47 | gawat

50 7 0
                                    

-𝑻𝒂𝒐'𝒔-

"Kalau kau nak nyawa kau selamat,serahkan Jennie kepada aku!"kata seorang lelaki yang memakai topeng hitam sehingga menampakkan dirinya seperti perompak.

Deruan nafasku semakin tidak menentu.Jantungku semakin berdegup kencang apabila berhadapan dengan seorang penjahat yang mahu menjadikan nyawaku dan Jennie sebagai taruhan.

Sehingga sekarang naluriku kerap bertanya siapakah lelaki ini dan mengapa dia mahu menganggu kebahagiaan aku bersama Jennie.

"Siapa kau?"kataku.

"Aku?"lelaki itu ketawa sinis lalu membuka topengnya.

Apa yang lebih mengejutkan,lelaki itu ialah-

"Akulah Kim Jongin!"

Aku membulatkan mataku.Pandangan mataku semakin tertancap pada pisau yang digenggam kemas pada tangan kanannya.

"Kau!"

Jongin tersenyum sinis lalu segera menyerangku dengan pisaunya.Situasi yang mencemaskan itu menyebabkan aku terpaksa bertungkus-lumus untuk mengelakkan Jongin terus menyerangku.

Pergelutan itu menyebabkan hujung pisau terkena pada kulit lengan kiriku.

"Kesian.."kata Jongin.

"Apa yang kau nak?"kataku dengan ketus sambil menutup lenganku yang luka.

Jongin memandangku lalu mengangkat sebelah keningnya.Pandangan yang lebih sinis ditayangkan kepadaku.

"Aku nak kau tinggalkan Jennie."

Aku menggetap bibirku lalu mendengus geram.

"Kau ingat senang ke aku nak tinggalkan Jennie? Kau ingat dia nak terima kau lagi?"

Dengan serta-merta,riak wajah Jongin berubah.

"Apa maksud kau?"

"Jennie dah bencikan kau,Jongin! Jennie sayangkan aku!"

Jongin menggeram lalu mengacukan pisaunya ke arahku.

"Serahkan sahaja Jennie kepada aku! Atau mayat kau akan aku bakar hari ini!"

Uish psiko gila budak ni..

Aku ketawa sinis lalu berdiri berhadapan dengannya.Jongin mengundurkan tangannya lalu memandangku dengan pandangan yang tajam.

"Kau ingat senang ke nak bunuh aku?"

Suasana menjadi hening seketika.Hanya bunyi air yang menitik dari paip kolah sahaja yang kedengaran.

Bau-bau hancing yang mula meruap di kawasan itu tidak aku pedulikan.Malah aku hanya terus memerhatikan Jongin yang masih memandangku dengan perasaan yang gerun.

Dalam suasana yang menggerunkan itu,aku menyedari kehadiran Chanyeol dan Jennie yang bersembunyi di sebalik dinding kawasan mandi itu.Aku cuba mengawal riak wajahku agar tidak disedari oleh Jongin.

Eh macam mana Jennie boleh datang ke sini?

"Jadi..kau nak cabar aku?"kata Jongin.

Aku memandang Jongin semula lalu menggenggam erat penumbukku.

"Don't take it easy,Kim Jongin.."

Chanyeol dan Jennie begitu terpegun apabila melihat kehebatanku dalam berbahasa Inggeris.

Jongin melemparkan pandangan sinisnya sambil menyilangkan kedua belah tangan pada dadanya.

"Kau ingat kau akan menang dengan mudah?"

Aku menggetap geram bibirku.Dengusan nafasku semakin kasar kedengaran.

"Jangan harap-"

BUKKK!!!

Satu tumbukan yang sangat padu dilepaskan pada wajah Jongin daripada penumbuk keramat aku.

Padan muka kau,hahaha!

"Kuang ajo!"bentak Jongin lalu segera membuka langkah menyerang aku dengan pisaunya.

Dalam kepanikkan itu,aku segera menepis tangannya sehingga menyebabkan pisau itu terbuang ke sebelah kiri,jauh daripada tempat persembunyian Chanyeol dan Jennie.Mereka berdua segera bersembunyi daripada pandangan mata Jongin.

Jongin melihat pisaunya yang telah dibuang itu tadi lalu mendengus dengan lebih geram.Kemudian,dia segera menolak tubuhku dengan kuat sehingga aku jatuh ke lantai.

"Hak,adus!"kataku dalam perit.

Jongin hanya menyeringai lalu meludah tepat ke arah mukaku.

Chanyeol dan Jennie segera membuat muka jijik mereka.

Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.Korang ingat aku suka ke bila Jongin ludah kat muka aku?

Dasar takde sivik!

Aku mula meradang lalu wajahku bertukar menjadi merah seperti tomato.Aku segera bangun lalu menolak tubuh Jongin sehingga dia terjatuh ke lantai.Dengan amarah yang keterlaluan,aku menendang tubuh lelaki itu sambil memaki hamun terhadapnya.

"Kau ingat aku suka ke kena ludah kat muka?"kataku sambil mengelap kesan ludah pada wajahku.

"Weh,aku minta maaf! Maafkan aku,taiko!"

Wah,dia panggil kita taiko! Ai laike!

"Kalau kau ludah kat muka aku lagi,aku siat kau hidup-hidup!"aku segera mengambil pisau itu lalu diacukan ke arah Jongin.

Jongin hanya mengacah-acah melindungi dirinya daripada pisau itu.Aku hanya memerhatikan wajahnya sambil terus mengacukan pisau milik lelaki itu kearahnya.

Jongin tersenyum sinis sambil mendecit kecil.

"Kau ingat kau boleh bunuh aku dengan semudah itu?"

Aku mengerutkan dahi sambil membulatkan mataku dengan perasaan yang penuh geram.

"Kau nak bunuh aku ke ni? Kau yakin?"kata Jongin lagi.

Genggaman pisau pada tanganku semakin dieratkan.

Tiba-tiba,

ACHUMMMM!!!

Aku dan Jongin segera menoleh lalu melihat Chanyeol dan Jennie segera berlari keluar dari tempat itu.

Tanpa membuang masa,Jongin terus mengejar mereka manakala aku pula terus mencampakkan pisau itu dan mengejar Jongin sekuat hati.

"Kau nak lari ke mana tu,Jennie?"pekik Jongin sekuat hati.

"Jangan apa-apakan Jennie!"jeritku.

Suasana menjadi semakin kecoh di kawasan itu sehinggalah Jongin berjaya menangkap Jennie.

"JENNIE!"jeritanku bergema di ruangan bawah tanah itu.

(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT Where stories live. Discover now