-𝑱𝒆𝒏𝒏𝒊𝒆'𝒔-
"HELP MEEEEE!!!"
Suara jeritan Tao yang jelas kedengaran di koridor itu membuatkan aku mula berasa cemas.Aku segera menoleh ke belakang lalu bergegas keluar dari bilik itu untuk memeriksa keadaan Tao.
"Asal si Tao tu menjerit tak tentu hala ni?"kataku dengan suara yang timbul tenggelam kerana berlari dengan sepantas kilat.
Aku terus berlari dan berlari sehinggalah aku ternampak tiga kelibat manusia berpakaian hitam dan bertanduk sedang mengerumuni seseorang.
Aku merengus kasar.
"Oi!"
Tiga ekor manusia yang menjadi setan itu menoleh lalu menampakkan susuk tubuh seorang lelaki yang terbaring layu di lantai.
"Oh! Saiful Ng,Admeylda Lee ngan Sharon Tan rupanya...patutlah aku dengar ada budak menjerit tadi!"
"Lah...aku baru je nak kacau kawan kau!"kata Saiful sambil membuka topeng hantunya lalu menggedik tidak tentu hala.
Dasar sotong...
"Udoh-udoh le tu,Sai.."kata Admeylda sambil membuka kesan solekan pada wajahnya dengan sehelai tisu basah yang diberikan oleh Sharon.
Aku menggeleng lalu meluru ke arah lelaki yang terbaring layu itu tadi.
"Bagi laluan,"kataku kepada tiga orang remaja itu.
Keadaan lelaki itu terbaring secara membelakang.Wajahnya tidak kelihatan kerana tertutup dengan sehelai kertas dan rambutnya yang serabai.
Aku mengalihkan kertas tersebut.Dengan semena-mena,aku terkejut kerana melihat wajah seorang lelaki yang sangat dikenali.Bahkan,wajah itulah yang sangat familiar bagiku.
Tao?
Aku mengalihkan tubuh Tao lalu menggoncangkan sedikit lengannya untuk membangunkan budak lelaki itu.
"Tao! Bangun Tao! Bangun!"
Dengan perlahan-lahan,Tao membuka matanya lalu mengerutkan dahi seketika sebelum bibirnya mengukirkan senyuman.
"Weh...kenapa kau kat sini?"tanyaku.
Tao mengangkat sebelah keningnya dengan pandangan mata yang silau.Tangannya sedang terkapai-kapai mencari sesuatu yang pastinya tidak wujud di udara.
"Apa yang awak nak cari ni?"tanyaku sekali lagi.
"Mana hantu tu..."gumam Tao dengan suara yang lemah.
Aku menggeleng lalu memandang Saiful dan Admeylda.Mereka berdua hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.Sharon pula membuat isyarat untuk aku terus melayan budak cina yang lemah itu.
Aku mengalihkan tubuhku sehingga membuatkan Tao dapat melihat tiga orang yang amat ditakutinya.
Tiba-tiba sahaja mata Tao terbuntang luas.Mulutnya pula ternganga besar.
"M..m..mak...h..hantu..t-takut-"kata Tao sambil memegang kuat rambutnya.
Dah macam orang gila pula budak ni.
YOU ARE READING
(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT
Fanfiction[Pemenang Kategori Fanfiction (Amazing Book Award 2020)] Huang Zi Tao,seorang jejaka yang baru sahaja memulakan hari pertama persekolahannya di Seoul High School menghadapi satu masalah apabila seorang gadis yang bernama Jennie Kim tiba-tiba sahaja...