45 | iri hati?

64 7 9
                                    

-𝑱𝒆𝒏𝒏𝒊𝒆'𝒔-

Jujurlah aku cakap.

Aku dah mula jatuh cinta dekat Tao! Ahuyyyyy!!! *mood giler on*

Aku berjalan menuju ke sekolah dengan hati yang ceria sambil berlompat berskip mengalahkan budak-budak ribena.Tanpa ku sedari,ramai pelajar yang hairan melihatku.

Manakah tidaknya aku dah sembuh daripada kecederaan yang hampir membuatkan aku mati.

Dan juga-

Aku dah dapat first kiss daripada budak cina tu! Argh! Aku tak percaya Tao akan buat macam tu!

Aku masih belum dapat move on sampaikan oppa pun ketawakan aku.Apoo punye oppa.

Semasa aku sedang berseronok berjalan,aku terjumpa dengan Taehyung yang sibuk memeluk buku teks Sejarah,Biologi,Kimia dan Matematik Tambahannya.

"Hai Tata!"

"Yo! Syukurlah kau dah sihat,Jendeuki."

"Of course!"

"Yang kau gembira semacam ni apasal? Baru habis minum dua botol besar Ribena ke?"tanya Taehyung kehairanan.

"Taklah! Apalah kau ni..kau nak tau tak?"

"Apa yang aku patut tau?"tanya Taehyung dengan malas.

"Aku...baru...dapat...first...kiss...dari...si-"

"Tao? Kan?"

"Ha'ah lah! Macam mana kau tau?"

"Capang yang bagitau."

Chanyeol capang lagi...

"Mestilah budak tu.Memang mulut murai.Muka je hensem,tapi perangai serupa babun!"

Kami berdua terus ketawa terbahak-bahak apabila kami sampai di kawasan tangga.

Apa yang lebih menghairankan terdapat ramai pelajar yang berkumpul di situ sedang sibuk berbual tentang apa yang dilihat oleh mereka.

"Kenapa ramai sangat student kat sini ni?"gumamku.

Taehyung hanya mengangkat bahu.

Aku lihat Chanyeol,Sehun dan Jungkook juga berada di situ.

Suasana menjadi semakin riuh rendah apabila terdengar banyak suara perbualan yang semakin hangat.Lalu kami berdua terus berjalan menuju ke kawasan itu sambil Taehyung cuba memperbetulkan suaranya.

"Hei,apa kecoh-kecoh ni?"tanya Taehyung dengan suara gediknya.

Taehyung,Taehyung...

Salah seorang pelajar perempuan di situ memandang kami lalu menudingkan jarinya ke arah dua buah sepanduk yang ditulis dengan tulisan yang begitu besar.

"Tengoklah sendiri."

Kami berdua terus mengalihkan pandangan ke sepanduk yang digantung pada sebelah kiri.Sepanduk kain yang digantung itu membuatkan aku hampir tertawa melihatnya.

(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT Where stories live. Discover now