Bagi seorang lelaki yang bernama Huang Zi Tao,dia tidak begitu yakin dengan pelawaan ini.Bagaimana jika gadis yang bernama Jennie Kim itu akan menolak permintaannya menjadi kekasih? Bagaimana jika abangnya membantah? Bagaimana jika tips yang diberikan oleh Chanyeol itu tidak berhasil?
Semua persoalan itu memeningkan kepalanya.Lantas dia terus merenung tepat ke mata gadis itu sambil genggaman tangannya masih erat memegang tangan halus Jennie.
"Kalau awak tak terima saya pun saya redha je.Memang saya tak ditakdirkan untuk berjodoh dengan awak."
Suasana menjadi hening seketika sambil detik itu disaksikan sendiri oleh Jongdae dan Chanyeol yang mengintai di sebalik pintu bilik itu.
"Apa dia nak buat?"bisik Jongdae.
"Bawa Jennie couple."
Jongdae hanya terkekeh manakala Chanyeol tersengih seperti kerang busuk.
Sementara itu,Tao terus menatap wajah Jennie yang semakin merona merah.Pandangan matanya juga diturunkan ke bawah apabila Tao terus menatapnya sambil tersenyum.
"Kenapa? Malu ke?"
Jennie berusaha untuk mengawal senyumnya apabila Tao mengangkat dagunya sehingga mata mereka bertentangan.
"Awak ni!"Jennie segera menepis tangan Tao.
"Eh,saya pula yang awak salahkan?"
"Suka-suka hati je nak angkat dagu orang,"Jennie mengomel manja.
Ini yang buat aku tambah sayang kat kau Jennie,hihihihi!
"Yalah,"Tao mencebik.
"Janganlah sedih.Alah sian-sian dia!"Jennie mencubit manja pipi Tao sehingga lelaki itu menepis tangannya.
"Tak nak kawan!"kata Tao lalu memeluk tubuhnya.
Jennie hanya terdiam lalu menunduk malu.Bibirnya dimuncungkan lalu gadis itu mengelus sendiri jarinya.
"Maaf-"
Belum sempat Jennie meminta maaf kepadanya,Tao segera mendaratkan ciuman pada pipinya.
"Wei!"Jennie segera menampar wajah Tao sehingga Tao memegang pipinya yang merah.
Tindakan Jennie itu membuatkan Jongdae dan Chanyeol membulatkan mata mereka dan menahan ketawa masing-masing.
"Aduhmak,"kata Jongdae."Dia memang minat sangat kat Jennie ni."
"Tak pandai tahan nafsu..pfft!"Chanyeol mengejek Tao yang memandangnya dengan penuh geram.
Tao menjelir lidah lalu memandang Jennie semula.Kali ini tatapan matanya semakin dalam bagaikan laut yang tidak berpulau.
"Awak marah ke?"
Jennie berusaha menahan malunya sambil menekupkan tangan pada pipinya yang sangat hangat.
"Malulah aye!"
Menggedik pula budak ni,kang aku hempuk kang baru tau-batin lelaki cina ini.
Tao mengawal dirinya yang semakin muak dan terasa ingin termuntah kerana melihat Jennie menggedik tak tentu pasal.
YOU ARE READING
(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT
Fanfiction[Pemenang Kategori Fanfiction (Amazing Book Award 2020)] Huang Zi Tao,seorang jejaka yang baru sahaja memulakan hari pertama persekolahannya di Seoul High School menghadapi satu masalah apabila seorang gadis yang bernama Jennie Kim tiba-tiba sahaja...