46 | in the toilet

49 6 0
                                    

-𝑱𝒆𝒏𝒏𝒊𝒆'𝒔-

Aku dan para jejaka idaman paling hot di Korea Selatan terus berguling di tangga sambil menjerit sekuat hati.

Dahlah aku sorang je perempuan,takut kang terselak kain aku.Eew,kalau diikutkan Sehunlah yang paling byun-taik kat kelas ni.

"Aku harap tak ada sorang yang cuba nak cabul aku!"pekikku.

"Gila lah kau kalau kitorang buat macam tu kat kau,Jennie!"kata Jungkook.

"Kitorang tak pernah buat macam tu.Sehun je yang begitu,eh-"

"Jilaker kau Park Chanyeol!"gumam Sehun malas.

Tiba-tiba,kami semua terjatuh ke bawah apabila detik-detik yang mencemaskan itu sudah berakhir.Aku segera menutup semula bahagian skirt aku yang hampir terselak apabila aku menyedari Sehun berada di sebelahku.

"Okay,kita dah sampai di kawasan tandas yang sedikit basah ni.."kata Chanyeol perlahan sambil membuka blazer pengawasnya.

Kami semua segera bangun.Taehyung pula sibuk membelek keadaan buku teksnya.

"Nasib baik buku aku tak basah.Kalau tak,naya aku."

Chanyeol memandang Taehyung sambil menggeleng.

"Tak boleh ke kau simpan buku tu kejap?"

"Kat mana?"tanya Taehyung,hairan.

Jungkook menepuk dahinya lalu memukul kepala Taehyung.

"Adus,sakit!"Taehyung menggetus geram.

"Terang-terang kau bawa beg,kau tak sedar lagi.Apa ke bangangnya kau ni Teyong.."

Taehyung menyimpan buku itu ke dalam begnya lalu melemparkan pandangan menjengkelkan ke arah Jungkook.

Sementara itu,aku berjalan mendahului mereka menuju ke tandas apabila Sehun segera menarik tanganku.

"Hei,kau tak boleh masuk!"

"Apasal pula?"tanyaku.

Sehun kelihatan teragak-agak sambil tangannya masih memegang erat lenganku.Aku segera melepaskan genggaman erat tangannya dengan perasaan yang penuh annoying terhadap lelaki itu.

"Lepaslah!"getus aku dengan geram.

Sehun hanya membiarkan sahaja lalu mengoyakkan senyuman kambingnya.

"Kau tak tau macam mana keadaan tandas kami,"kata Chanyeol sambil meletakkan blazernya pada bahu.

"Bahaya kalau kau masuk,"Sehun membuat pandangan menggodanya ke arahku sambil mendekatkan sedikit wajahnya pada wajahku.

Aku yang mula janggal segera menendang bahagian peribadinya dengan kuat sehingga menyebabkan Sehun terjerit kesakitan.

"ADUHH!!!"pekik Sehun sambil memegang 'burung'nya yang telah ditendang dengan tendangan maut olehku.

Padan muka kau Sehun! Tulah,sape suruh jadi byuntae sangat tadi? Lama-lama jadi byun-taik lah kau nanti Sehun! HAHAHAHAAH!

Aku hanya tersenyum sinis sambil menyilangkan kedua belah tanganku pada dada.

"Taik punye Jennie! Sakit dia macam kena sunat dengan gergaji woo!"

Chanyeol hanya memandangku dengan pandangan yang takut sambil menjauhkan sedikit dirinya daripada diriku.

"Kau dah kenapa,Yeol?"tanyaku.

"Err..a-aku t-takut k-k-kalau masa depan aku hilang nanti gara-gara flying kick kau."

"Pfft!"aku menahan ketawa lalu terus masuk ke dalam tandas lelaki itu.

"Weh,tunggu!"Chanyeol segera mengekoriku tanpa mempedulikan Sehun yang masih menanggung kesakitan akibat tendangan maut daripada seorang wanita yang bernama Jennie Kim(bangga ciked hohoho!).

"Tunggu...akuuueeee!!!"Sehun terbaring di atas lantai sambil memegang 'kepunyaan'nya.

Jungkook dan Taehyung hanya mentertawakan Sehun sebaik sahaja mereka hendak memasuki tandas itu.

"Kau diam bego!"marah Sehun.

"Adui na..kesian kau kan?"Jungkook ketawa dengan galak sekali lalu masuk ke dalam tandas itu.

~~~~~~

Ya Tuhanku..sesungguhnya keadaan tandas yini sangat kotor dan menyeramkan.

Contengan perkataan 'Fuck' dan kata-kata yang berunsur ejekan serta makian terhadap orang yang dibenci masih belum dipadam pada dinding.Begitu juga dengan bau hancing yang sangat kuat sehingga membuatkan aku mual dan jijik.

Begitu juga dengan Chanyeol yang berusaha menahan muntahnya.

"Aku jarang guna tandas kat tingkat bawah ni! Aku selalu guna tandas yang dekat dengan makmal Kimia je."

Tidak lama kemudian,Chanyeol terus termuntah di singki.

Aku memerhatikan Chanyeol segera mengalihkan pandangan kerana takut jika penyakit muntahnya berjangkit kepada aku.

"Aku takut gila.."gumamku.

"Kau yakin ke yang Tao ada kat sini?"

Aku mengangguk.

"Kalau tak?"tanyanya sambil mengelap bibirnya.

"Kita cari kat tandas yang dekat dengan makmal tu."

Semasa kami sibuk mencari keberadaan Tao,tiba-tiba kami terdengar suara jeritan dan pekikan seorang lelaki.

Apa yang lebih mengejutkan,suara itu ialah Tao sendiri.Lantas aku membulatkan mataku lalu berjalan mendahului mereka.

Namun,Jungkook segera menahanku.

"Jangan! Mana tau ada penjahat kat sini,nanti kau pula yang terlibat,"kata Jungkook.

Chanyeol dam Taehyung hanya mengangguk.

Aku mengeluh pasrah lalu mengiyakan sahaja nasihat Jungkook.Aku tahu perkara itu sangat merbahaya namun aku lebih risau akan Tao sekarang.

"Ikut aku,"Chanyeol terus memperlahankan langkahnya lalu mendahului kami sehinggalah kami tiba di tempat yang agak bertakung dengan air yang tumpah dari kolah.

Dalam keheningan itu juga,aku sempat bersuara.

"Luas ju-"

"Shh!"mereka bertiga menyuruh aku untuk diam.

"Maaf..maksud aku,luas juga tempat ni,"aku berbisik.

"Tempat ni memang luas.Tapi sayang,tempat ni jugalah yang selalu jadi tempat orang ponteng.Tengok tu!"

Chanyeol menunjukkan beberapa puntung rokok di atas lantai yang kotor itu.Aku hanya membuat muka jijik sahaja sambil menutup hidungku.

Semasa kami sibuk mengatur langkah,sekali lagi suara jeritan dan pekikan itu muncul.

"KAU BOLEH APA-APAKAN AKU! TAPI KALAU KAU CEDERAKAN JENNIE,AKU TAKKAN MAAFKAN KAU!"

Kami semua membulatkan mata.

"Ini tak boleh jadi!"kata Chanyeol lalu segera berjalan mendahului kami semua.

"Chanyeol!"aku segera mengejarnya.


(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT Where stories live. Discover now