41 | run!

44 6 0
                                    

-𝑱𝒆𝒏𝒏𝒊𝒆'𝒔-

"Tapi aku takut! Aku tak tau macam mana nak deal dengan semua ni."

Wendy mencebik lalu meletakkan tangannya pada bahuku.

"Kau kena yakin je.Tao tu bukan macam Kai.Tao tetap Tao."

Irene,Ji Han,Lisa dan Jisoo mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan oleh Wendy.

"Manalah tau kalau satu hari nanti Tao tu akan jadi suami kau,"Irene tidak dapat menahan sengihannya.

"Wuu.."masing-masing tersengih sambil tersipu malu.

"T-tapi dia tu bukannya macam kebanyakkan lelaki pun.Dahlah main basketball pun muka dia selalu je kena bola."

"Tapi dia pun budak pandai kan? Dahlah budak tu homeschooling dulu,"kata Jisoo.

"Macam mana kau tau?"tanyaku kepada Jisoo.

"Dia yang cerita kat aku hari tu."

"Oh..okay.Mentang-mentanglah dia tu anak CEO."

"Anak CEO ke budak tu?"Lisa membuntang matanya.

Aku mengangguk."Entah kenapa dia tak sekolah kat Jeguk je alang-alang."

"Sekolah Swasta Jeguk?"tanya Ji Han.

Aku mengangguk sekali lagi."Bukan sekolah tu sekolah elit ke?"

"Aku taulah..mungkin dia ditakdirkan untuk sekolah di sini sebab kau kot,"kata Ji Han.

Aku membuat muka jengkel.

Semasa kami rancak bercerita,telefon Jisoo tiba-tiba berbunyi.

"Siapa yang mesej?"tanyaku.

Jisoo mengangkat sebelah keningnya lalu melihat skrin telefonnya itu.

"Chanyeol tanya kau kat mana sekarang,"katanya.

Soalan itu membuatkan aku tersentak bagaikan kilat yang menyambar bumi.

"Apasal?"tanya Jisoo yang kehairanan melihat mukaku seolah-olah kejang.

"K-kenapa C-Chanyeol t-tanya pasal aku?"

"Kejap,"Jisoo melihat semula skrin telefonnya.

Aku pula menanti dengan penuh debar.Telefon orang lain pun kau nak takut bagai,hmm..Jennie,Jennie.

"Tao ada dengan dia sekarang,"kata Jisoo.

"Mampos!"aku terus berlari menuruni tangga sehingga masing-masing kehairanan melihat kelakuanku.

"Kenapa dengan Jennie tu?"tanya Lisa.

Jisoo hanya mengangkat bahu."Datang gila dia kot."

Mereka berlima pun meneruskan sesi menjamu selera tanpa menghiraukan kelakuan Jennie yang bagaikan beruk terlepas dari kandang itu.

(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT Where stories live. Discover now