4 | farewell taotao!

131 11 23
                                    

-𝑻𝒂𝒐'𝒔-

Hari ini merupakan hari yang paling menyedihkan dalam hidupku.Siapa yang tak sedih bila diri yang kerdil ini akan menetap di negara orang buat selama-lamanya?

Apalah nasibku? Apalah nasibku sampai jadi begini?

Cukup Tao.Cukup.Tak payah nak sedih lagi.

Nasib baik mama dan papa benarkan aku bawa semua barang-barang termasuklah gaming setup kesayangan aku.Tak adalah aku nak sendu je memanjang kat Seoul tu.Hihi.

Penerbangan ke Seoul akan berlepas pada pukul 10:30 pagi dengan menaiki pesawat Korean Air.Kami sekeluarga akan mendapat tempat duduk kelas pertama di dalam pesawat itu.

Sementara menunggu pengumuman untuk memasuki pesawat,aku dan keluarga mengambil keputusan untuk berehat di ruang menunggu.

Kebosanan di dalam tempat itu membuatkan aku gatal tangan untuk mengeluarkan telefon dari poket lalu menatapnya.Aku menyandarkan tubuh pada kerusi manakala kakiku dilunjur ke lantai.

"TaoTao! Tak sopanlah nak lunjur-lunjur kaki suka hati di tempat public ni!"

Aku mencebik lalu menbetulkan semula kedudukan kakiku.Mataku masih lagi ralit dengan skrin telefon apabila satu pesanan ringkas daripada Kris muncul.

Kris Anak Galaxy
Online

Oi Jitao!

Aku rindu kau!

Bodohlah kau nak pindah Korea!

Kau nak buat plastic surgery ke kat sana?

"What the fuck..."gumamku perlahan agar mama tidak mendengar carutanku.

Aku menggetap kasar bibirku lalu menaip semula balasan daripada anak galaksi itu dengan penuh pantas.

Bengong ah aku nak buat plastic surgery kat sana

Aku kena paksa pindah Korea doh

Aku tak tau kenapa

Dan aku nak nangis ni kejap

Kris tolong akuuu

😭😭😭😭😭😭

Padan muka kau

HAHAHAHAHHAH

Apa kejadah-

Eh,sial weh kau Kris.Kau hina aku?

Takpa,takpa.Kau tunggu.

KAU TUNGGU AKU BALIK DARI KOREA NANTI,SIAP KAU!!

Mahu sahaja aku menghantar kau ke galaksi wahai Wu Yi Fan.

Aku hanya membiarkan mesej itu dibluetick.Biar padan muka si Kris.Hahahahah.

"Perhatian kepada semua penumpang pesawat Korean Air KAL280,pesawat akan berlepas dalam sejam lagi.Sila bersedia."

Pengumuman yang ringkas itu membuatkan mama kelihatan begitu kalut untuk menyusun segala beg kelengkapan kami di sekelilingnya.

(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT Where stories live. Discover now