43 | real confession

48 7 0
                                    

-𝑱𝒆𝒏𝒏𝒊𝒆'𝒔-

Adui,sakitnya kepala aku!

Eh,aku kat mana ni?

Titt..titt..titt..

Kenapa muka aku kena tutup dengan topeng oksigen? Kenapa tangan aku kena cucuk dengan tiub darah ni?

Eh,jap.

Hospital?

Apasal aku ada kat hospital ni? Macam mana aku boleh masuk kat sini?

Weh,aku tak ingat weh!

Jap,jap..

Aku dah ingat dah..

Kemalangan tu! Ya,aku masih ingat lagi macam mana aku kena langgar dengan lori besar tu sampai kepala aku bergegar.Lepas tu,aku terus tak sedarkan diri lagi.

Apa yang aku ingat masa tu Chanyeol dukung aku.Sehun dan Jungkook pula rawat aku.

Dan,Tao..

Aku tak nampak mana dia.Yang aku ingat dia pun ada di tempat tu masa aku kena langgar.

"Oppa..oppa.."kataku mamai.

Tiada sesiapa di situ langsung? Di mana semua orang? Tolong! Aku tak nak pakai topeng ni lagi!

"Oppa..oppa.."

Aku dah tak ingat sesiapa dah.Aku hanya ingat oppa,Tao,Chanyeol,Sehun dengan Jungkook je.

Langsung,aku tak ingat sesiapa melainkan mereka.Cuma oppa sahaja nama yang muncul dalam fikiranku.

"Oppa..oppa.."suaraku bertukar sebak.

"Oppa.."

Pintu dikuak luas sehingga menampakkan sesusuk tubuh seorang lelaki yang memakai jaket labuh dan dua orang lelaki yang memakai uniform sekolah.

"Jennie!"

Pandangan aku sedikit kabur namun aku dapat pastikan bahawa lelaki itu ialah Jongdae oppa.

"Oppa.."kataku lemah.

"Syukurlah Jennie sedar! Chanyeol,panggilkan doktor."

Aku lihat Chanyeol keluar dari bilik.

"Oppa.."

Air mata mula berlinangan di pipi.

"Ini oppa,Jennie.Ini oppa..oppa datang dengan Tao dan Chanyeol."

Tao duduk di birai katilku.

"Hai,Jennie!"lelaki itu melambai ke arahku dengan sapaan yang mesra.

Aku hanya mengukirkan senyuman kerana keadaan tubuhku masih lemah.

Beberapa tika kemudian,seorang doktor bersama seorang jururawat masuk untuk membuka mesin pernafasan.

~~~~

(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT Where stories live. Discover now