30 | the ice cream shop

53 6 0
                                    

-𝑱𝒆𝒏𝒏𝒊𝒆'𝒔-

Sungguh ku tak percaya.

Apa yang diberitahu oleh Jungkook itu tadi membuatkan aku hidup dalam mimpi.

Tao suka aku?

Ah,tak mungkin! Rasa-rasanya Jungkook gurau kot.Tak mungkin si budak cina tu suka kat aku.

Aku memandang Tao yang berwajah sedikit cuak semasa kami berdua berjalan beriringan menuju ke kedai aiskrim yang terletak kira-kira 1 km di hadapan kami semua.

"Awak nak aiskrim perisa apa?"

Aku memandang Tao lalu mengangkat kedua belah bahu.

"Ikut awak je lah."

Aku hanya terdiam seribu bahasa sambil meletakkan kedua belah tangan ke belakang pinggang.Aku memandang Tao sambil memuncungkan bibir.

"Kenapa?"tanya Tao.

Aku tersentak lalu memandang Tao dengan mata yang membulat.

"Takde apa-apa,"kataku lalu tersenyum.

Tao hanya menggetapkan bibirnya lalu berjalan mendahuluiku menuju ke kedai itu dengan mengikuti Chanyeol dan Jisoo yang saling berpegangan tangan.Aku mengalihkan pandangan lalu melihat Sehun dan Jungkook yang hanya menampilkan wajah setepek mereka sambil mengangkat kedua belah bahu tanda tidak tahu apa yang berlaku.

Aku merengus halus lalu berjalan mengikuti Tao masuk ke dalam kedai itu.

"Selamat datang!"sapa seorang pekerja lelaki di dalam kedai itu.

"Hai,kami nak aiskrim coklat boleh?"kata Chanyeol sambil memeluk bahu Jisoo.

"Awak nak apa?"tanya Tao kepadaku sebaik sahaja mereka masuk le dalam kedai itu.

"Saya tak tau.Kan saya dah cakap terpulang kepada awaklah kalau awak nak order aiskrim Choco Mint,saya pun nak order aiskrim tu juga."

"Okay..kalau saya order aiskrim Sumi macam mana?"

"Saya ikut je,"aku menekankan ayat 'ikut' dengan lebih kuat kepada Tao.

"Okay.."gumamnya lalu berjalan menapak ke hadapan untuk memesan aiskrim yang dimahukannya.

🌹🌹🌹

-𝑻𝒂𝒐'𝒔-

Mataku melilau melihat semua perisa yang ditulis pada papan di kedai manisan itu.

Macam-macam perisa ada.Perisa coklat,vanilla,strawberi,mangga,sumi,coklat pudina..semua ada!

Aiskrim cili padi ngan aiskrim bawang pun kena jual kat sini.Pelik aku.

"Ya adik,nak apa?"suara pekerja lelaki yang kedengaran agak 'sotong' itu mengejutkanku.

"Jesus Christ!"aku terkejut lalu mengurut dadaku.

"Nak apa?"tanya pekerja itu sekali lagi.

"Ermm.."aku melihat setiap satu pesanan yang tertulis pada papan hitam itu.

(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT Where stories live. Discover now