13 | gais lipas gais!

111 10 14
                                    

-𝑻𝒂𝒐'𝒔-

"Silaka ada lipas!"

Aku menjerit tidak tentu hala sambil menarik tangan Jennie yang masih trauma dengan kejadian lipas terbang itu.

Apakan tidak jika saiz lipas itu sangat besar.

Sebesar bola tennis.

Dapat bayangkan? Tidak? Ah,lantaklah korang!

Aku terus berlari sekuat hati sambil menjerit terlolong.Sehinggakan aku tidak menyedari bahawa suaraku telah berubah menjadi bapok.

Bapok? What the hell..

"Weh,kepale bapok kau!"Jennie termelatah akibat jeritan nyaringku itu.

"Melatah ke? Kalau melatah,nanti jadi andartu hodoh tau,"aku hampir tergelak.

Jennie terus menampar mulutku.

Auch...celupar sangat ke mulut aku?

"Biar hodoh yang penting mulut tak bau longkang!"katanya.

Aku menghalakan telapak tangan pada mulutku lalu mengeluarkan sedikit nafas untuk dihidu.

Tak bau longkang pun.

Bau nasi minyak adalah eh-

"Bukan bau mulut kau yang bau bangkai,"Jennie menggulingkan matanya.

Aku merengus geram lalu memalingkan wajahku sekali lagi ke belakang.

Sekali lagi,lipas gergasi itu terus terbang meluncur ke arah kami berdua.Dan apa yang lebih menakutkan lagi apabila makhluk itu mula mengibas laju sayapnya.

Seolah-olah haiwan itu mahu membaham kami berdua.

"Stupid cockroach! Go away! Go away!"kataku sambil mengibas-ngibaskan tanganku.

Macamlah lipas tu faham apa yang aku cakap ni.

Lalu,aku pun terus menarik tangan Jennie dengan lebih kuat sehingga gadis itu terbang melayang akibat daya tarikan yang dihasilkan itu.

Eh,macam belajar Fizik pula kita hari ni.

Tanpa berlengah,kami hanya meneruskan aturan langkah seribu kami sehinggalah kami sampai di pintu kelas.

Jennie terus menarik pintu kelas itu ke kiri lalu menarik tanganku dengan segera untuk masuk ke dalam.

"Masuklah! Kau tak nak mati sebab kena makan lipas ke?"

Aku yang teragak-agak macam orang bodoh itu pun hanya menuruti kata Jennie sahaja lalu masuk ke dalam kelas dengan sepantas kilat.Akhirnya,kami berdua pun jatuh terjelepuk ke lantai.

Akibatnya,hidung aku berdarah...jilake

"Tao! Kau okey ke ni?"Chanyeol terus mendapatkanku lalu memandang Jisoo.

"Kenapa?"tanya Jisoo.

"Minta tisu kau,Jisoo! Hidung budak baru kita ni dah patah!"kata Chanyeol dengan cemas.

(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT Where stories live. Discover now