31 | a pink book

59 7 39
                                    

-𝑻𝒂𝒐'𝒔-

Aku harus katakan semua ini kepada dia.Ya,aku harus katakan!

Aku tak patut pendamkan sahaja perasaan ini.Nanti kalau hati merana,siapa yang tanggung? Aku juga.

Aku memandang Jennie lalu menundukkan kepalaku ke bawah.Kedua belah tangan diletakkan di belakang pinggang sambil aku menguiskan kakiku pada tanah.

Dup dap dup dap

Okay,aku nervous sekarang

"Kenapa awak bawa saya ke tempat macam ni?"tiba-tiba sahaja Jennie bersuara.

Aku memandang Jennie dengan mata yang hampir terjegil keluar.Untuk mengelakkan rasa janggal,aku berdehem dengan kuat sehinggalah aku terbatuk.

"Well,sekadar untuk mengambil angin sahaja.Apa salahnya kan?"

Aku mempamerkan senyuman paksa kepadanya.Jennie hanya mencebik lalu mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Err..s-suka hati awak je lah.Kalau awak tak suka pun,saya boleh hantar awak balik terus."

Namun,Jennie tidak memberi sebarang respon.Dah bisu ke budak ni?

Aku menggaru belakang tengkukku yang gatal kerana digigit nyamuk.Manik-manik peluh yang dingin sudah mula membasahi dahi.

Mak aii,nervous dia lain mashiam!

Aku cuba untuk bertenang sambil membuat terapi pernafasan.Tanpa ku sedar,Jennie asyik memerhatikanku dengan pandangan yang aneh.

"Kenapa awak ni?"

Aku memandang Jennie dengan mata yang membulat.

"Err..takde apa-apa!"kataku dengan cepat.

Jennie mencebik sekali lagi lalu menyilangkan tangannya pada dada.

Aku kena bertenang,aku kena bertenang.Argh,Tao! Kau tak patut jadi macam ni!

Aku memejamkan mata lalu meletakkan kedua belah jari telunjuk,kanan dan kiri pada tepi dahi untuk mengingat apa yang dikatakan oleh Chanyeol semasa waktu sekolah tadi.

Flashback

"Kau yakin yang kau dapat ajak crush kau couple?"kata Chanyeol sambil meletak dan menyilangkan kaki di atas meja.

"Mestilah yakin!"kataku.

Chanyeol hanya ketawa sinis.

"Kau yakin ke dengan muka kau yang macam kucing ni,kau mampu ngorat dia?"

"Of course!"mulutku penuh dengan keropok pisang yang dibeli dari kantin.

Chanyeol menggetus kecil sambil menggulingkan matanya.Dengan gaya acah-acah gangster,dia berdiri lalu menghentakkan tangannya pada meja itu sehingga aku terjatuh dari meja tempat aku duduk itu.

"Wey,kau pahal ni?"

"Aku rasa nak tergelak sampai terberak pula bila dengar cakap kau tadi."

(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT Where stories live. Discover now