38 | macam mana?

52 7 22
                                    

-𝑱𝒆𝒏𝒏𝒊𝒆'𝒔-

"Budak tu nak bawa Jennie couple?"

Jongdae oppa hampir tersedak nasi goreng kimchi yang dimakannya.Aku hanya mengangguk.

"Macam mana ni oppa? Macam mana? Macam mana? Macam mana?"

Aku pula yang paranoid sekarang.

Oppa hanya terdiam lalu memikirkan sesuatu sambil menyudu nasinya.Bunyi detikan jam dinding semakin kuat kedengaran apabila ruangan makan yang berdekatan dengan dapur sudah mula sunyi dan sepi.

Dahlah omma dengan appa pergi kedai harini,terpaksalah aku dan oppa mereput kat rumah ni.Nasib baik oppa tolong masakkan sarapan.Kalau tak,dah tentu maggi lah makanan aku hari ni.

"Begini,"kata oppa dengan mulut yang penuh nasi.

Aku menumpukan perhatianku ke arah oppa semula.

"Jennie cakap je yang Jennie sebenarnya nak fokus kat pelajaran dulu,"oppa mengunyah sebentar.

Aku memuncungkan bibirku.Sudu masih tergenggam kemas walaupun nasi belum disenduk.

"Oppa pasti ke cara macam tu berjaya?"

Aku mengangkat sebelah keningku kerana terlalu hairan.

"Cliche sangat alasan macam tu oppa,"kataku.

Oppa mengeluh.

"Kalau alasan macam tu tak boleh kena guna pakai,bagus lagi Jennie cakap yang Tao tu terlalu baik untuk Jennie."

"Lagi cliche,Jennie dah guna alasan tu time reject Chanyeol dulu."

Dengan serta-merta,nama lelaki itu membuatkan hatiku terpana.

"Kejap..Chanyeol?"oppa tergamam.

Aku tergamam,oppa pun tergamam.Masing-masing memandang dengan wajah yang tidak percaya.Mata kami semakin membuntang besar.

"Omo! Adik abang pernah kena bawa couple dengan anak pengusaha kafe terkenal di Seoul lah!"

Aku menjelirkan lidah.Annoying betul bila ingat pasal benda tu.Yalah,kenapa aku nak ungkit balik pasal peristiwa Chanyeol lamar aku jadi kekasih dulu sedangkan aku anggap dia sebagai abang je.

Lagipun,Kai terlebih dulu dah lamar aku.Nak tak nak aku terima je.

Nak tau kenapa?

Sebab aku tertarik dengan wajah hensem dia je..walaupun dia hitam *muka derp*.

Sungguh naif kau Jennie.

Tapi tulah,sejak aku reject Chanyeol dengan ayat 'awak-terlalu-baik-untuk-saya',dia terus berubah.Daripada happy virus,terus jadi cold virus.

Eh,maksud aku..dia dah jadi sombong kat aku.Bukan selalu tapi ada masa tiba-tiba je makhluk capang tu buat muka batu dia bila terserempak dengan aku.

Ke dia dah berdendam dengan aku?

"Tak payahlah cerita benda lama,oppa..baik kita makan je nasi goreng ni.Nanti karang ada lalat datang pula,"aku segera menukar topik,takut kalau oppa nak tanya banyak pasal kejadian  dua tahun yang lalu.

(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT Where stories live. Discover now