-𝑱𝒆𝒏𝒏𝒊𝒆'𝒔-
Aku membaling bola dengan gaya hantaran paras dada ke arah Tao sambil menumpukan sepenuh perhatian terhadap hantaran yang dilakukan oleh lelaki itu.
Kacang je nak main basketball ni.Kalau kau pandai dribble,easy je tu.
Aku terus membuat pelbagai kemahiran bola keranjang sehingga membuatkan ramai pelajar perempuan yang kagum dengan kebolehanku.Tidak kurang juga ada yang jeles gila sebab yalah aku kan pandai main game macam ni.Walaupun Jongdae oppa selalu takut kalau jari aku patah gara-gara terlampau dribble bola ni.
"Wow..good! Good! So impressive! I like!"puji Tao berkali-kali.
Aku hanya mempamerkan muka setepek aku sahaja sambil memberikan bola itu kepada Tao yang berdiri di tengah-tengah bulatan yang kami buat.Sementara itu,aku terdengar beberapa bisikan yang mungkin berbaur sindiran daripada pelajar perempuan yang terlalu over bermakeup itu.
"Amboi,sudah ikut bola jaring nak juga ikut bola keranjang! Dia ingat dia tu hebat sangat?"
"Ee..aku jeles gila lah dengan budak tu.Mengadah-ngadah je dia nak rapat dengan crush kita tu!"
Aku bukan nak sangat pun rapat dengan si Tao tu! Aku ni benci sangat dengan dia,korang tau tak?
Aku hanya menjeling tajam ke arah kumpulan pelajar itu sambil mataku tertancap pada solekan wajah mereka yang agak keterlaluan.
Kalau aku tampar muka diorang ni,nanti jerebu satu Korea dibuatnya.
Mahu sahaja aku mengambil tisu basah dan makeup remover untuk membersihkan muka mereka yang terlalu banyak dengan mekap sehingga menjadikan muka mereka seperti mayat itu.
Kalau boleh aku nak celup je muka diorang ni satu-satu kat dalam Sungai Han.Tapi nanti sungai tu tercemar pula kang.
Aku melepaakan keluhanku lalu melihat Wendy yang sedang mengimbangi badannya dengan mengangkat sebelah kaki dan mendepakan tangannya.
"Apa kau buat ni,Wendy?"
Wendy memandangku sambil menunjukkan baris gigi atasnya.
"Aku tengah buat yoga ni..jangan kacau!"
Yoga??? Ah,lantaklah kau Wendy..yoga pun yogalah.
"Yelah tu."
"Okay,gais!"Tao menepuk kuat tangannya sehingga menyebabkan Wendy hampir terjatuh.
Aku pula terus membantu Wendy walaupun aku hampir termelatah kerana tepukan tangan Tao yang agak kuat itu tadi.
"Saya nampak ada ramai antara kamu yang hebat dalam kemahiran ini."
Kedengaran suara jeritan keterujaan daripada kumpulan yeoja bersolek tebal.
"Well,nanti saya akan umumkan jelah siapa yang akan terpilih nanti."
Aku pula hanya menyilangkan tanganku pada dada sambil melihat suasana di sekeliling gelanggang sekolah yang agak luas itu.
YOU ARE READING
(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT
Fanfiction[Pemenang Kategori Fanfiction (Amazing Book Award 2020)] Huang Zi Tao,seorang jejaka yang baru sahaja memulakan hari pertama persekolahannya di Seoul High School menghadapi satu masalah apabila seorang gadis yang bernama Jennie Kim tiba-tiba sahaja...