"kata Jennie.
Jongdae hanya terus menekup mulutnya.Oleh kerana dirinya tidak mampu lagi menahan tawa,lelaki itu terus memburaikan ketawanya sekuat hati.
"HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAH!!!"
Kuatnya Jongdae oppa ketawa.Terbangun semua jiran kat sini.
Jennie menggetap bibirnya lalu menampar kuat bahu abangnya itu.
"Adoii! Sakitlah Jennie!"
"Habis tu,yang oppa ketawa kenapa?!"
YOU ARE READING
(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT
Fanfiction[Pemenang Kategori Fanfiction (Amazing Book Award 2020)] Huang Zi Tao,seorang jejaka yang baru sahaja memulakan hari pertama persekolahannya di Seoul High School menghadapi satu masalah apabila seorang gadis yang bernama Jennie Kim tiba-tiba sahaja...