-𝑪𝒉𝒂𝒏𝒚𝒆𝒐𝒍'𝒔-
"Aku kat mana?"suara Tao yang kedengaran mamai itu membuatkan aku dan Jennie menoleh pantas ke arahnya.
"Kau okay ke tak?"tanyaku.
Mata Tao berkedip perlahan.Tubuhnya yang terbaring lemah disimbahi dengan sinaran cahaya matahari.Tangannya mula terkapai-kapai menunjuk ke arah langit.
"A....a....air...."
"Weh,kau kenapa weh?"
"Air...a....aku nak air..."kata Tao perlahan-lahan.
Wajahnya yang lebam pada bahagian mata dan tulang hidung itu membuatkan aku berkerut risau.
Sejujurnya aku bersalah dalam hal ini.
Warghh,Yeol! Kenapa kau bodoh sangat,Yeol!
Anjai..
"Tao!"aku memegang pipi Tao.
Tao kelihatan tidak bermaya sambil tangannya masih menunjuk ke arah langit.
"Apa yang kau nampak Tao?"
Ya Tuhan,ku mohon jangan jadikan aku penyebab kepada semua ini kalau ada apa-apa yang terjadi kat budak cina ni.
Aku masih melihat Tao yang sibuk menunjuk ke arah langit itu.
"Apa yang kau nampak?"ulangku.
"Aku nampak..."
"Apa?"
"A...aku nampak.."
"Apa yang kau nampak?!"suaraku mula meninggi.
"Aku nampak....."Tao menurunkan jarinya.
Suasana menjadi hening.Jennie pula tercegat di situ dengan riak wajah blurnya.
Aku hanya mampu memejam rapat mataku sambil menggenggam kuat tangan Tao.Aku merasakan mataku semakin hangat dan berair.
"Aku nampak-"
"Kau nampak apa Tao?! Jangan macam ni!"pintasku.
"Aku nampak......ayam goreng KFC."
Dengan serta-merta,Tao terus tidak sedarkan diri.
🌹🌹🌹
-𝑱𝒆𝒏𝒏𝒊𝒆'𝒔-
"TAOOOOOO!!!!!!!!!"
Tangisan daripada suara garau milik Park Chanyeol memecah keheningan di gelanggang bola keranjang yang luas itu.
"Kenapa kau tinggalkan kami,Tao?"
Aku menghampiri Tao lalu memegang tangannya.
Masih panas...
"Yeol,"panggilku.
Chanyeol masih menangis.
"Yeol!"
YOU ARE READING
(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT
Fiksi Penggemar[Pemenang Kategori Fanfiction (Amazing Book Award 2020)] Huang Zi Tao,seorang jejaka yang baru sahaja memulakan hari pertama persekolahannya di Seoul High School menghadapi satu masalah apabila seorang gadis yang bernama Jennie Kim tiba-tiba sahaja...