-𝑻𝒂𝒐'𝒔-
"Huang...Zi...Tao..."
Seorang lelaki yang dipercayai pengetua Seoul High School yang berusia separuh abad dan berkaca mata itu sedang membaca namaku perlahan-lahan.Pandangan matanya dialihkan ke arahku selepas selesai membaca namaku.
Aku mula cuak apabila Tuan Pengetua mula merenung wajahku sambil mengerutkan dahinya.
Apa tengok-tengok ni? Aku ni hensem sangat ke? Baguslah.Aku lebih hensem dari kau kan?
Aku menggetap bibirku sambil mengusap buku limaku.
Dalam hatiku,mahu sahaja aku menumbuk muka pengetua yang menggerutu dan memandangku dengan pandangan mautnya itu.Bikin takut orang ja.
"Saya ada dapat maklumat juga daripada parents kamu tentang urusan perpindahan kamu ke sini.Sebenarnya,mereka sudah daftar kamu sedia di sini sebelum kamu berpindah ke Korea."
Aku hanya melopongkan mulutku sambil mengangguk.
"Macam mana dengan kelas,cikgu? Di mana kelas saya nanti?"
"Berdasarkan rekod akademik kamu,kamu mendapat keputusan cemerlang.Ada baiknya jika kamu masuk ke dalam Kelas 4 Sains 1..kelas paling elit sekali di sini,"Tuan Pengetua menekan ayat 'elit' itu kepadaku.
Punya rancak Tuan Pengetua ni bercerita sampaikan air liur dia dah tersembur kat muka aku.Eww.
"Jadi,kamu terima tawaran ini? Ataupun saya akan masukkan kamu ke kelas yang tercorot sekali? Kelas 4 Vandalisme 7?"
Aku tersembur air mineral yang baru sahaja diminum dari botol itu tadi ke arah muka Tuan Pengetua.
Karma issa bitch.Kesian cikgu kena sembur balik,HAHAHAHAH!
"Lain kali kalau kamu nak minum,jangan minum depan saya."
"Sorry Tuan Principal!"aku segera mengambil tisu lalu menepek-nepek tisu itu pada muka beliau yang sudah basah akibat semburan airku itu.
"Tak apa..tak apa,"beliau juga mengambil beberapa helai tisu lalu mengalihkan tanganku.
Mungkin dia dah menyampah kot sebab aku sibuk nak lap muka dia.Hohohoho.
"Tapi kan cikgu,kenapa kelas last tu kena panggil kelas 4 Vandalisme 7?"
"Sebab kalau kamu masuk ke dalam kelas itu,keadaannya sangat....err,kamu tau kan? Sangat teruk..maksud saya,semua barangan di situ sudah dirosakkan."
Aku membuntangkan mataku.
"Macam mana diorang nak belajar,cikgu?"
"Semua student kat dalam kelas tu semuanya duduk kat lantai je."
Kesian...patutlah pihak sekolah bagi nama kelas tu kelas Vandalisme.
"Jadi,kamu setuju? Kamu akan dimasukkan ke dalam Kelas 4 Sains 1."
"Setuju,"aku mengangguk sambil mengukirkan satu senyuman nipis.
YOU ARE READING
(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT
Fanfiction[Pemenang Kategori Fanfiction (Amazing Book Award 2020)] Huang Zi Tao,seorang jejaka yang baru sahaja memulakan hari pertama persekolahannya di Seoul High School menghadapi satu masalah apabila seorang gadis yang bernama Jennie Kim tiba-tiba sahaja...