9 | kelas 4 sains 1

85 12 1
                                    

-𝑻𝒂𝒐'𝒔-

Selepas perhimpunan tamat,aku terus dibawa oleh seorang guru lelaki yang tinggi dan memakai cermin mata.Wajahnya agak dingin sekali sehingga membuatkan diriku yang kerdil ini begitu merinding sekali untuk berdiri di sebelahnya.

"Saya ialah guru Fizik kamu,"katanya dengan nada suara tajam.

Aku mengangguk lemah sambil sempat melihat tanda nama yang dipakainya.

Cha Jae Hoon

WHAT?!

Ini ke cikgu yang Chanyeol cakap...'Cikgu Paling Garang di Dunia' tu?

Fine,aku dah mula cuak dah ni.

Arghhh,help meeee!!!! Aku pun nak join Chanyeol escape kelas Fizik jugakkk!!!!

Aku menelan air liur yang tersangkut di tekak sambil melihat Cikgu Jae Hoon yang terus berjalan dengan muka ketatnya.

Aku mencebik seketika sambil menoleh ke sekeliling memerhatikan suasana di dalam koridor bangunan sekolah tersebut.

Setiap kelas yang kami lalui tiba-tiba sahaja menjadi senyap apabila semua pelajar menyedari kehadiran Cikgu Jae Hoon yang melimpasi kawasan luar kelas mereka.

"Wuish,malaikat limpas!"

Kedengaran suara bisikan daripada pelajar di dalam sebuah kelas yang kami lalui itu tadi.Tidak kurang juga ada yang asyik memerhatikan aku dengan pandangan yang hairan sekali.

"Siapa budak tu?"

"Ha'ahlah siapa budak tu?"

Aku tidak menghiraukan kata-kata daripada pelajar kelas tersebut lalu berjalan mengikuti Cikgu Jae Hoon sehinggalah kami sampai di sebuah kelas yang tertulis '4 Sains 1'.

Oh,ini ke rupanya kelas aku? Tak sabarnya!

Cikgu Jae Hoon terus membuka pintu kelas.Aku pula terus menyusul lalu menutup pintu kelas tersebut.

"Semua berdiri!"

Semua pelajar di dalam kelas tersebut berdiri.

"Selamat sejahtera cikgu!"kata ketua kelas tersebut.

"Selamat sejahtera cikgu!"

"Duduk,"arah Cikgu Jae Hoon.

"Terima kasih cikgu!"

Aku hanya memerhatikan satu-persatu riak wajah classmate baruku yang masih hairan memandang wajahku itu.Tidak lupa juga wajah seorang gadis yang aku asyik perhatikan semasa perhimpunan itu tadi.

"Perkenalkan rakan baru kamu,Huang Zi Tao."

Aku menundukkan kepalaku sebagai tanda hormat kepada semua pelajar di dalam kelas tersebut.Tidak lupa juga kepada Cikgu Jae Hoon yang kini memandangku dengan pandangan yang begitu tajam sehingga membuatkan diri aku semakin cuak.

Dah macam nak makan orang pula cikgu ni.

"Kamu boleh duduk di sebelah Park Chan-"

(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT Where stories live. Discover now