-𝑱𝒆𝒏𝒏𝒊𝒆'𝒔-
Aku melangkah menuju ke perhentian bas apabila aku ternampak kelibat Lisa yang sedang sibuk bermain game sambil duduk dengan gaya taikonya.
Taiko lah sangat.
Aku terus menepuk bahunya dengan kuat sehingga menyebabkan telefonnya hampir terbuang.
"Wei! Henpon aku hampir jatuh!"
Aku hanya tergelak besar sambil memegang perutku yang sakit.
"Alah,nak gurau pun takleh."
"Tu namanya penganiayaan,Jennie."
"Penganiayaan konon,"gumamku perlahan.
Lisa hanya tersengih.Tidak lama kemudian,sebuah bas berhenti di hadapan kami.
"Jom,kita naik bas!"aku menarik tangan Lisa yang masih ralit dengan telefonnya.
Lisa hanya menggumam apabila aku mengeluarkan dompetku untuk membayar tambang bas.Kemudian,kami mendapatkan tempat duduk paling belakang yang terletak berdekatan dengan tingkap.
Seperti biasa,aku mengambil tempat bersebelahan dengan tingkap apabila Lisa mencebir marah.
"Sepatutnya aku yang dapat tempat tu,ngok!"
Aku menjelir lidah ke arahnya.Lisa pula terus menggulingkan mata.
Kemudian,bas terus bergerak apabila semua penumpang sudah masuk ke dalam.Dalam keheningan di dalam ruangan bas itu,aku menyandarkan kepala pada tingkap sambil menikmati pemandangan di tepi jalanan di Seoul pada waktu awal pagi.
Dalam kekhusyukan itu jugalah Lisa tiba-tiba bersuara.
"Apa motif kau nak bawa aku jalan-jalan hari ni?"
Dah macam detektif pula dia.
"Ermm..adalah."
"Adalah tu apa?"
"Adalah,"kataku sambil tersengih.
Jangan-jangan Lisa anggap aku nak pujuk dia sebab aku tumpahkan kuah maggi tom yam dia hari tu sampai dia menangis...sian die
"Ermm.."aku ligat berfikir.
Patut ke aku cakap pasal Tao? Patut ke aku explain yang mamat tu nak bawa aku couple? Macam mana kalau Lisa cakap 'kau-tak-layak-untuk-bercouple' ataupun 'biarlah-kau-single-untuk-selamanya'.
Aku buntu.
"Kenapa erm ni?"
"Erm.."
"Cakap je lah,"katanya dalam nada malas.
"Sepertinya saya patut membayar hutang kepada anda disebabkan kejadian maggi tertumpah dahulu."
"Amboi,skemanya ayat!"kata Lisa."Kau nak bawa aku makan maggi lah ni?"
"Ha'ah..kau tak marah ke? Ke aku boleh bawa kau makan KFC ke Mekdi ke Starbuck ke..hmm..macam mana dengan minum kopi Dalgona?"
"Eh,tak naklah! Nanti aku tak dapat tidur malam nanti!"
Aku terkekeh.Kemudian,aku meletakkan semula kepalaku pada tingkap ketika bas sudah sampai di hadapan sebuah perhentian yang terletak berdekatan dengan restoran KFC.
YOU ARE READING
(C) Wo Ai Nie Miss Arrogant! | HZT
Fanfiction[Pemenang Kategori Fanfiction (Amazing Book Award 2020)] Huang Zi Tao,seorang jejaka yang baru sahaja memulakan hari pertama persekolahannya di Seoul High School menghadapi satu masalah apabila seorang gadis yang bernama Jennie Kim tiba-tiba sahaja...