2 | his intro

128 11 1
                                    

-𝑻𝒂𝒐'𝒔-

"Huang TaoTao!"

"Huang Zi Tao lah mama..."kataku dalam mamai.

Aduhai, mama...dah 16 tahun pun masih lagi nak digunanya nama manja tu kat anak lelaki tunggalnya ini.

Oh ya! Aku lupa nak perkenalkan diri. Nama aku Huang Zi Tao. Atau korang boleh panggil aku Tao je.

Aku merupakan anak kepada pengarah syarikat terbesar di China iaitu Huang Corporation di mana syarikat ini merupakan syarikat perdagangan terbaik di China.

Adakah aku bangga kerana aku kaya?

No.

Kenapa?

Sebab aku tak bahagia.

Tak bahagia kerana apa?

Aku tak pernah merasa kehidupan zaman kanak-kanak macam orang lain. Sedih kan?

Kalau sekolah pun parents aku just kasi homeschool je kat aku. Memang tak ada masa nak keluar untuk main dengan kawan-kawan. Kesian kan?

Lagipun, kawan-kawan aku hanya terdiri daripada golongan saudara-mara dan anak kepada rakan kongsi ayah aku sahaja.

Masa kami hanya dihabiskan dengan bermain game di rumah aku ataupun rumah kawan-kawan aku yang lain. Tidak kiralah masa kenduri kahwin ke, kenduri hari jadi ke bahkan masa kenduri kematian pun kitorang tetap kumpul ramai-ramai dan main game.

Pelik bukan? Tapi memang itulah gaya kami. Gaya yang paling rare orang kata. Hahaha *gelak sikit*.

"Mengantuknya!"kataku sambil menguap.

"Huang TaoTao!"

Aku cuba menggagahkan diri untuk bangun walaupun ternyata aku memang malas nak bangun pun.

Haa, tulah Tao. Siapa suruh main League of Legends sampai pukul 3 pagi?

Menyesal doh aku...huhu.

"Huang TaoTao!"mama meninggikan sedikit suaranya.

"Kenapa mama?"aku mengesat biji mataku lalu bangun perlahan-lahan dari birai katil.

Kemudian, aku berjalan keluar dari bilik dengan kepala yang terhangguk-hangguk. Rambutku yang serabai tidak aku peduli.

Mama memandangku sambil menggelengkan kepalanya.

"Baru bangun pula anak teruna mama ni. Dahlah rambut serabai...air liur pun belum lap lagi!"kata mama sambil membuat muka jijiknya.

Aku mengelap air liur basi yang telah membasahi pipiku dengan kain baju lalu meraup rambutku ke belakang.

Mataku masih lagi terkebil-kebil sambil memandang mama dengan ekspresi wajah seriusnya.

"Kenapa ni mama?"

"Mama ada nak cakap sesuatu kepada kamu."

(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT Where stories live. Discover now