-𝑻𝒂𝒐'𝒔-
"Nampaknya kau gagal,Tao.."gumam Chanyeol sambil memegang bahuku.
Aku memandang Chanyeol lalu mengeluh berat.
"Aku memang tak ada bakat langsung dalam mengayat awek,Yeol.Malang betul aku."
Akhirnya,kami berdua pun melepaskan keluhan yang penuh dengan kekesalan.
"Kesalku...tidak dapat mengayat crush aku.."aku bernyanyi sendiri.
Chanyeol pula memuncungkan bibirnya seperti Pingu.
"Nguk! Nguk!"
Aku memandang Chanyeol dengan wajah yang penuh kerutan,hairan campur terhibur dengan kelakuan gilanya.Tentu Jisoo pun selalu hairan dengan sikap Chanyeol yang acah-acah hyperactive ni.
"Aku gurau je lah.."gumam Chanyeol sambil memerhatikan Sehun melompat pada gelung shooter di gelanggang bola keranjang itu.
Bola berjaya dijaringkan oleh mamat berkulit pucat itu sehingga dia menjerit,merengek seperti budak-budak yang tak dapat beli Beyblade.
"Wuargh! Thehun dapat thore bola! Wuargh!"
Sekali lagi,mimik mukaku berubah menjadi semakin hairan.
"Apahal budak tu?"
Chanyeol hanya mempamerkan senyuman sengetnya sebagai tanda mengejek ke arah sahabat baiknya itu.
"Dia ada sawan burung tu,jangan kacau."
Sawan burung? Pelat? Apakah perkaitan semua ini? (Tao fail dalam membuat ayat sastera Melayu uhukhuk).
Aku hanya menyorongkan rahangku ke bawah untuk membuat muka jengkel.Yang pastinya,Chanyeol pun hairan dengan apa yang aku buat.Tapi lelaki itu hanya mengekalkan wajah tenangnya sahaja.
Sepanjang petang,aku hanya menghabiskan masa dengan duduk sambil menonton sahabat yang seotak dengan aku(I mean diorang tu memang sama gila dan sendu dengan aku) bermain dengan rancak di gelanggang yang begitu lengang itu.
Baju uniform yang sudah lama tersarung pada badan lebih daripada 12 jam sudah mula berbau.Bau peluh yang bercampur dengan kesan kotoran aiskrim yang jatuh pada bajuku tidak ku pedulikan.
Ai laike mai bau badan..oyeah!
Kesan kotoran aiskrim itu pula terjadi angkara Jungkook yang terlalu menari sehingga mamat arnab itu tidak perasan aiskrimnya sudah tercalit pada bajuku.
Dan apa yang aku mahu katakan kepadanya ialah 'Jilaker kau Jengkuk Cangkul!'.
Namun sayang,lidahku bagaikan terkunci.Sian gile doh aku..selalu je tersakiti bagaikan Joker yang dahulunya baik tetapi menjadi jahat.
Eh jap,author? Kau nak aku jadi Joker ke dalam citer ni?
Aku hanya mengeluh dan terus memerhatikan tiga orang kanak-kanak Ribena yang terlajak tinggi seperti hantu jerangkung.
Bunyi siulan keluar daripada bibir untuk mengelakkan kebosanan dalam hati yang semakin kosong ini.Sejak aku tidak berpeluang untuk menyatakan kata-kata yang selama ini terpendam dalam hatiku kepada Jennie,jiwaku menjadi semakin kosong dan kelam.
Keinginan untuk bermain bersama tiga orang sahabat baikku juga tidak ada langsung.
Aku sunyi,aku sedih.Mahu sahaja aku menangis tapi apakan daya aku lelaki.
Mama kan ada cakap kenapa lelaki nak nangis pada hal yang kecil dan remeh temeh sahaja?
Aku hanya memuncungkan bibir sambil mengelamun jauh ke arah setiap pokok pain yang ditanam mengelilingi gelanggang itu.
Dengan serta-merta,rasa ketenangan meresap masuk ke dalam jiwa.Ketenangan yang abadi itu sudah mula mententeramkan jiwaku yang sedari tadi asyik meronta kesedihan.
Dengan perlahan-lahan,aku mengukirkan segaris senyuman dengan hati yang semakin berkobar-kobar.Aku yakin peluang kedua itu sentiasa ada.
Untuk memujuk si 'dia' menjadi pendamping hatiku.
~~~~~
"Kamu pergi ke mana sepanjang hari ini hah?!"
Suara sergahan milik seorang ibu menggegar ruangan tamu di rumah banglo dua tingkat milik keluarga Huang itu.
"T-tao..lepak je.Tak salah kan?"kata si anak dengan suara yang terketar-ketar.
Dengan penuh geram,Puan Huang melibaskan hangernya ke arah paha Tao dengan kuat.
ZZzzupPPP!!!
"Warghhh!!! Mama sakit!!"
Tao terlompat sambil memegang pahanya yang dilibas dengan kuat itu.Rasa sakit bagaikan kulitnya baru sahaja disiat itu amat pedih baginya.
"Kamu tak tahu ke di Seoul ni banyak ancaman bahaya?"
Tao terdiam seribu bahasa sambil menahan air mata yang hampir berjejeran keluar.
"T-tapi mama tak marah pun Tao keluar masa di Beijing.."
Kata-kata daripada anak tunggal Puam Huang membuatkan wanita itu terbuntang mata sebesar bola tenis.
"A-apa kamu cakap? Bila masa kamu keluar malam-malam masa kita di Beijing dulu?"
Tao segera menekup mulutnya.Rasa malu dan serba-salah menguasai diri apabila lelaki itu tiba-tiba sahaja melepaskan kata-katanya.
Alamak..kantoilah aku kali ni.
"Uh-oh.."
Dengan kemarahan yang membuak-buak bagaikan gunung berapi sudah mula memuntahkan lavanya,Puan Huang mendengus geram sambil penumbuknya digenggam kuat.
"Kuang hajo punya anak! Kau selalu gi clubbing kan!"
Mata Tao mula membulat besar sekali lagi sehingga mengalahkan mata mamanya.
"M-macam mana mama tau?"
"Patutlah aku selalu dengar khabar angin dari Persatuan Mak Cik Bawang pasal kau! Rupa-rupanya kau minum dua botol Vodka kat Klub Aye Aye rupanya!"
Tangan halus yang tampak sedikit berkedut mula diangkat ke udara.
Nampaknya aku akan menerima tamparan free daripada mak aku lepas ni
*jap pasang muzik dramatik dulu*
Pergerakan tangan wanita itu semakin lama semakin deras menjunam ke arah pipi halus remaja lelaki itu.
Dan akhirnya..
PANGG!!!
YOU ARE READING
(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT
Fanfiction[Pemenang Kategori Fanfiction (Amazing Book Award 2020)] Huang Zi Tao,seorang jejaka yang baru sahaja memulakan hari pertama persekolahannya di Seoul High School menghadapi satu masalah apabila seorang gadis yang bernama Jennie Kim tiba-tiba sahaja...